Sunday, January 23, 2011

Kronologi Pengalaman Bersalin

Assalamualaikum / Hi kepada sesiapa yang membaca.......

Dah lama saya tak update blog. Saya baru lepas bersalin pada 25hb December lepas. Cun hari krismas. Alhamdulillah saya dan baby boy sihat. Disini saya ingin cerita kronologi masa saya nak bersalin. Bila dikenang balik beranak memang sakit. Di situ kita dapat rasa pengorbanan ibu masa melahirkan kita.

22 December 2010:

Checkup Di Hospital
Checkup di hospital seperti biasa. Kebetulan doktor nak scan. Akhirnya doktor beritahu baby boy. Saya tanya doktor kalau sekiranya saya belum rasa nak beranak pada due date 26hb, doktor suruh pergi saja ke wad bersalin pada tarikh tersebut. Sebenarnya saya ada rasa was-was dengan tarikh due date tu. Tarikh tu berdasarkan ramalan doktor melalui scan. Tepat ke tidak ramalan doktor tu.

Melawat Wad Bersalin
Kakak saya yang sama tempat kerja suruh saya pergi di hospital umum sarawak. Saje check macam mana rupa wad tersebut dan supaya nanti tak tercari-cari wad bersalin time nak bersalin nanti. Lagipun hospital dekat dengan tempat kerja. So lepas balik dari kerja petang tu kitaorang pergi ke wad tersebut. Macam ok je. Saya tak boleh masuk cuma cakap kejap dengan nurse kat tempat kaunter. Balik tu saya joke entah-entah esok saya nak bersalin.

Mula Rasa Tak Selesa
Waktu malam pula saya rasa tak selesa. Saya tak tahu samada sakit tersebut kontraksi atau sebaliknya. Masa tak tentu. Kadang-kadang saya meraung kecil menahan sakit. Husband saya bingung dan ajak pergi ke hospital. Saya cakap belum tiba masanya dan belum ada tanda nak bersalin macam keluar darah ke atau pecah air ketuban.


23 December 2010

Keluar Darah
Saya tak tentu tido. Tak boleh nak tido bila sakit kontraksi datang. Jarak masa antara rasa sakit tu tak tentu. Pagi ni saya bangun awal dari waktu biasa lagipun nak turun kerja. Bila kencing nampak keluar darah. Terus saya ajak husband pergi hospital tapi sebelum tu saya sempat lagi mandi. Waktu tu pukul 6.30 pagi. Belum sarapan lagi.


Check Bukaan Rahim
Sampai kat wad nurse terus bawa ke bilik check jantung baby selama 20 minit. Tak lama lepas tu datang doktor perempuan masih muda lagi. Muda dari saya lagi. Sambil tunggu tu dia soal macam-macam. Bila time nak check bukaan tu saya dah rasa lain. Sakit ke tak seluk ni sebab baca kat blog orang lain macam sakit je. Sebenarnya masa kena seluk tu taklah sakit sebab diaorang pakai KY Jelly. Bukaan baru 1cm. Doktor senior suruh balik sebab rumah dekat. Bila dah sakit sangat dan kontraksi setiap 10 minit baru pergi hospital. Saya telefon ofis cakap saya minta terus cuti materniti mulai hari ni. Minta husband beli macam-macam makanan sebelum saya mula berpantang takut kempunan. Roti jala, nasi dagang dan prosperity burger mcd. Sedap seh!

Sakit Lagi
Malam pula pukul 10.30 saya tak boleh nak tido sebab sakit. Sakit tu makin kuat berbanding pagi tadi dan masa kontraksi tak tentu.


24 December 2010

Nak Sangat Admit
Sampai pukul 3 pagi saya dah tak tahan dengan rasa sakit tersebut. Saya rasa nak admit ke hospital. Saya gerak husband suruh hantar ke hospital sekarang. Sampai kat wad, jantung baby check lagi. Prosedur yang sama berulang. Kali ni doktor lelaki india pula bersoal jawab. Malu ada tapi ape boleh buat terpaksa. Doktor cakap bukaan masih 1cm. Alahai punyalah lambat nak buka rahimku ini. Doktor suruh balik juga sebab wad mungkin full dan sekiranya bukaan saya masih kecil dan ada orang lain yang lebih memerlukan, saya terpaksa balik. Ape boleh buat balik je lah. Pukul 5 pagi kitaorang balik.

Malas Nak Pergi Klinik Kesihatan
Sepatutnya saya ada appoinment di klinik kesihatan pagi ni. Macam biasa check ibu mengandung. Oleh kerana saya letih tak cukup tido saya malas nak pergi. Lebih baik saya tido. Pagi tu saya kol klinik yang saya tak pergi check sebab dah pergi hospital. Hehehe...sekurang-kurangnya saya bagi tahu diaorang.

Kontraksi 10 minit
Waktu malam menjelma tahap sakit kontraksi bertambah berbanding awal pagi tadi. Lagilah saya meraung dan berjalan kehulu kehilir tak duduk diam. Saya tak tido. Saya catat kontraksi datang setiap 10 minit. Tapi saya tunggu. Fobia kalau disuruh balik lagi.


25 December 2010

Air Ketuban Pecah
Husband risau bila saya meraung kesakitan. Pukul 4.30 pagi air ketuban saya pecah. Saya beritahu husband dan terus dia kaget. Kali ni takde alasan doktor nak suruh saya balik. Check lagi jantung baby. Doktor ambik darah. Doktor muda tak tahu samada doktor pelatih. Punyalah lama dia cuba nak ambik darah. Cucuk sini tak keluar darah cucuk sana tak juga. Dia complaint pula cakap saya tak kuat bekerja. Urat halus. Dalam hati saya cakap kau tu yang tak pandai ambik darah. Sebelum ni saya banyak kali diambil darah takde masalah. Lastly dia suruh doktor lain ambik. Dapat pula.

Menahan Kesakitan
Tiap kali doktor tanya sesuatu cun masa kontraksi datang saya diam je menahan sakit. Sebaik sakit tu hilang baru saya jawab. Saya tengah duduk menunggu entah ape lepas diambil darah. Tiba-tiba datang doktor lain rasanya doktor senior tengok saya tengah tahan sakit. Dia marah kat doktor-doktor junior atau pelatih rasanya kerana buat pesakit tunggu lama. Bukan saya sorang beberapa orang sedang menunggu. Tapi diaorang tunggu untuk discan. Doktor senior tu check lagi bukaan rahim. Dalam check tu dia beritahu sesuatu medical term kat doktor junior tadi sambil marah. Doktor junior cakap baby saya dah berak. Lepas tu saya disuruh admit pergi ke bilik bersalin. Time ni masih waktu pagi rasanya pukul 7.

Mata Kuning
Saya memang dah tak tahan menanggung sakit. Perut mengeras tapi belum ada rasa nak meneran. Memang sakit nak beranak. Saya diam tahan sakit. Tak boleh makan dan minum. Nyesal tak makan sikit dulu sebelum ke hospital. Doktor pula perasan mata saya kuning macam jaundice. Saya perasan mata saya kuning tapi saya dah check kat klinik doktor cakap asalkan badan saya tak kuning kira ok. Doktor kat hospital soal macam-macam nak siasat jaundice.

Rasa Nak Meneran
Dari pagi sampai malam saya menahan sakit dan kelaparan. Sengsara. Nasib doktor ada bagi ubat tahan sakit. Itu pun untuk sekejap je. Waktu petang saya dah mula rasa nak meneran. Sakit lagi bila menahan rasa nak meneran bila bukaan masih belum cukup besar. Kalau tak dah lama saya meneran. Tekanan darah saya sepanjang hari tinggi (preeclampsia) dan degupan jantung baby pula tak cantik. Diaorang pasang tv sepanjang hari tapi saya tak tengok sebab concentrate dengan kesakitan. Saya heran kenapalah ada tv dalam bilik bersalin. Saya cuma sebut 'Allah' saja bila sakit nak datang. Nak baca doa panjang sikit tak tersebut.

Emergency Caeserian
Doktor pakar datang dan beritahu setiap satu jam bukaan akan buka 1cm. Tapi bila dikira saya dah lebih 10 jam ni. Kalau tak terpaksa bedah. Saya kalau boleh nak beranak secara normal tapi akhirnya pukul 7 malam saya emergency caeserian. Doktor cakap bagi menyelamatkan anak. Saya pula jawab ok sebab saya dah tak tahan tanggung sakit. Terus saya dibawa ke bilik bedah. Saya disuruh sign beberapa dokumen sebelum ke bilik bedah dan saya suruh doktor kol husband saya. No hp husband saya dah berubah dan saya tak catit nombor baru kat buku merah. Terpaksa saya check kat hp bagi kat doktor.

Dalam Bilik Pembedahan
Dua kali saya disoal samada saya yang sign dokumen tersebut bila dekat dengan bilik bedah. Susahnyer nak jawab tiap kali kontraksi menyerang. Sampai di bilik bedah diaorang rasanya check blood pressure. Beberapa kali diaorang tangguh mungkin blood pressure tak ok. Lepas tu saya dibius separuh badan (epidural). Injection kat bahagian tulang belakang. Tak sakit. Sakit kontraksi hilang lepas dibius. Kemudian diaorang pasang macam papan kat area perut supaya saya tak nampak. Tangan saya diluruskan ke tepi macam bentuk T bukan ke tepi badan saya. Ada pembantu doktor berada disebelah bercakap dengan saya mungkin suruh saya tenang.

Semasa Pembedahan
Sebelum mula pembedahan doktor tanya dulu samada saya ada rasa sakit tak dan kaki saya dah rasa berat tak. Kaki dah rasa berat memang tak rasa apa-apa dan tak lama selepas tu semua bahagian bawah tak rasa sakit. Doktor cakap saya boleh rasa sentuhan tapi rasa sakit tak ada. Waktu ni saya rasa sangat lega sebab sakit nak beranak hilang. Saya perhati bahagian tepi dinding kalau ada cermin dapat memantulkan aktiviti pembedahan. Tapi tak ade. Saya memang langsung tak nampak doktor masa pembedahan. Apa yang saya rasa ialah masa doktor tekan bahagian bawah ulu hati saya rasanya dia nak tolak baby keluar. Rasa nak gastrik saya dibuatnya sebab tak makan sepanjang hari. Tak lama lepas tu saya rasa perut kempis dan saya agak mesti baby dah keluar. Kemudian bunyi baby menangis saya terus rasa lega sebab saya dah risau kalau dia tak nangis. Rasanya lepas baby dibersihkan nurse tunjuk saya baby dan tanya jantina baby. Saya jawab lelaki. Punyalah sejuk kat bilik pembedahan. Doktor tanya saya ok tak saya jawab badan saya sejuk sangat.

Sebelum Ke Wad
Diaorang kemaskan badan saya dan terus saya dibawa ke kawasan pemulihan rasanya. Disitu saya dipanaskan. Rasanya lepas setengah jam saya dibawa keluar menuju ke wad. Diluar ahli keluarga saya dan mertua rupanya sedang menunggu. Saya senyum je kat mereka terus saya dibawa ke wad. Dapat senyum sebab belum rasa sakit selepas pembedahan.


Nanti saya cerita pula pasal sewaktu saya kat wad dan masa berpantang......masa ni saya tengah berpantang. Tinggal dua minggu lagi nak habis.


10 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum siti...
tahniah kerna selamat bersalin.dan dapat baby boy..nama baby dah ada ke?
wahhh...dalam berpantang pun dapat update blog..jahitan dah ok ke..nurse dah periksa ke jahitan siti..biasanya nanti ada pemeriksaan dgn nurse kat klink kesihatan sekali dgn baby..rasanya baby dah sebln..jahitan biasanya akan dibuka..jahitan siti kena buka ke.?

Anonymous said...

sambung lagi..
boleh thn kronologi nak bersalin siti ni..dari 22.12.2010 hgga 25.12.2010..sampai 3 hari..
sakit nak bersalin siti pjg jugak..kalau saya anak first dulu lama jugak..dalam 1 1/2 hari jugak lah...cuma saya bersalin normal.
hmm..pengalaman siti yg berharga...nanti ada rezki nak pregnant lagi..kena tggu 3 thn lah ye..
siti dah bawa baby pergi check setiap bulan tak? baby 1 bln akan diberi suntikan..dan akan ada turutannya slps itu...

oklah siti..semoga sihat lepas ni.dan anak sekali..jgn abaikan masa berpantang..nanti meroyan..k..jg2 pemakanan ye

Siti Salina said...

wsalam...thanks bagi komen. Awak dah berapa orang anak? Tentu awak lebih berpengalaman dari saya. Baby saya dah terima suntikan 1 bulan. Dah beberapa kali pergi klinik. Jahitan saya tak payah di buka. Ada orang cakap guna super glue entahla. Nanti tunggu saya cerita pasal waktu berpantang sebab banyak dugaannya termasuk perkara meroyan.

Anonymous said...

Assalamualaikum siti...sama2..airin dah ada 4 anak. tp jarak setiap anak ada 2 thn ke 4 thn...pglmn yg biasa je..hmm guna super glue.oklah tu..ada kwn airin guna yg mcm stapler..sakit lagi lah..anak dah dapat suntikan ..oklah tu ..kalau 2 bln nanti ada lagi..kebiasaannya baby lepas suntikan dapat demam..jd siti kena sapu minyak kat tpt suntikan..ok..nanti airin tggu ye

Hana said...

salam kak.
saya nak tanya la. sepanjang akak hamil dan baru lepas besalin ni, akak ada amik ubat SLE lagi x?

Prednisolone berapa akak amik time hamil dulu? lps bersalin plk brp ye?

TQ

Siti Salina said...

wsalam...
Airin: nasib saya kena masa tak payah buka jahitan kalau tak diaorang cakap ngilu. Thanks for your tips.

Hana: sepanjang akak hamil, akak ambik prednisolone 5mg, plaquenil 400mg, azathioprine 100mg dan aspirin 75mg. Disamping tu makan kalsium dan calcitriol. Selepas bersalin cuma aspirin je tak ambik yang lain masih ambik.

Anonymous said...

pengalaman yang mengujakan. mun dah pregnant baru lak jgn lupak update k. dan amalan2 ketika mengandung jadikan santapan. ada plan kah . hehehe


haNNA Jannah

Anonymous said...

maaf ye. nak tanya. kalau kat tempat siti. macam mana tembuni anak diuruskan. siti bagi mak mertua cuci ke dan kubur tak?

IL

Siti Salina said...

Hi irene. Tembuni anak saya suruh orang cucikan. orang yang lebih arif. Kemudian dikuburkan. Kakak saya ada bagitahu yang tembuni dia dulu di cuci dengan garam. kemudian diletakkan dalam bekas dan dikuburkan dikawasan rumah. Irene pula macam mana?

Anonymous said...

sama jugak. dicuci dengan garam. lepas tu dibungkus bersama-sama garam didalam kain putih. kuburkan kat kawasan rumah.

lama tak update blog. cepatlah update.

IL