Tuesday, April 3, 2012

Dilemma loan rumah

Salam…dah lama saya tak blogging. Ini kerana saya sekarang busy dengan kerja dan juga laptop saya rosak. Saya hanya menggunakan ipad sekarang tapi tak boleh nak tulis dalam blogger. Aplikasi blogging kena beli untuk ipad. Sama juga dengan word dan sebagainya. So agak susah untuk saya update blog. Cuma apa yang boleh saya buat ialah tulis blog dalam aplikasi note di ipad kemudian send ke email. Nanti di ofis saya copy dari email dan paste ke blogspot. Itu saja caranya buat masa ni.

Apa yang saya nak cerita sekarang ialah saya dan suami nak beli rumah. Kami sekarang masih dalam proses house hunting. Pertama kali loan rumah tak approve. Masa tu saya loan di bank muamalat. Bank cakap loan kereta dan kad kredit yang buat sangkut. Pegawai tu cakap lebih baik takde kereta. Dibawah nama saya ada dua buah kereta pada masa tu. Sekarang tinggal satu je kereta yang masih under loan. Masalahnya kereta tu bukan saya punya tapi saudara saya. Saudara terdekat menggunakan nama saya untuk loan kereta kerana namanya dah blacklist. Saya cuma menolong mengenangkan anaknya perlu ke sekolah. Kalau tidak dia mungkin selalu minta tolong hantarkan anaknya. Penatlah macam tu. So suami saya pula setuju dan menjadi guarantor untuk loan tersebut.

So bila tak dapat tu saya kata pada saudara saya supaya jual saja kereta tu. Dia setuju tapi susah nak cari buyer. Selepas 6 bulan saya cuba loan ke beberapa bank. Bank cimb dan hsbc. Kali ni saya lebih bijak. Saya minta salinan Ccris dari bank negara untuk melihat hutang dan tunggakan sekiranya ada. Bayaran kereta tidak cantik tapi yang lain ok. Bank masih tak approve loan saya. Semua beri alasan yang sama.

Suami menyuarakan rasa tak puas hati tentang saudara saya sebab menggunakan nama saya dan dia sebagai guarantor kereta tersebut. Apa boleh buat perkara dah lalu dan lagipun kami membenarkan dia menggunakan nama kami. Pada mulanya saya menyuarakan pada saudara saya mengenai masalah kami dan dia kata the only way jual saja kereta tu. Tapi….bila kereta tersebut dijual kita akan rugi beberapa ribu kerana penjualan kereta semestinya mengikut harga pasaran dan harga pasaran rendah dari jumlah tunggakan hutang kereta dalam bank. Saudara saya tak nak rugi dan dia takda duit nak bayar ganti rugi. So perkara ni senyap dalam beberapa bulan. Suami saya pula bising dan kecewa tak dapat loan rumah. So kitaorang buat tindakan drastik untuk jual kereta tersebut dengan meminjam duit dari ayah saya Rm10,000 sebagai bayaran untuk top up. Nasib baik ayah saya nak tolong. Saudara saya pula nak pampasan Rm 3,000 sebab kitaorang nak cepat-cepat jual kereta kalau tak dia tak bagi kereta tu. Dengan berat hati kita bayar sebab nak jaga hubungan. Suami saya memang marah. Akhirnya kereta tersebut dapat dijual dengan harga Rm16,000. Saya dan suami rugi Rm9000 sebagai topup. Kira keseluruhan kitaorang dah spend Rm13,000 hanya untuk kereta tersebut.

Alhamdulillah kereta tersebut dah tiada. Ayah saya yang tahu pasal ni pinjamkan kereta kepada saudara saya. Jadi dia taklah teruk sangat memikirkan pasal transport. Masalah besar dah selesai. Sekarang house hunting pula.

9 comments:

Anonymous said...

salam siti..betul2 dalam dilema kan.sekarang tunggu loan diluluskan lah lagi kan..harap2 siti dan suami dapat lah rumah tu..rumah area mane?

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Siti Salina said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

banyak sesangat tu siti..kalau duit tu guna utk byar 5% untuk rumah. sudah lepas kan. macam mana dengan rumah sekarang.tengah tunggu jawapan ke. harap tak sangkut2 lagi.siti beli rumah jenis apa ek?dekat ke dengan famili.pesan irene kalau dapat beli yg mampu dan dekat dengan famili.

lupie said...

Good luck my dear!
Hope you get yr dream house soon!

Anonymous said...

Assalamualaikum Siti,

Lama nya tak update blog. harap nanti ada cerita terbaru..dengar cerita nak bercuti ke KL sefamili,kan. nanti update ye.

Anonymous said...

Salam Siti, lama nya tak update bolg. selalu bebenau singgah .tp entry baru belum ada ek..tak pa.kalu siti bz

Anonymous said...

Assalamualaikum. siti, tak ada gambar raya baru ke?

SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR DAN BATIN


iReNe

Anonymous said...

Assalamualaikum. selamat hari raya. macam mana sambutan raya. mesti meriah kan dekat tempat siti. banyak ke beli kuih raya. tertunggu2 jugak siti update entry baru. nanti cerita ya di blog sempena sambutan raya di sana. jangan lupa letak gambar siti sefamili sekali. ok.nanti jumpa lagi. maaf zahir batin.

irene