Wednesday, December 16, 2009

Walk-a-Payung 2009

Tahun nie walk a payung diadakan di negeri Sarawak bertempat di Amphitheatre Jalan Budaya, Kuching hari ahad 13 Disember. Cuaca di Kuching pada awal pagi tidak begitu mengizinkan kerana hujan lebat. Tapi pada pukul 7.30 pagi hujan reda dan cuaca menjadi semakin panas. Perjalanan berjalan kaki dimulakan pada pukul 8 pagi sejauh 4 km. Sebelum itu, Presiden PSLEM Prof. Madya Dr. Esha Das Gupta dan Dr.Tay dari Hospital Umum memberi ucapan dan kesemua peserta berkumpul untuk sesi bergambar. Saya ada lihat Setiausaha Eksekutif Chee Siew Lian datang untuk acara ini. 
Selepas berjalan kaki selama satu jam 4km kaki saya melecet. Sedap juga dibuatnya menyesal tak pakai kasut sukan sebab saya pakai sandal. Padan muka saya. Kawan saya, Madam pula agaknya 15 minit dia dah giveup. Kaki cramp dan rasa nak pengsan katanya. Alahai. Kalau selalu exercise macam ni boleh jadi slim. Dibawah adalah gambar acara yang sempat saya ambil.








Dari kanan : Dr. Tay dan Presiden PSLEM


Dalam perjalanan berjalan kaki


Hari yang sama Padang Merdeka ada acara Karnival


Saya dan Madam


Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS)

No comments: