Wednesday, October 24, 2012

Lukisan 3D dapur rumah

Saya dah dapat lukisan dan gambar 3D dapur dari Standard Kitchen. Kiranya dapat gambaran sebenar bila dah siap nanti. Lukisan ni hanya dapat bila dah bayar deposit. Selagi tak bayar deposit diaorang takkan bagi walaupun kita dah tengok.






Lukisan kecik ni menunjukkan rupa di dalam kabinet. Saya ada dua pull out basket. Satu bottle basket di bawah tempat masak dan satu lagi 6 pantry basket sebelah oven. Material stainless steel. Pantry basket tu saya beli sendiri. Saya beli di My Home Essential di 21/5 Jalan Rock. Tempat lain pun ada juga tapi saya tak ingat nama terletak di batu 3. Tapi pull out bottle basket saya beli di standard kitchen je. Contoh pull out basket tu macam gambar di bawah.

 Pantry Basket

Bottle Basket

Walaupun basket ni mahal, saya rasa berbaloi sebab dapur nampak teratur dan beri lebih ruang terutama sekali untuk dapur kecik. Selain tu pull basket ni terutama yang pantry tu, kita dapat lihat semua barang di dalam dan senang ambik. Kalau simpan dalam ruang kabinet biasa kita kurang nampak barang kat belakang sekali. Kalau di ikutkan saya nak beli swivel basket untuk bahagian corner tapi tak sesuai untuk dapur saya. Apa yang penting ialah dapur tu mesti praktikal. Saya tak nak seperti dapur rumah parent saya sekarang kurang praktikal. Hujung bulan depan baru kabinet dapat pasang...yeay!



7 comments:

Anonymous said...

yah..kac juak.berbaloi-baloi. dalam brp ribu ya kabinet. termasuk kitchen concrete kah ya

Anonymous said...

siti,
cantik design dapur siti. kemas. tak sabar jugak irene nak tengok bila ruang dapur rumah siti ni siap nanti. jangan lupa update tau..mesti senyum panjang punyalah siti..

berbaloi kan siti.nanti senanglah siti update aktiviti memasak.heheh

Irene

Anonymous said...

Salam Aidiladha

dari kamek Hanna Jannah...byk2 polah kuih k..

mesti bz nak. kemas rumah minggu cuti tok. kemas jangan x kemas..mun rumah dah azan. xsusah nak embak Ihsan..

maaf zahir batin

Siti Salina said...

salam aidiladha untuk irene dan hanna. malas nak buat kuih hehe. rumah dah di azan. Sekarang bz kemas rumah. tentu korang busy buat kuihkan. Takpun balik kampung...

Anonymous said...

kemas rumah kitak pun kah.or rumah parents kitak? Alhamdulillah..dah diazan kah..ok lah ya. bila diazan tek. laki kitak pun kah ngazan nya..

Siti Salina said...

kmk kemas rumah parent. laki kmk yang azankan. kitak busykah

Anonymous said...

hi,siti. lamak sik baca blog. gney perkembangan terbaru rumah tek. n dirik tek.