Friday, March 15, 2013

Prednisolone Tiada Lagi Dalam Diari

Akhirnya, apa yang saya inginkan tercapai juga. Bulan Februari lepas semasa regular checkup di hospital, doktor Tay akhirnya cakap yang saya tidak lagi perlukan ubat prednisolone dan supplement kalsium. Tapi ubat azathrioprine dan plaquenil masih perlu diambil. Ini kerana kedua ubat tersebut tidak boleh putus makan bagi memastikan penyakit lupus berada dalam keadaan terkawal. Dia tanya samada saya teringin nak mengandung lagi. Saya jawab belum bersedia lagi.

Empat bulan sebelum tu, saya asyik lupa makan ubat sehingga saya tak makan langsung. Harap doktor saya tak baca blog ni..heheh. Sebenarnya saya dah bosan nak telan ubat. Alhamdulillah tiada sebarang gejala teruk berlaku cuma ada sikit joint pain yang kemudiannya hilang. Tapi saya nasihatkan janganlah skip makan ubat dikhuatiri penyakit datang lagi dan memberi simptom yang berlainan sebelum ini. Bila fikirkan prekara tu saya tak berani lagi skip makan ubat.

Oleh kerana saya skip makan ubat maka ubat sebelum ni ada banyak extra. Last checkup saya terlupa ambik ubat sampai dua minggu. Kat general hospital kalau tak mahu tunggu ubat boleh pesan kat farmasi masa diaorang bagi nombor giliran yang kita akan ambik ubat kemudian. Semasa saya nak ambik ubat, orang farmasi tanya kenapa lama tak ambik ubat dan samada saya ada skip makan ubat. Maka saya coverline lah yang ubat diaorang bagi sebelum ni ada banyak extra. Aim saya lepas ni ialah berharap saya tak makan ubat azathrioprine.

4 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah. semoga siti dalam keadaan sihat selalu. kena rajin makan ubat k

Anonymous said...

alhamdulillah syukur nana...krm slm hubby :-)

-org jb-

lupie said...

What a lovely news!!! :)
Be well always!

Anonymous said...

nyenyeng sakit ape? nama ubt tu mcm ubt yg mak aku mkn je..