Thursday, September 2, 2010

Pregnancy Week 12 - Week 22

Dah lama saya tak update blog. Malas sebenarnya. Hari ni baru ada mood nak update.

Week 12 - 16

Saya berpeluang jumpa pakar bidan di hospital umum sarawak. Kalau sebelum ni saya jumpa juga doktor di klinik kesihatan tapi diaorang bukan pakar. Canggih betul scanner doktor pakar tu (tak tahu ape nama benda machine tu) berbanding yang ada kat klinik kesihatan. Saya dapat lihat dengan jelas dan ada satu part tu dia tayang dalam bentuk 3D. Alhamdulillah baby sihat.

Bila dah masuk 4 bulan, ramai yang tanya dah rasa baby bergerak ke belum. Manalah saya tahu sebab masa ni saya tak pasti samada perut saya yang bergerak atau baby tu. Sebab pergerakan tu sikit je tak ketara. Saya jawab entahla.

Week 17-22

Masa ni rasa mual dah mula kurang. Nasib tak berpanjangan. Alhamdulillah setakat ni cuma sekali je saya muntah. Itu pun sebab minum air spicey tea. Tapi lepas muntah tu badan masih rasa ok. Bulan puasa ni saya cuba berpuasa tapi badan rasa lemah sangat. Daripada puasa tiap hari saya cuba puasa selang hari. Memang ok tapi last-last saya tak puasa langsung. Rasanya cuma seminggu je saya puasa. Hehehe.

Masuk bulan ke-5 akhirnya saya dapat rasa baby bergerak. First time rasa tu memang pelik dan tak selesa. Bila selalu dah jadi biasa pula. Scan kali kedua di hospital tak best sebab doktor pakar busy dan saya jumpa doktor lain. Scanner nyer lama dan kecik. Kali ni suami ikut sekali. Tak jelas gambar kat scanner tu. Cuma dapat tafsir dan tengok degupan jantung serta kepala baby je. Yang lain tu saya iye je apa doktor cakap. Doktor tak dapat tengok jantina baby sebab baby waktu tu kakinya bersilang. Satu lagi doktor cakap kakinya panjang. Kecewa juga bila tak dapat tahu jantina. Tapi takpe next month jumpa doktor hospital lagi.....

Monday, July 5, 2010

Save Time On Cooking

Akhirnya dapur di rumah berasap.......dah dua bulan saya tak masak sebab saya punyalah malas semenjak awal pregnant. Saya dah tak tahu lagi nak makan apa kat luar. Dah boring....

Sekarang saya dah rasa ok dan ada energy melakukan kerja rumah. Yea....

Hari sabtu lepas saya pergi pasar malam beli bahan untuk memasak. Punyalah bersemangat nak start memasak semula. Taknak tunggu esok pagi. Jarang saya pergi ke pasar malam selalunya waktu siang je. Gamble je mana tahu ada peniaga jual ikan, ayam dan sayur waktu malam. Rupanya ada...best lagi beli waktu malam.....sejuk.

Bagi mencepatkan masa memasak, ada orang buat pre-prepared meals dan frozenkan. Saya tak tahu nak buat lauk ape untuk dibekukan. Dari saya pening kepala memikirkan lauk ape, saya cuma membuat persediaan memasak lebih awal agar masa memasak saya pendek.

Persediaan awal tersebut ialah ikan, udang, ayam dan bahan basah lain saya dah bersih dan siang awal. Bahagikan setiap jenis bahan basah mengikut satu hidangan ke dalam plastik atau container. Saya letak dalam plastik je. Ada orang labelkan kat container nama dan tarikh.

Sayur pula saya potong awal tapi saya tak cuci dan simpan dalam container. Pernah sekali tu saya cuci sayur tak tahan lama. Sebab lembab. Bila nak masak ambik dalam sukatan perlu je baru cuci.


Bawang merah dan bawang putih tu saya siap hiris dan rendam dalam minyak dalam container. Saya simpan dalam petiais. Kalau guna minyak biasa, akan beku. Agaknya kena simpan kat luar. Guna minyak jagung atau minyak zaitun lebih baik sebab tak beku. Ada orang dah siap blender bawang dan simpan dalam peti ais. Saya tak suka blend. Ikut citarasa masing-masing.

Sos macam sambal tu saya buat sekali sebab sambal saya boleh letak juga dalam masakan atau makan dengan nasi lemak. Segala jenis kuah dan sos kita boleh buat awal so taklah kita terlalu penat memasak bila balik kerja.

Sebelum turun kerja atau malam sebelumnya kita defrostkan bahan basah yang akan kita masak hari tu. So tak lah buang masa tunggu defrost. Nasi kalau nak boleh masak pagi lagi atau malam sebelumnya. Hari ni saya masak dua lauk mengambil masa 20 minit je.

Friday, June 18, 2010

Pregnancy Diary: Week 4 - Week 11

Tak sangka saya dah sampai week 11. Bila mengira usia kandungan saya tak tahu yang doktor prefer 'week'. Kalau dulu orang mengandung saya akan tanya dah brapa bulan bukannya dah brapa minggu.


Week 4 - week 7 :


Masa week ni saya tak rasa muntah macam apa yang selalu di dengar bila orang pregnant, morning sickness. Doktor cakap bila dah minggu keenam ke atas baru rasa morning sickness nyer. Masa ni saya mudah kena gastrik, cepat bloated dan cepat letih. Kena makan awal dari waktu biasa makan. Bila makan kena dalam kuantiti kecik sebab kalau makan banyak kembung semacam je perut. Agaknya penuh dengan angin. Plus kena sentiasa bawa snack so senang bila rasa lapar terus makan snack sementara tunggu waktu makan utama. Bila google rupanya proses penghadaman slow masa pregnant sebab tu mudah bloated.

Bagi menghilangkan rasa bloated tu saya makan jeruk asam. Jeruk anggur dan asam payak aka asam kelubi favourite saya. Tapi saya selalu terlebih makan hingga sentiasa dapat gastrik. So kena fikir alternative lain yang kurang berasid tapi rasa masam. Masa kat supermarket saya nampak Ribena Pastilles. Sekurangnya ada juga khasiat. Kaya dengan vitamin C dan dalam ziplock pack. Terus beli.



Tapi sebenarnya cara terbaik elak bloated ialah makan jumlah yang sikit dan air kalau boleh minum sikit je. Time bukan waktu makan baru minum banyak air. Kalau makan burger setengah dah rasa kenyang dan setengah lagi kena simpan bila rasa lapar datang lagi. Terpaksa kalau tak badan rasa serba tak kena. Waktu ni punyalah malas nak masak dan kemas rumah. Waktu makan beli kat luar je. Saya jadi seorang yang pemalas.

Lagi satu masa ni selalu pergi kencing tengah malam. A few trip masa tido. Mula-mula tu rasa taknak minum air bila waktu malam. Badan jadi letih bila selalu bangun kencing sebab tido terganggu. So takleh tido lewat macam dulu. Kena tido awal. Rupanya air dalam badan meningkat bila pregnant sebab tu selalu kencing.

Masa scan minggu keenam baby kecik lagi. Dalam screen tu nampak bulat je mungkin amniotic sac kot. Seronok rasa bila kena scan sebab dapat tengok baby macam mana rupanya. Pada permulaan ni bentuk nyer kurang jelas.

Week 8 - Week 11:

Saya dah muak makan pil-pil vitamin lepas tu kena makan ubat. Sepanjang hari kena makan pil. Rasa nak muntah pun ada. Dah pula tu lepas ambik pil supplemen iron dari Klinik Kesihatan mulut rasa besi. Burp pun rasa besi. Stool jadi hitam. Terpaksa ambik sebab iron penting untuk elak rasa loya dan pembesaran janin. Selain tu kena ambik folic acid, vitamin c dan vitamin B kompleks.

Bila bekalan iron, vit c dan vit B dah habis, rasa morning sickness tu semakin kerap. Nasib tak muntah. Tapi kalau saya terus makan sesuatu yang ringan dan tak berminyak, rasa loya terus hilang. Paling best makan buah sebab buahkan ringan, tak rasa berlemak dan berminyak. Kat ofis ada kedai jual buah potong seringgit je. So selalulah beli sebagai snack. Dalam minggu ni rasa letih semakin berkurang. Dah teringin nak masak pula.

Saya selalu google nak tahu perkembangan baby week by week. Set besalin dan barang baby semua saya fikir. Fikir financial lagi. Pening juga. Selain tu kena fikir confinement lady yang akan jaga saya dan baby masa berpantang nanti. Mak dah tak ade, mak mertua pula bekerja. Kena lah upah confinement lady.

Confinement lady saya jumpa ni selalu urut saya masa on flare sle dulu. Punyalah mahal. Tahu tak upahnyer rm2000! Mahu tak mahu terpaksa ambik dia sebab saya rasa dia antara the best dan dah selesa bersama dia. Biasanyer standard kat kuching ni saya selalu dengar rm 1000 je. Ada sorang saya kenal tapi kena hantar ambik dari rumah pula. Dah pula tu rumah jauh. Ambik je lah yang mahal. Pasal barang baby bila sale nanti baru beli. Rasanya hari raya baru ade sale. Beli warna yang neutral je dulu sebab belum tahu jantina. Sekarang ni tengah kumpul duit.

Scan kali kedua baby dah ada heartbeat. Seronok tengok jantung baby berdegup. Macam satu keajaiban. Saya nampak baby ada bergerak sikit sebab masih kecik pergerakan tu tak rasa.

Thursday, May 13, 2010

Kena makan aspirin

Hari ni plus 2 hari sebelumnyer saya register kat dua klinik kesihatan untuk ibu mengandung dan jumpa doktor sle. Kalau saya tak register kat klinik kesihatan, saya tak dapatlah jumpa doktor sle sebab saya perlu ambik kad merah dari klinik tu dulu untuk membuktikan saya pregnant dan boleh membuat pemeriksaan berkala ibu mengandung. Dahlah dua tempat. Cubalah satu tempat je klinik kesihatan tu kan senang macam one stop.

Klinik pertama tu dekat kawasan rumah tapi tak ade doktor kat situ cuma misi je. Diaorang akan check air kencing, fizikal dan ambik darah. Pertama kali saya pergi register tu saya tak tahu perlu bawa sijil nikah dan kalau boleh bawa air kencing dari rumah lagi baik. Tahu tak misi suruh saya beli buah asam kat kedai sebelah untuk guna bekas tu salut air kencing. Diaorang takde botol untuk tujuan tu. Saya punyalah confius dan tanya orang kedai tu. Nasib diaorang faham sebab ramai yang buat macam tu. Satu hal lagi saya takleh nak kencing sebab dah kencing kat rumah. Belilah air mineral 600ml. Nasib misi faham, bila tiba pemeriksaan terakhir baru ada air kencing tu pun sikit je.

Pasal ambik darah pula, misi cucuk kat sebelah kanan tak dapat darah. Cucuk sebelah kiri tak dapat juga. Masih kat tangan sebelah kiri tu jarum masih di dalam, misi pusing jarum tu ke kanan tak dapat juga. Pusing ke kiri nasib ada darah keluar. Kalau tak risau juga saya. Nasib tak sakit.

Kat klinik tu saya diberi vitamin c, vitamin B complex, asid folik, iron dan garam beriodin. Saya pelik juga diaorang bagi garam. Misi cakap letak dalam masakan untuk elak tiroid or beguk. Ambik jelah. Tak payah beli garam lagi.

Bila time scan tu memanglah tak berapa jelas lagi sebab masih kecik. Seronok juga sebab dapat tengok kat dalam rahim. Pergi ke klinik nombor dua, kat saner ade doktor. Tujuan ke klinik no 2 tu nak jumpa doktor je. Scan kali kedua lagi. Lepas tu cepat-cepat saya buat appointment dengan doktor sle.

Bila jumpa doktor sle cakap anticardiolipin saya positif tapi lupus coagulant negatif. So saya terpaksa ambik aspirin 75mg tiap hari untuk mencairkan darah bagi mengelakkan keguguran. Saya masih mengumpul maklumat pasal antibodi anticardiolipin dan lupus coagulant. Kalau dah sedia saya akan postkan. Harap semuanya ok.

Saturday, May 1, 2010

Cerita merancang untuk pregnant.

Masa saya kahwin dulu, jiran depan rumah pun kahwin dan kawan husband pun kahwin. Jarak masa kahwin kami seminggu. Seminggu sebelum jiran saya, saya then kawan husband. Isteri kawan husband lepas sebulan dah mengandung. Bunting pelamin. Waktu ni kami tak menginginkan anak....masih nak enjoy dan saya masih sakit. Orang asyik tanya dah berisi ke belum. Saya cakap belum masih nak enjoy. Ada orang cakap oh kesian bila saya cakap belum. Saya cakap memang belum mahu pun. Bila saya merancang, saya jawab belum ada rezeki lagi.


Jiran saya waktu tu beria-ria nak dapat anak. Diaorang cakap usia kita semakin meningkat so diaorang nak anak cepat. Saya dengan husband dengar je. Diaorang cakap diaorang pergi berurut. Husband n wife berurut sekali untuk dapat anak. Adelah air tukang urut tu bagi kat diaorang. Tup-tup dua bulan lepas tu pregnant jiran saya. Sekarang dah beranak anak lelaki. Syukur kepada mereka. Saya pula tak mahulah pergi berurut. Saya merancang ikut body clock.


Masa mula-mula nak merancang untuk pregnant, tiap-tiap bulan saya catat tarikh permulaan period. Saya catat dalam handphone je. Segala reminder saya catat dalam hp. Bukannya hp canggih macam iphone tapi hp nokia biasa je yang takde camera pun. Masa tahun 2008 waktu sakit, cycle period saya tak menentu. Bulan lepas cycle nyer 25 hari lepas tu 31 hari then 26 hari. Kira bilangan hari cycle tu tak tentu. Bila dah saya dah sihat, bilangan cycle tu dapat dijangka. Dalam 24 days or 28 days je. Mencatat tarikh cycle ni memudahkan kalau pregnant, senang nak jawab pertanyaan doktor. Soalan pertama dia tanya bila tarikh bermulanya period yang terakhir kita alami. Dari situ doktor akan kira usia kandungan.


Tarikh ditengah cycle tu kemungkinan waktu subur. Kalau saya mungkin hari ke 12 atau 14. Maka dalam minggu ni suami isteri kenalah seksually aktif. Dalam minggu ni tak semestinya kita kena tiap-tiap hari membuat hubungan intim. Dari pembacaan saya dalam internet, sperma boleh bertahan dalam badan wanita selama 2 hari. Tetapi ovum, telur wanita hanya bertahan sehari je. Mungkin lebih baik melakukan hubungan intim sebelum waktu subur dan sehari selepas. Alhamdulillah selepas 6 bulan saya pregnant.Setakat ni saya dah 5 minggu pregnant. Kalau tak nak pregnant maka elak melakukan hubungan intim masa ni.


Tergerak hati nak beli pregnancy test sebab rasanya saya 2 hari lewat. Malangnya saya tak catat tarikh sebenar mula period bulan lepas. Terlupa. Bulan sebelum tu saya catat. So saya main agak tarikh tu. Waktu mula pregnancy saya kerap kencing waktu malam. Ganggu waktu tido. Takut pula kalau kencing manis sehingga beberapa kali lewat turun kerja. Nasib saya tak mengalami morning sickness. Cuma saya cepat berasa letih dan kena tido awal dari waktu biasa. Selain tu breast terasa bengkak sikit dan tegang. Sometimes pening kepala tapi tak teruk dan tak berlanjutan sepanjang hari. Kiranya saya tak mengalami simptom yang teruk. Nasib.

I'm pregnant and overweight!

Dalam pada merancang untuk melangsingkan badan, diet dan exercise........baru tahu semalam yang saya pregnant. Setelah mencuba bermula dari akhir tahun lepas akhirnya saya pregnant. Syukur alhamdulillah kepada tuhan. Waktu jumpa doktor pakar sle pada 27hb march tak pula diaorang mention pregnant. Mungkin negative. Sebab urine dan blood test diambik 2 minggu sebelum jumpa doktor. Biasalah hospital kerajaan semua lab test kena tunggu 2 minggu.

Akhir tahun lepas saya beritahu doktor yang saya merancang nak pregnant sebab sle dalam keadaan terkawal, no flare. Masa tu saya ambik pil losartan untuk elak hypertension tapi tak boleh diambik kalau rancang nak pregnant. So saya stop. Sekarang ni saya ambik

-Prednisolone 5mg, azathioprine 100mg, plaquenil 400mg, calcium dan alfacalcidol. Semua ubat ni selamat diambik kalau pregnant.

So doktor perlu buat empat ujian darah bagi sesiapa yang suffer lupus dan nak pregnant iaitu antiphospholipid (APS) or anticardiolipin (ACA), lupus anticoagulant, antibodi La (SSB) dan antibodi Ro (SSA). Kedua ujian pertama tadi ni adalah ujian pembekuan darah. Sekiranya positif kena ambik aspirin bagi mengelak keguguran. Sekiranya positif La dan Ro, boleh menyebabkan dua sindrom pada bayi iaitu neonatal lupus dan congenital heart dysfunction. Tapi peratusan ni amat sedikit atau jarang terjadi. Nasib. Boleh check further detail dari internet.

Saya positif kesemuanya kecuali ujian anticoagulant pulak kena reject oleh lab hospital. Sekarang terpaksa saya ambik ujian darah kat luar. Dah pulak lupus anticoagulant tu ibu segala clotting. Hari isnin ni baru ambik darah kat klinik. Then kena cepat buat appointment dengan doktor pakar sle lagi sebab doktor pesan kalau pregnant cepat-cepat jumpa dia. Dia cakap saya kena makan aspirin tiap hari untuk elak keguguran dan kandungan kena selalu dimonitor. Macam-macam pemeriksaan kalau kita ada penyakit. Mudah-mudahan semuanya ok.

Wednesday, April 14, 2010

I want to lose 10kg of weight!

Dear all, i am trying to lose 10kg. Since end of last year i notice my belly fat become so obvious. Previously my body fat mostly seen on both of my arms. But now starting to show on my belly and tight. My arms also become bigger. All my working trousers cannot be zip close. Meaning i have to buy new bigger size trouser and shirt. I need to lose 10kg to reach my ideal body weight.

This year i gain so much weight. I think i gain 5 kg! Previous years without exercise i just gain 1kg per year. Big cause probably the prednisolone. Gaining more since i stop taking losartan pill as i'm trying to become pregnant. I know that people who frequently take prednisolone easily gain weight and have to watch out their food intake and exercise. But i dont take a fast action until its too late.

Recently my husband and i went to health campaign month held at the Riverside Kuching. We stop at the Herbalife counter. Interested to know their weight management programme, we were being analyse using a special scale for free. They check your body fat, % body water range, physique rating, BMR, metabolic age, bone mass and visceral fat. My result is poor but my husband is ok. The person who talks to us has lost 12 kg in just 2 months plus. On their weight management programme you'll need to take Formula 1 and Formula 3 shake twice a day. Thats all. The price is high RM402 for 1/2 month, twice a day.



I am motivated to know about weight management since everyone i know said i'm gettting on weight or become bigger. Furthermore My husband wants me to slim down. So right now i'm on diet. It is not easy to diet. I know i have to act now. Watch my food potion and type of food i eat. Will i succed? I don't know.