Tuesday, October 5, 2010

Pregnancy Week 23 - Week 28

Lebih kurang sebulan saya tak update blog. Sebenarnya banyak benda nak dimasukkan dalam blog beserta dengan gambar sejak dari bulan ramadan lagi tapi jugak upload. Rasanya cerita tu dah jadi lapuk.

Pasal hal prengnancy ni alhamdulillah semuanya ok. Bulan lepas rasanya kandungan dalam 5 bulan lebih tu saya ada pergi scan kat hospital. Kali ni dengan suami, faizal. Yang tak bestnyer machine scan tu jenis yang kurang canggih tak macam sebelum ni. Sebelum ni doktor specialist dengan alatnya yang canggih check. Kali ni doktor bidan biasa.

Suami pun tengok skali scan. Saya iye je apa kata doktor sebab apa yang saya nampak kat skrin tu cuma degupan jantung nyer. Sebab tu yang pertama skali doktor check. Bagi pesakit SLE check jantung baby dalam kandungan amat penting. Bagi mengesan sekiranya jantung berdegup abnormal. Risiko congenital heart dalam 1-2% tetap ada.

Bila scan kat part lain tu saya dah tak reti.Cuma soalan cepu mas saya tanya dah boleh nampak ke jantina nyer. Malangnyer baby waktu tu bersilang kaki tak bagi tengok anunyer. Kepala baby dah kat bawah tapi doktor cakap baby akan berpusing. Lagi satu doktor cakap kaki baby ni panjang. Maksudnyer tinggi ke anakku nanti? Wallahualam.

Kecewa juga sebab ingin sangat nak tahu baby boy or girl. Husband cakap takpe biar surprise. Dia cakap rasa nak nangis bila tengok baby waktu scan tu. Tak sangka dia boleh rasa macam tu. Rasanya kitaorang rasa seronok bila dapat tengok baby dalam perut ni.

Setakat ni nasibler kaki saya tak mengembang macam sesetengah orang lain. Saya ada baca sebab kaki mengembang ketika prengnancy adalah kurangnya pengambilan kalsium. Ubat SLE masih saya ambik setiap hari. Kekadang tu dah naik bosan nak makan ubat dicampur pula dengan vitamin untuk orang pregnant. Jadi kenyang makan ubat je.

Lagi satu start bulan 5 baru rasa baby bergerak dalam perut. First time tu rasa pelik dan kurang selesa. Lama-lama dah tak rasa pelik cuma ingin tahu apa baby tu buat.

Sebenarnya banyak lagi nak cerita pasal pengalaman dari segi membeli pakaian dan barangan baby tapi rasa mengantuk pula. Lain kali saya masukkan gambar skali.

4 comments:

Anonymous said...

tahniah..semoga tabah dalam melalui tempoh mengandung..paling penting jaga pemakanan..bykkan makan buah delima..kurma..kismis..pisang..air zam2 jangan lupa ya..kalau dah mula rasa lenguh2 jgn malu pergi berurut..jantina bayi biar surprise masa dah bersalin..bykkan baca surah2 untuk ibu mengandung..ok jaga diri,bayi dan suami..

Siti Salina said...

Terima kasih atas nasihat awak...insyallah akan saya cuba amalkan.

Anonymous said...

salam siti..siti sekarang brp bln?kalau dah 7 bln.siti kena prepare awal brg2 baby dan siti.khas utk ke hospital.siti nak bersalin kat mane.hsptl krjn atau swasta.jgn lupa prepare brg awal2.tempoh 7 bln mcm2 blh jd.takut juga baby nak awal sgt keluar.heee.

Siti Salina said...

wsalam....nasib awak mengingatkan saya yang sekarang ni saya nak masuk 7 bulan. Sebenarnya dah start risau tentang preparation. Cukup ke tidak. Dah start nak fikir masukkan barang dalam beg. Saya nak bersalin kat hosp kerajaan sebab semua doktor saya ada kat saner. Haraplah semuanya berjalan dengan baik.