Buah Dabai
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhTS7JkeUGBAVHirqoLx7Dh95lYMykDVmRdshM76JRsipZMTQk1jPWrqhGIp64llsJ0ieo2BRn4us-vTTaYa3Qmss1EFOKVelisaQlEQljSqA1nfTn1KzhZ_PzOq1RcXmddRtbxUxS_HQ-k/s320/100_0744.jpg)
Kalau datang ke Sarawak dan kebetulan musim buah dabai, beli dan cubalah rasa sendiri. Buah dabai yang dijual di pasar ada bermacam. Ada mahal dan murah bergantung kepada kelemakan atau kualiti buah tersebut. Buah ni tidak boleh dimakan begitu saja. Cara makannya ialah rendam buah ni dalam air suam panas selama beberapa minit sehingga isinya lembut bila ditekan. Buang air rendaman dan bolehlah digaul dengan garam atau dicecah dengan kicap. Sedap tau! Makan dengan nasi panas.
Buah ni boleh dijeruk dan akan berwarna keunguan. Jeruk pun sedap dan jika pergi ke kedai makan di Sarawak ada juga yang menjual nasi goreng dabai yang menggunakan dabai jeruk. Cerita pasal dabai ni teringin pula nak makan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgwb1SLPj-SLSgwErG40Ok-JztX59X_t4eHD77KhjImxcrnGh8k4zzK_15rp9IUwyHzLPUq6cc6uNs1EZj41Sw9N8hAF0BNnniVscZ3UxN_Peu467ULUQgU56-nbJUh6MrAM732MubPgZ_x/s320/100_0746.jpg)
No comments:
Post a Comment