Saya dah jumpa kedai yang buat kabinet dapur. Kedai tu masih baru buka dalam tahun ni. Nama kedai Standard Kitchen (sebelah pet shop dekat dengan celcom satok). Sebelum hari raya saya dah survey dapur, hud dan oven termasuklah kedai yang buat kabinet. Kebetulan masa tu ada jualan dapur di Choice Super Mall oleh Zenova. Semuanya brand Rubine and ada satu lagi dah lupa. Jenama design itali. Rata-rata harga rm2500 ke atas untuk dapur + hud + oven. So saya ambik kesempatan tanya salesgirl kalau ada yang lebih murah. Dia cadangkan pergi ke kedai Zenova (tak jauh dari celcom juga). Akhirnya saya jumpa jenama Faber yang lebih murah rm1998 iaitu budget package. Saya dan suami terus beli. Masa tu tengah promosi.
Pasal kabinet dapur pula saya tengok design. Siap tunjuk dalam bentuk 3D. Dalam hati saya kalau boleh saya nak granite counter top tapi mahal giler. Kalau pilih counter top yang biasa dari compressed wood chip tak berbaloi sebab lama-lama warna boleh pudar dan senang masuk air. Ini nasihat kakak saya sebab dapur dia dekat kawasan sinki dah jadi sarang semut dan lipas. Akhirnya saya buat dapur konkrit berjubin. Alang-alang saya tukar sekali kayu di sisi lantai rumah. Semua dah kena gigit anai-anai. Tukang buat konkrit tu saudara jauh saya. Setakat ni saya spend beli jubin rm500 (jubin untuk counter top dapur dan jubin sisi lantai). Saya tak jadi tukar jubin dinding dapur sebab budget tak mengizinkan. Too late to do backsplash rasanya.Tak sabar tunggu dapur siap. Banyak kena buat. Lepas ni saya perlu cat dapur, pasang pili air baru dan pasang kipas kecik di dapur.
|
Dalam proses membuat counter top |
|
Dah siap. Tempat letak dapur gas.
|
|
Tempat sinki. Saya guna sinki sedia ada. Budget. Cuma nak tukar pili baru. |
|
Akhirnya siap. Plumbing pun dah diatur.
|
|
Gambar sebelum |
10 comments:
Alhamdulillah. dah makin maju kawan irene ni. lepas ni update lagi tau. pasal bawa anak tu. irene setuju dengan kawan siti tu. hanna kan. bagitau suami. jgn tangguh2. buat ala kadar je. azan dan solat fardhu kat situ sudah cukup. siti boleh jemaah sekali dengan suami.
yelah kan. Lagipun rumah tu rasanya tak lama ditinggalkan. Suami keluar 3 hari tabligh. Minggu ni memang kena di azankan. Kena bagi dateline kat dia.
owh..jadi dia cuti lah..rajin nya suami siti keluar. keluar tabligh kat kawasan tu je ke. siti macam mana. ok ke ? maksud irene dapat terima ke dengan aktiviti suami macam tu. kena redha kan hati. suami buat amal baik tu. macam suami irene jugak.dedulu. cuma skrg dia aktif kat surau je
oh..samalah suami kita. Suami tiap-tiap tgh bulan mesti keluar 3 hari. Dia memang aktif. Boring kalau dia takde. Ni dia azam nak keluar 40 hari. Adeh...3 hari dapat terima. 40 hari ni susah..
wah aktif nya..tu lah. tapi siti ok kan. kalau suami keluar. siti pergi lh rumah mertua ke. ajak adik beradik suami jalan2 ke..mak mertua ke..selalu kan siti bawak famili jalan2.
nana,
laki kitak tabligh rupanya. laa. lagik senang nya nak ngazan rumah..ajak lah kawan tabligh nya. best owh dah ada rumah kedirik.besar juak ruang dapur rumah kitak tok.
sik sabar nunggu kitak update blog.nice kenal ngan kitak
haNNa
Hanna, ruang dpur rumah kmk kecik jak. Sik dapat engkah kabinet banyak. Terpaksa kmk beli gadget dapur. Ktk asal kuching di sine? Kmk tupong petra jaya.
mun di ikut asal mek tok org kpg dalaman .di kuching tok mek xtetap diam.menyewa. masa tok nyewa kat samarahan. mudah kit gerak. kerja biasa jak kmk tok.famili mek byk dikampung.dekat paduhal.area ney rumah kitak kat tupong petra jaya ya. kmk xbyk kawan..mun xda kerja. kerja mek nguras blog org..heheh..
Salam..ada suggestion cnei murah molah kabinet dapur kah..mun ada blh info kmk..tq
Salam..ada suggestion cnei murah molah kabinet dapur kah..mun ada blh info kmk..tq
Post a Comment