Monday, November 2, 2009

Perginya Seorang Ibu

Saya tiba-tiba teringat kembali kepada arwah ibu (Jamilah Lias) yang telah pergi pada mei 2005. Mungkin ini mengingatkan saya agar mendoakan kesejahteraan dirinya sebagai seorang anak yang taat kepada kedua ibu bapa. Ibu seorang yang garang dan tegas. Tetapi di dalam ketegasannya itu ada kelembutan seorang ibu kepada anak. Dia sangat menjaga kebajikan anaknya. Pernah pada ketika itu saya membeli nasi dagang. Secara tidak senjaga beberapa bungkusan nasi telah habis di makan family tanpa saya merasa. Mungkin kerana dirinya rasa bersalah atau kesian dan melihat saya kempunan, esok harinya saya terkejut dirinya memasak nasi tersebut. Tanpa diketahui mak tahu membuat nasi tersebut.

Kematian mak merupakan suatu impak yang besar dalam hidup kami sekeluarga. Sedikit demi sedikit ia mengajar kami erti kematangan. Kalau sebelum ini, mak yang memasak di rumah kerana dia seorang surirumah, tapi sekarang saya yang memasak. Dulu Abang-abang yang telah berkahwin masih selalu datang menjenguk untuk makan tapi sekarang tidak. Kalau dulu, semua hal barang keperluan rumah dan stok makanan mak yang uruskan. Sekarang saya kena mengambil tahu urusan rumah. Pertukaran ini merupakan drastik kerana mak pergi dalam sekelip mata pada petang jumaat tanpa tanda-tanda sakit yang serius. Lebih menyedihkan apabila mak pergi di rumah tanpa sesiapa disisi. Ketiadaan seorang ibu pada usia muda begini merupakan suatu yang mencabar.

Tuhan lebih menyayanginya. Ini semua kuasa tuhan. Kematian memang tidak dapat diduga. Kematian menyedarkan saya erti keinsafan dan betapa besarnya kuasa tuhan. Tanda-tanda kematian sudah ada. Tetapi tidak terfikir. Mak pernah koma dua tahun sebelumnya kerana masalah asma dan jantung. Oleh kerana kesihatan mak semakin baik maka tidak terfikir akan ada kejutan.

Saya pula rasa kesian melihat mak tapi tidak terluah. Tidak pula saya membantunya ketika itu. Maka saya mencadangkan agar mengambil pembantu rumah untuk menolong mak kerana bimbang akan kesihatannya. Sekurang-kurang dia ada teman di rumah. Tetapi dibantah oleh mak.

Tiga malam sebelum pergi ahli keluarga di sibu mencium bau wangi di luar rumah. Oleh kerana pelik, makcik saya cuba mencari sumber bau tersebut dan mencium setiap bunga di luar rumah. Tidak juga berjumpa. Kakak saya di rumahnya mencium bau seakan-akan minyak atar lalu memarahi anaknya kerana bermain minyak sedangkan tidak. Saya pula memerhati ibu pada malam jumaat masih dengan perasaan kesian. Malam itu dia hanya tunduk dan diam walaupun saya bising menyanyi. Apabila saya naik tangga hendak ke bilik saya tercium bau wangi seakan bunga. Bau bunga yang tidak pernah saya cium. Saya terhenti seketika dan memerhati sekeliling sudahlah lampu rosak hanya mengharapkan lampu kuning kecik. Dalam hati, saya mengharap tidak ada apa-apa pelik. Kakak ipar saya pula lagi best. Mimpi malam sebelum mak meninggal. Terlihat khemah dipasang dan ramai orang datang ke rumah. Dalam kebanyakan orang, hanya mak seorang jelas kelihatan. Mak memakai pakaian serba putih dan senyum melihat orang datang. Abang saya pula resah mendengar mimpi itu. Lalu waktu petang pergi menjenguk mak tetapi sudah tiada.

Semua orang tidak menyangka akan kematian mak. Jiran datang menolong pada masa kesedihan melanda. Mereka membantu mengemas mana yang mampu. Kami sudah buntu. Hanya bacaan yasin terkumat kamit dari awal malam ke subuh saya tidak tidur. Esok pagi kami adik-beradik perempuan tolong memandikan arwah mak dan mak selamat dikebumikan.

Sesiapa yang masih mempunyai ibu maka hormatilah, sayangi dan doakan ibu bapa dalam keadaan sejahtera. Kasih sayang mereka tidak ternilai.

5 comments:

Anonymous said...

al-fatihah..moga rohnya d rahmati dan d tempatkan bersama org2 yg beriman..jgn putus sedekahkan al-fatihah ngn nya kak nana..ayat2 al-quran yg kita sedekankan macam makanan juak untuk org2 yang dah pergi..insya'ALlah

-zuria-

Anonymous said...

Nana, perbanyakan sedekah al-fatihah kepada arwah ibu tersayang...alhamdulillah, arwah ibu tersayang kembali ke rahmatullah pada hari jumaat...hari paling istimewa...

Salam drp org johor...

Esah said...

nyeng.. sentiasa sedekahkan arwah mak dgn al-fatihah.. lebih2 lagi selepas solat.. semoga dirinyer dicucuri rahmat... moga doa anak itu meringankan beban nya di sana..

Anonymous said...

:'( alfateha to Hjh Jamilah Lias, Moga rohnya dicucuri rahmat.

kak eena saleena :)

Anonymous said...

Al-Fatihah..hampir 6 tahun kehilangan..semoga terus tabah.lebih2 lagi dah ada anak sendiri sekarang.

mesti rindu dengan mak kan.sedekah lah setiap masa..