Week 4 - week 7 :
Masa week ni saya tak rasa muntah macam apa yang selalu di dengar bila orang pregnant, morning sickness. Doktor cakap bila dah minggu keenam ke atas baru rasa morning sickness nyer. Masa ni saya mudah kena gastrik, cepat bloated dan cepat letih. Kena makan awal dari waktu biasa makan. Bila makan kena dalam kuantiti kecik sebab kalau makan banyak kembung semacam je perut. Agaknya penuh dengan angin. Plus kena sentiasa bawa snack so senang bila rasa lapar terus makan snack sementara tunggu waktu makan utama. Bila google rupanya proses penghadaman slow masa pregnant sebab tu mudah bloated.
Bagi menghilangkan rasa bloated tu saya makan jeruk asam. Jeruk anggur dan asam payak aka asam kelubi favourite saya. Tapi saya selalu terlebih makan hingga sentiasa dapat gastrik. So kena fikir alternative lain yang kurang berasid tapi rasa masam. Masa kat supermarket saya nampak Ribena Pastilles. Sekurangnya ada juga khasiat. Kaya dengan vitamin C dan dalam ziplock pack. Terus beli.
Tapi sebenarnya cara terbaik elak bloated ialah makan jumlah yang sikit dan air kalau boleh minum sikit je. Time bukan waktu makan baru minum banyak air. Kalau makan burger setengah dah rasa kenyang dan setengah lagi kena simpan bila rasa lapar datang lagi. Terpaksa kalau tak badan rasa serba tak kena. Waktu ni punyalah malas nak masak dan kemas rumah. Waktu makan beli kat luar je. Saya jadi seorang yang pemalas.
Lagi satu masa ni selalu pergi kencing tengah malam. A few trip masa tido. Mula-mula tu rasa taknak minum air bila waktu malam. Badan jadi letih bila selalu bangun kencing sebab tido terganggu. So takleh tido lewat macam dulu. Kena tido awal. Rupanya air dalam badan meningkat bila pregnant sebab tu selalu kencing.
Masa scan minggu keenam baby kecik lagi. Dalam screen tu nampak bulat je mungkin amniotic sac kot. Seronok rasa bila kena scan sebab dapat tengok baby macam mana rupanya. Pada permulaan ni bentuk nyer kurang jelas.
Week 8 - Week 11:
Saya dah muak makan pil-pil vitamin lepas tu kena makan ubat. Sepanjang hari kena makan pil. Rasa nak muntah pun ada. Dah pula tu lepas ambik pil supplemen iron dari Klinik Kesihatan mulut rasa besi. Burp pun rasa besi. Stool jadi hitam. Terpaksa ambik sebab iron penting untuk elak rasa loya dan pembesaran janin. Selain tu kena ambik folic acid, vitamin c dan vitamin B kompleks.
Saya dah muak makan pil-pil vitamin lepas tu kena makan ubat. Sepanjang hari kena makan pil. Rasa nak muntah pun ada. Dah pula tu lepas ambik pil supplemen iron dari Klinik Kesihatan mulut rasa besi. Burp pun rasa besi. Stool jadi hitam. Terpaksa ambik sebab iron penting untuk elak rasa loya dan pembesaran janin. Selain tu kena ambik folic acid, vitamin c dan vitamin B kompleks.
Bila bekalan iron, vit c dan vit B dah habis, rasa morning sickness tu semakin kerap. Nasib tak muntah. Tapi kalau saya terus makan sesuatu yang ringan dan tak berminyak, rasa loya terus hilang. Paling best makan buah sebab buahkan ringan, tak rasa berlemak dan berminyak. Kat ofis ada kedai jual buah potong seringgit je. So selalulah beli sebagai snack. Dalam minggu ni rasa letih semakin berkurang. Dah teringin nak masak pula.
Saya selalu google nak tahu perkembangan baby week by week. Set besalin dan barang baby semua saya fikir. Fikir financial lagi. Pening juga. Selain tu kena fikir confinement lady yang akan jaga saya dan baby masa berpantang nanti. Mak dah tak ade, mak mertua pula bekerja. Kena lah upah confinement lady.
Confinement lady saya jumpa ni selalu urut saya masa on flare sle dulu. Punyalah mahal. Tahu tak upahnyer rm2000! Mahu tak mahu terpaksa ambik dia sebab saya rasa dia antara the best dan dah selesa bersama dia. Biasanyer standard kat kuching ni saya selalu dengar rm 1000 je. Ada sorang saya kenal tapi kena hantar ambik dari rumah pula. Dah pula tu rumah jauh. Ambik je lah yang mahal. Pasal barang baby bila sale nanti baru beli. Rasanya hari raya baru ade sale. Beli warna yang neutral je dulu sebab belum tahu jantina. Sekarang ni tengah kumpul duit.
Scan kali kedua baby dah ada heartbeat. Seronok tengok jantung baby berdegup. Macam satu keajaiban. Saya nampak baby ada bergerak sikit sebab masih kecik pergerakan tu tak rasa.
No comments:
Post a Comment