Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Friday, July 22, 2011

Persiapan Barangan Ibu Part 2


Salam sejahtera, sebenarnya dah lama saya ingin ceritakan versi kedua persiapan ibu untuk menghadapi waktu berpantang. Oleh kerana saya sibuk bekerja kerap overtime dan sibuk layan anak maka lambat saya update blog. Versi pertama dulu saya buat sebelum saya bersalin. Sekiranya saya berpantang semula, saya akan ikut versi kedua ni. Yelah dah tahu apa yang patut dibuat dan selesa mengikut pengalaman saya sendiri. Versi pertama klik di sini.


1) SET BERSALIN


Kalau dulu saya beli set bersalin Nona Roguy. Oleh kerana saya kena kuning saya jadi was-was makan ubatan kampung. Agaknya no harm ambik Nona Roguy kalau kuning tapi saya teringin beli supplemen ni:

LD-VENUS Produk Elken

Gambar diambil dari nizza-abira.blogspot.com
(Satu kotak ada 20 botol berharga Rm180 kalau bukan ahli)

ATAU

Set Bersalin DCL


Terdiri daripada Bidadari, Amazing, Aroma, Nuage, Red Guara Cafe & Aroma

(Agak-agak dalam RM250)

Kalau nak tahu lebih detail pasal produk tersebut carilah sendiri ye. Sebab banyak info dan testimonial. So kalau ada yang teringin mencuba dan dah cuba dialukan memberi pendapat, saya hargai. Buat masa sekarang saya baru je cuba jus bidadari produk DCL. Buat masa ni saya hanya dapat komen rasanya sedap cuma kalau sesiapa yang mudah gastrik tu mungkin lebih elok ambil selepas makan sebab salah satu kandungannya air asam jawa.

Set diatas khas untuk pemulihan secara dalaman. Pemulihan secara luaran juga perlu pada seperti pilis dan param. Pilis untuk mengelakkan pening dan mata rabun. Param untuk menghaluskan kulit dan mengelakkan angin. Pada masa ni liang roma terbuka Lebih baik kalau set bersalin tersebut merangkumi supplemen dalaman dan luaran. Kalau tak ada maka kena beli di luar. Macam-macam jenama ada.

Contoh pilis segera


Param

2.BENGKUNG

Sebelum ni saya dah ada bengkung zigzag yang berlapik kain. Oleh kerana saya czer saya hanya pakai sekali saja sebab rasa sakit kalau pakai ketat. Sekiranya saya pregnant lagi saya akan beli bengkung moden khas untuk ibu beranak czer. So saya ada dua jenis bengkung.

3. TUNGKU MODEN

Hai-hai tungku moden yang saya ada tak boleh guna lagi. Baru beberapa kali saya guna dah tak boleh panas lagi. Saya contact permatahati.com dan diaorang gantikan dengan yang baru. Kira servis diaorang ok.Tapi selepas kakak ipar saya guna tungku boleh bocor pula. Saya rasa tungku moden ni tak stabil. Ada baiknya saya beli hot bag sebagai persediaan. Kalau dulu tungku moden harga Rm 60-70 tapi sekarang ada yang jual dalam RM40.

4. MANDIAN HERBA

Ada macam2 jenama mandian herba seperti jenama TYT dan mandian aura dari mysetbersalin.com atau mamamodern.com.

5. MINYAK / AIR SELUSUH & MINYAK MEROYAN

Pengalaman saya menggunakan minyak selusuh menakutkan. Tiap kali saya sapu minyak selusuh pada perut tak lama selepas tu saya rasa sakit perut macam dah dekat nak beranak. So saya stop ambik. Sebab kedua ialah minyak selusuh yang saya dapat tu asalnya mengandungi sarung peranakan kucing. Gelilah. Tak elok sebab kita beragama islam. Minyak/ air selusuh berasaskan ayat-ayat al-quran lebih baik. Sila refer contoh air selusuh kat versi pertama di sini.

6. TUALA WANITA

Yang ni memang wajib. Kat hospital selalunya guna tuala wanita bertali. Saya memang tak pandai nak pasang. Bawa je tuala wanita yang main lekat lagi senang. Dalam versi pertama saya ada mention tuala wanita pureen. Bila saya pakai rasa tak selesa pula sebab panjang dan tebal. Saya lebih selesa pakai tuala wanita yang saya selalu pakai. Tak tebal sangat sampai boleh nampak bentuk bila pakai seluar dan panjang. Kiranya pakai je tuala wanita yang biasa kita guna cuma kalau boleh beli yang maxi dan panjang untuk minggu-mingu awal.

7. STOKING

Memang wajib. Kena ada stoking....dua pasang ok dah. Lebih lagi baik.

8. KAIN BATIK/SKIRT PANJANG/SELUAR PANJANG

Kebanyakan apa yang saya tengok ramai yang pakai kain batik dalam waktu pantang. Saya lebih suka pakai seluar panjang sebab saya tak pandai pakai kain batik. Kain batik yang saya ada tak saya guna selalu sebab susah.

8. SCARF

Pastikan kita sentiasa menutup kepala bagi mengelak angin mudah masuk ke ubun kepala. Saya dah kena meroyan sebab tak tutup kepala. Tak kisah pakai anak tudung atau scarf.

9. BAJU

Pakai je baju yang selesa dan longgar.

10. SELUAR DALAM PAKAI BUANG / BAJU DALAM

Seluar dalam pakai buang lebih baik dipakai sekiranya di hospital. Sediakan satu paket atau dua. Ada jual di farmasi. Jangan beli saiz yang ketat kira ikut saiz masih dalam pregnant.

11. BREAST PUMP

Bagi yang berkemampuan beri anak susu badan memang bagus. Saya tidak berpeluang memberi anak susu badan disebabkan pengambilan ubat. Belilah satu breast pump untuk stimulate susu dan puting agar keluar susu. Selain itu dapat menyimpan susu sebagai stock.

12. MAKANAN/MINUMAN

Sediakan makanan dan minuman segera sebab selepas beranak rasa nak makan dan minum. Semua tenaga dah keluar dan kena replace balik.

Sunday, May 15, 2011

Sewaktu Berpantang

Salam sejahtera kepada pembaca blog ini. Wow sudah lama saya tak update blog. Maklumlah sudah ada anak masa sentiasa busy untuk si kecil. Tajuk ni kalau diikutkan sudah basi bagi saya. Tapi mungkin tidak bagi pembaca. Sebenarnya ini adalah versi kedua saya. Versi pertama hilang disebabkan waktu tu saya tak tahu blogspot tengah dalam maintenance. Maka susah payahlah saya menulis semula.

Kurang Rehat

Sebelum ni saya ada cakap saya upah orang jaga sewaktu berpantang. Memang saya memerlukan bantuan sebab saya memang tak mampu bergerak lebih. Terutama sekali bila anak saya waktu tu asyik meragam dan nangis sentiasa. Dengan tak cukup tidurnya dan sakit di bahagian tempat bedah saya jadi kurang rehat. Tiap malam anak saya tido pukul 1 pagi bila siang pula selalu nangis. Belum lagi kena bangun bancuh susu. Tidur satu jam penuh then kena bangun dan proses yang sama berulang. Nasib mak mertua dan kakak ipar saya bergilir tidur di rumah pada sebelah malam tolong apa yang patut. Terutama sekali bergilir memujuk anak saya. So siang tu saya mengambil kesempatan tidur sekejap sementara pembantu saya jaga anak. Nasib saya upah pembantu....


Kisah Pembantu

Pembantu saya kerjanya beri mandi, jaga baby, masak, cuci baju dan kemas apa yang patut. Dia juga sepatutnya tolong saya dari segi persiapan diri. Dia berumur dalam lingkungan 40an dan ada 4 orang anak. Masalah saya dengan pembantu saya ni ialah dia datang ke rumah saya pukul 8.30-9.00 pagi suami dia yang hantarkan. Lepas tu berborak dulu tak kira dengan siapa. Sampailah masa nak masak dan cuci baju. Anak saya lambat dimandikan. Mungkin macam tu style dia kat rumah sendiri. Saya nak buat semua benda tak larat sebab badan saya belum kuat dan masih sakit di tempat bedah. Takut kalau bergerak lebih meroyan pula. Dahlah bilik saya di tingkat atas.

Satu lagi pada hari pertama pembantu saya tak hantarkan makanan ke bilik instead saya terpaksa turun ke bawah untuk makan. So saya suruh dia bawa makanan ke bilik pada esok hari. Dan juga dia tak sediakan makanan malam saya. Sekali tu saya suruh dia sediakan makanan malam. Tapi selepas tu dia tak sediakan sebab takut sejuk katanya. Yelah dia balik pukul 5pm. Lagipun saya masih kenyang tapi sekurangnya dia sediakan juga. So husband saya panaskan dan sediakan makanan untuk saya sebelah malam.

Lagi satu masakan yang dimasak selalu masin dan kurang sedap. Husband saya pun cakap macam tu. Kakak saya pula beritahu dari rupa saja dia dah tahu masakan tu tak sedap. Sedap lagi masakan mak mertua dan kakak ipar saya. Saya ada tegur dia kurangkan garam. Tapi tak lama lepas tu masin balik. Dah pula tiap hari dia akan tanya saya nak makan apa. Sampai boring saya nak memikirkan menunya. Rasanya dia memang tak pandai masak masakan orang lepas bersalin dan mungkin juga takda pengalaman.

Bila tiba masa untuk berurut, bidan yang selalu urutkan saya sebelum ni datang ke rumah saya. Bidan tu datang awal dalam pukul 9.30 pagi. Dia pun hairan kenapa anak saya tak dimandikan dan saya tak diuruskan. Akhirnya bidan tu pula volunteer mandikan baby dan tolong mandi dan sapukan minyak ubat ke badan saya. Rupanya macam tu kalau bidan yang sebenar jaga. Bidan tu ada juga perli pembantu saya kerana lambat masak. Pembantu saya sepatutnya datang lebih awal dan masak untuk tengahari kemudian beri mandi baby dan bantu persiapan diri saya. Menyesal juga tak ambik bidan.

Apa yang baik tentang pembantu saya ni ialah dia tak balik waktu tengahari so saya boleh sentiasa minta tolong. Lagipun dia suka sangat mengemas. Sampaikan barang dalam bilik saya dikemas dengan rapi. Dan dapur saya sentiasa kemas berbanding sebelum....hehe.

Jaundice dan Meroyan

Kalau diikutkan baby selalu kena kuning selepas dilahirkan tapi sebaliknya saya yang kena kuning. Sebenarnya dari bulan ketujuh masa pregnant saya start kuning. So waktu berpantang ni doktor tak suruh makan ubatan kampung. Buat perhiasan je ubat nona roguy yang saya beli. Mungkin sebab tu saya selalu gatal waktu pregnant. Atas rasa prihatin mak mertua saya belikan supplemen elken 'Fitorac' untuk sakit kuning.


Fitorac ni mengandungi buah dan sayur organik terdiri dari 7 kumpulan warna dan semulajadi detox hati. Kalau pregnant boleh makan fitorac. Alhamdulillah kuning saya beransur hilang. Sekiranya saya pregnant lagi dan kuning menyerang semula, saya akan beli fitorac.

Oleh sebab saya tak makan ubatan kampung, saya cuma ambik pati ikan haruan saja. Supaya luka bedah sembuh cepat. Ubatan secara luaran pula saya cuma sapu minyak meroyan dan minyak berubat nona roguy ke seluruh badan. Cuma kadang-kadang saya tak sapu minyak di kepala. Maka akibatnya saya kena meroyan di kepala. Penyumbangnya juga saya selalu keluar rumah sebab pergi ke klinik kesihatan check tekanan darah sebab waktu nak beranak tekanan darah saya tinggi. Sambil tu nurse check keadaan baby. Dahlah sakit di tempat bedah terpaksa juga saya tahan sambil berjalan.

Meroyan di kepala rasanya seperti sesuatu menyucuk tajam di kepala. Sampaikan saya menangis tak tertahan dengan rasa sakit. Makan panadol tak jalan. Jumpa doktor cakap ini bukan migrain tapi angin. Makan painkiller pun tak jalan. Doktor cakap selepas kita bersalin liang roma di badan terbuka maka angin senang masuk. Sebab tu seluruh badan kena tutup. Kalau kita breastfeed liang roma tadi akan cepat tutup dan rahim cepat pulih. Saya dahlah tak breastfeed dan tak makan ubat kampung lambatlah nak sembuh. Maka senang kena meroyan.

Saya minta pertolongan bidan yang mengurut saya. Esoknya dia datang dan saya disuruh berpilis. Meletup kulit kepala saya dibuatnya sebab bahan dalam pilis tersebut hangat dan pedas. Alhamdulillah selepas dua hari sakit meroyan hilang. Walaupun dah hilang saya tetap berpilis untuk elak datang semula. Mulai hari tu saya elak kipas angin menumpu ke arah saya.


Anak Meragam

Anak saya selama sebulan meragam sebab kempung perut rasanya. Sengsara jugalah melayan anak meragam sebab pada masa ni kasih saya pada anak belum kuat. Disebabkan juga saya berasa sakit di tempat bedah dan asyik memikirkan diri saya sendiri untuk pulih. Saya bertuah juga sebab mak mertua dan kakak ipar sudi membantu bila suami memohon pertolongan. Mengharapkan suami saya dia tiada pengalaman.

Mak mertua saya mempunyai satu cara mengeluarkan angin dalam badan menggunakan telur dan cincin silver. Mula-mula tu saya sangsi yelah macam mana telur boleh keluarkan angin dalam badan. Dia dapat petua ni dari seorang bidan dari mukah. Telur tersebut direbus dengan api kecil supaya kulit telur tak pecah. Pastikan telur betul-betul masak. Lepas tu dibuang kulit dan dibelah dua. Letakkan cincin silver yang warnanya bersih tak hitam di tengah dalam telur dan tutup semula. Balut telur tersebut dengan kain yang nipis dan pastikan telur masih suam dan sapukan ke seluruh badan terutama sekali di bahagian perut. Bila selesai buka telur tersebut dan lihat warna cincin silver. Kalau hitam bermakna banyak angin dan proses yang sama perlu dilakukan selalu menggunakan telur yang baru sehingga cincin berwarna kekuningan. Terpulang kepada seseorang percaya atau tak. Tapi saya dah cuba. Cara ni lambat.

Oleh kerana mak mertua saya risau melihat keadaan anak saya, dia suggest suami saya pergi farmasi beli ubat untuk baby kembung perut. Sebelum ni saya ada beli gripe water tak menjadi. Atas cadangan orang farmasi, suami saya beli ubat Disflatyl. Harganya dalam rm20 ke atas. Alhamdulillah selepas mengamalkan ubat tersebut selepas sebulan anak saya kurang meragam. Saya seorang dapat menjaganya berbanding sebelum ni.


Bila dikenang kembali semasa berpantang dan sekiranya saya pregnant lagi saya akan lebih bersedia. Saya akan buat list baru persiapan untuk berpantang pada masa hadapan.



Sunday, January 23, 2011

Kronologi Pengalaman Bersalin

Assalamualaikum / Hi kepada sesiapa yang membaca.......

Dah lama saya tak update blog. Saya baru lepas bersalin pada 25hb December lepas. Cun hari krismas. Alhamdulillah saya dan baby boy sihat. Disini saya ingin cerita kronologi masa saya nak bersalin. Bila dikenang balik beranak memang sakit. Di situ kita dapat rasa pengorbanan ibu masa melahirkan kita.

22 December 2010:

Checkup Di Hospital
Checkup di hospital seperti biasa. Kebetulan doktor nak scan. Akhirnya doktor beritahu baby boy. Saya tanya doktor kalau sekiranya saya belum rasa nak beranak pada due date 26hb, doktor suruh pergi saja ke wad bersalin pada tarikh tersebut. Sebenarnya saya ada rasa was-was dengan tarikh due date tu. Tarikh tu berdasarkan ramalan doktor melalui scan. Tepat ke tidak ramalan doktor tu.

Melawat Wad Bersalin
Kakak saya yang sama tempat kerja suruh saya pergi di hospital umum sarawak. Saje check macam mana rupa wad tersebut dan supaya nanti tak tercari-cari wad bersalin time nak bersalin nanti. Lagipun hospital dekat dengan tempat kerja. So lepas balik dari kerja petang tu kitaorang pergi ke wad tersebut. Macam ok je. Saya tak boleh masuk cuma cakap kejap dengan nurse kat tempat kaunter. Balik tu saya joke entah-entah esok saya nak bersalin.

Mula Rasa Tak Selesa
Waktu malam pula saya rasa tak selesa. Saya tak tahu samada sakit tersebut kontraksi atau sebaliknya. Masa tak tentu. Kadang-kadang saya meraung kecil menahan sakit. Husband saya bingung dan ajak pergi ke hospital. Saya cakap belum tiba masanya dan belum ada tanda nak bersalin macam keluar darah ke atau pecah air ketuban.


23 December 2010

Keluar Darah
Saya tak tentu tido. Tak boleh nak tido bila sakit kontraksi datang. Jarak masa antara rasa sakit tu tak tentu. Pagi ni saya bangun awal dari waktu biasa lagipun nak turun kerja. Bila kencing nampak keluar darah. Terus saya ajak husband pergi hospital tapi sebelum tu saya sempat lagi mandi. Waktu tu pukul 6.30 pagi. Belum sarapan lagi.


Check Bukaan Rahim
Sampai kat wad nurse terus bawa ke bilik check jantung baby selama 20 minit. Tak lama lepas tu datang doktor perempuan masih muda lagi. Muda dari saya lagi. Sambil tunggu tu dia soal macam-macam. Bila time nak check bukaan tu saya dah rasa lain. Sakit ke tak seluk ni sebab baca kat blog orang lain macam sakit je. Sebenarnya masa kena seluk tu taklah sakit sebab diaorang pakai KY Jelly. Bukaan baru 1cm. Doktor senior suruh balik sebab rumah dekat. Bila dah sakit sangat dan kontraksi setiap 10 minit baru pergi hospital. Saya telefon ofis cakap saya minta terus cuti materniti mulai hari ni. Minta husband beli macam-macam makanan sebelum saya mula berpantang takut kempunan. Roti jala, nasi dagang dan prosperity burger mcd. Sedap seh!

Sakit Lagi
Malam pula pukul 10.30 saya tak boleh nak tido sebab sakit. Sakit tu makin kuat berbanding pagi tadi dan masa kontraksi tak tentu.


24 December 2010

Nak Sangat Admit
Sampai pukul 3 pagi saya dah tak tahan dengan rasa sakit tersebut. Saya rasa nak admit ke hospital. Saya gerak husband suruh hantar ke hospital sekarang. Sampai kat wad, jantung baby check lagi. Prosedur yang sama berulang. Kali ni doktor lelaki india pula bersoal jawab. Malu ada tapi ape boleh buat terpaksa. Doktor cakap bukaan masih 1cm. Alahai punyalah lambat nak buka rahimku ini. Doktor suruh balik juga sebab wad mungkin full dan sekiranya bukaan saya masih kecil dan ada orang lain yang lebih memerlukan, saya terpaksa balik. Ape boleh buat balik je lah. Pukul 5 pagi kitaorang balik.

Malas Nak Pergi Klinik Kesihatan
Sepatutnya saya ada appoinment di klinik kesihatan pagi ni. Macam biasa check ibu mengandung. Oleh kerana saya letih tak cukup tido saya malas nak pergi. Lebih baik saya tido. Pagi tu saya kol klinik yang saya tak pergi check sebab dah pergi hospital. Hehehe...sekurang-kurangnya saya bagi tahu diaorang.

Kontraksi 10 minit
Waktu malam menjelma tahap sakit kontraksi bertambah berbanding awal pagi tadi. Lagilah saya meraung dan berjalan kehulu kehilir tak duduk diam. Saya tak tido. Saya catat kontraksi datang setiap 10 minit. Tapi saya tunggu. Fobia kalau disuruh balik lagi.


25 December 2010

Air Ketuban Pecah
Husband risau bila saya meraung kesakitan. Pukul 4.30 pagi air ketuban saya pecah. Saya beritahu husband dan terus dia kaget. Kali ni takde alasan doktor nak suruh saya balik. Check lagi jantung baby. Doktor ambik darah. Doktor muda tak tahu samada doktor pelatih. Punyalah lama dia cuba nak ambik darah. Cucuk sini tak keluar darah cucuk sana tak juga. Dia complaint pula cakap saya tak kuat bekerja. Urat halus. Dalam hati saya cakap kau tu yang tak pandai ambik darah. Sebelum ni saya banyak kali diambil darah takde masalah. Lastly dia suruh doktor lain ambik. Dapat pula.

Menahan Kesakitan
Tiap kali doktor tanya sesuatu cun masa kontraksi datang saya diam je menahan sakit. Sebaik sakit tu hilang baru saya jawab. Saya tengah duduk menunggu entah ape lepas diambil darah. Tiba-tiba datang doktor lain rasanya doktor senior tengok saya tengah tahan sakit. Dia marah kat doktor-doktor junior atau pelatih rasanya kerana buat pesakit tunggu lama. Bukan saya sorang beberapa orang sedang menunggu. Tapi diaorang tunggu untuk discan. Doktor senior tu check lagi bukaan rahim. Dalam check tu dia beritahu sesuatu medical term kat doktor junior tadi sambil marah. Doktor junior cakap baby saya dah berak. Lepas tu saya disuruh admit pergi ke bilik bersalin. Time ni masih waktu pagi rasanya pukul 7.

Mata Kuning
Saya memang dah tak tahan menanggung sakit. Perut mengeras tapi belum ada rasa nak meneran. Memang sakit nak beranak. Saya diam tahan sakit. Tak boleh makan dan minum. Nyesal tak makan sikit dulu sebelum ke hospital. Doktor pula perasan mata saya kuning macam jaundice. Saya perasan mata saya kuning tapi saya dah check kat klinik doktor cakap asalkan badan saya tak kuning kira ok. Doktor kat hospital soal macam-macam nak siasat jaundice.

Rasa Nak Meneran
Dari pagi sampai malam saya menahan sakit dan kelaparan. Sengsara. Nasib doktor ada bagi ubat tahan sakit. Itu pun untuk sekejap je. Waktu petang saya dah mula rasa nak meneran. Sakit lagi bila menahan rasa nak meneran bila bukaan masih belum cukup besar. Kalau tak dah lama saya meneran. Tekanan darah saya sepanjang hari tinggi (preeclampsia) dan degupan jantung baby pula tak cantik. Diaorang pasang tv sepanjang hari tapi saya tak tengok sebab concentrate dengan kesakitan. Saya heran kenapalah ada tv dalam bilik bersalin. Saya cuma sebut 'Allah' saja bila sakit nak datang. Nak baca doa panjang sikit tak tersebut.

Emergency Caeserian
Doktor pakar datang dan beritahu setiap satu jam bukaan akan buka 1cm. Tapi bila dikira saya dah lebih 10 jam ni. Kalau tak terpaksa bedah. Saya kalau boleh nak beranak secara normal tapi akhirnya pukul 7 malam saya emergency caeserian. Doktor cakap bagi menyelamatkan anak. Saya pula jawab ok sebab saya dah tak tahan tanggung sakit. Terus saya dibawa ke bilik bedah. Saya disuruh sign beberapa dokumen sebelum ke bilik bedah dan saya suruh doktor kol husband saya. No hp husband saya dah berubah dan saya tak catit nombor baru kat buku merah. Terpaksa saya check kat hp bagi kat doktor.

Dalam Bilik Pembedahan
Dua kali saya disoal samada saya yang sign dokumen tersebut bila dekat dengan bilik bedah. Susahnyer nak jawab tiap kali kontraksi menyerang. Sampai di bilik bedah diaorang rasanya check blood pressure. Beberapa kali diaorang tangguh mungkin blood pressure tak ok. Lepas tu saya dibius separuh badan (epidural). Injection kat bahagian tulang belakang. Tak sakit. Sakit kontraksi hilang lepas dibius. Kemudian diaorang pasang macam papan kat area perut supaya saya tak nampak. Tangan saya diluruskan ke tepi macam bentuk T bukan ke tepi badan saya. Ada pembantu doktor berada disebelah bercakap dengan saya mungkin suruh saya tenang.

Semasa Pembedahan
Sebelum mula pembedahan doktor tanya dulu samada saya ada rasa sakit tak dan kaki saya dah rasa berat tak. Kaki dah rasa berat memang tak rasa apa-apa dan tak lama selepas tu semua bahagian bawah tak rasa sakit. Doktor cakap saya boleh rasa sentuhan tapi rasa sakit tak ada. Waktu ni saya rasa sangat lega sebab sakit nak beranak hilang. Saya perhati bahagian tepi dinding kalau ada cermin dapat memantulkan aktiviti pembedahan. Tapi tak ade. Saya memang langsung tak nampak doktor masa pembedahan. Apa yang saya rasa ialah masa doktor tekan bahagian bawah ulu hati saya rasanya dia nak tolak baby keluar. Rasa nak gastrik saya dibuatnya sebab tak makan sepanjang hari. Tak lama lepas tu saya rasa perut kempis dan saya agak mesti baby dah keluar. Kemudian bunyi baby menangis saya terus rasa lega sebab saya dah risau kalau dia tak nangis. Rasanya lepas baby dibersihkan nurse tunjuk saya baby dan tanya jantina baby. Saya jawab lelaki. Punyalah sejuk kat bilik pembedahan. Doktor tanya saya ok tak saya jawab badan saya sejuk sangat.

Sebelum Ke Wad
Diaorang kemaskan badan saya dan terus saya dibawa ke kawasan pemulihan rasanya. Disitu saya dipanaskan. Rasanya lepas setengah jam saya dibawa keluar menuju ke wad. Diluar ahli keluarga saya dan mertua rupanya sedang menunggu. Saya senyum je kat mereka terus saya dibawa ke wad. Dapat senyum sebab belum rasa sakit selepas pembedahan.


Nanti saya cerita pula pasal sewaktu saya kat wad dan masa berpantang......masa ni saya tengah berpantang. Tinggal dua minggu lagi nak habis.


Sunday, December 19, 2010

Week 36 - Week 39

Jeng-jeng-jeng..... belum lagi bersalin. Dah lama tak update blog. Rasa malas sebenarnya. Sebenarnya ada resepi yang nak saya paparkan....iaitu karipap doraemon hehe. Lain kali je lah saya paparkan. Pada minggu-minggu ni gatal badan tetap ada. Kalau dulu saya cakap takde luka-luka tapi sekarang ermm...tanda luka ada kat bahagian kaki. Memang masih tak cukup tido. Ni minggu ke 36-37. Tapi pada minggu ke 38 tahap kemiangan gatal tu berkurangan. Saya dah tak mandi awal pagi buta untuk kurang rasa gatal, luka kat kaki pun sembuh dan dapat tido lebih lama. Alhamdulillah....asal dapat tido lama sikit pun jadilah.

Banyak losyen saya beli semata-mata nak kurang kan rasa gatal. Saya beli losyen QV khas untuk orang eczema dan masalah kulit tak sesuai pula. Cocoa Palmers pun tak jalan. Apa yang saya guna sekarang ialah losyen Nivea botol warna biru for dry-very dry skin dalam harga rm10 je. Satu lagi saya stop guna minyak wangi. Sebagai langkah untuk kurangkan sensitif kulit.

Dalam minggu ke 38 ni bila masalah gatal dah kurang, kakak saya tegur mata saya nampak kuning pula. Bila tanya husband dia cakap memang ada kuning. Sebelum ni tak juga dia perasan sebab kuning ni hanya di sekeliling mata tak kat tengah. Bila pergi klinik doktor cakap ada berkaitan dengan pengaliran darah yang banyak ke hati atau pemakanan...entahla saya pun kurang faham apa dia cakap. Tapi yang pasti doktor cakap takde ape cuma kalau warna kulit saya nampak kuning saya kena pergi check sebab takut jaundice.
Pasal ubat sle iaitu aspirin pula saya keliru mana satu nasihat doktor saya nak ikut. Doktor antenatal suruh stop aspirin week 36 untuk elak masalah pendarahan. Bila cerita kat doktor rheumato boleh continue sampai beranak. So last checkup di hospital aritu saya cakaplah masalah ni, keputusannya doktor antenatal suruh berhenti pada minggu 38.
Pada masa sekarang saya masih lagi drive ke ofis. Nasib keretaku automatik dan power steering. Husband saya belum ada lesen memandu tu yang takut nak suruh dia hantarkan. Tapi time nak beranak nanti tentu dia yang akan drive. Beg hospital dan dokumen dah sedia tapi belum masuk dalam kereta lagi. Sekarang ni saya tengah fikir nak buat kerusi toilet untuk toilet cangkung kat rumah ni. Nanti dalam entry akan datang cerita benda ni pula. Dah lewat ni....nak tido.

Thursday, November 18, 2010

Week 29 - Week 34

Argh....bila tengok ticker pregnancy week kat sebelah kanan atas tu macam tak lama lagi nak due date. Risau saya. Pada minggu-minggu 29 hingga 34 ni masalah utama saya ialah gatal. Lain semua ok. Selalu tak cukup tido. Dah jadi macam biasa pula. Mungkin untuk saya practice tak cukup tido bila anak dah ada nanti. Heheh fikir yang positif je. Tapi nasiblah takde kesan macam parut cuma luka kecik je. Bila garu kulit jadi merah je. Tak tahu la pula bila dah bersalin nanti....waktu tu semua baru jelas nampak.

Checkup di hospital kali ni tak doktor tak scan. Saya tak tahu anak saya ni perempuan ke lelaki. Harap next week doktor scan bolehlah tanya sekali lagi. Kakak saya cakap perut saya tak membulat macam dia sebab semua anaknya perempuan. Dia suspek lelaki. Orang lain cakap perempuan. Entahle. Tak kisah yang penting sihat.

Checkup dengan doktor sle di hospital sebelum raya haji ni. Ni la last saya akan jumpa dia masa pregnant sebelum jumpa lagi lepas bersalin nanti. So ada beberapa perkara saya perlu tanya.

1) Bolehkah saya breast feed sebab masa baru pregnant dulu doktor cakap tak boleh. Yelah saya kan ambik beberapa jenis ubat sle. Nanti masuk dalam air susu. Saya ambik prednisolone 5mg, plaquenil 400mg, azathioprine 100mg dan aspirin 75mg.

2) Ada doktor masa checkup pregnancy hari tu cakap kalau boleh stop ambik aspirin sebulan sebelum dijangka bersalin. Takut bleeding. Betul ke?

3) Perancangan keluarga untuk mengelakkan kehamilan.

Soalan pertama akhirnya doktor cakap saya boleh breastfeed. Peratusan ubat masuk dalam susu terlalu sikit dan selamat. Kelam kabut saya dibuatnya sebab preparation untuk breastfeed saya tak buat cuma fikir beli breastpump je untuk buang air susu supaya payudara tak membengkak. Sekarang ni saya tengah mencari maklumat mengenai breastfeed. Alhamdulillah dapat juga saya menyusukan anak nanti.

Soalan kedua doktor sle cakap aspirin yang saya ambik tak menyebabkan bleeding tapi kalau ambik warfarin boleh bleeding. So saya tak perlu risau semua ubat saya masih continue makan walaupun lepas bersalin nanti.

Soalan ketiga doktor cakap saya lebih baik elak hamil menggunakan kondom atau secara semulajadi. Makan ubat mencegah kehamilan dan injection tak elok untuk saya sebab semua tu melibatkan hormon.

Persiapan beg untuk ke hospital belum lengkap lagi sebab kain batik tengah dijahit sisinya. Petua orang tua cakap orang mengandung tak elok menjahit. Lagi satu tak elok potong ayam termasuk suami. Bagi saya lah semua ni macam mengarut. Tapi kan saya suruh kakak saya jahitkan kain batik untuk saya. Kakak tak bagi jahit. Saya tak bawa dua beg ke hospital sebaliknyer satu je. Campur sekali barang mak dengan anak. Senang. Breast pump pula lagi belum beli. Next month baru dapat beli bila gaji dah masuk hehe.

Monday, November 8, 2010

Gatal Oh gatal....

Saya masih tak puas hati dengan gatal. Semalam saya tak boleh nak tido. Agaknya pukul 5.30am baru lena. Suami risau tengok saya asyik tergaru dan terjaga. Dia pun tak tentu tido. Gatal saya ni bukan setakat di perut tapi seluruh badan termasuk tapak tangan dan kaki. Hari ni saya tak turun kerja minta mc dari doktor. Tak cukup tido....saya risau takut terkena macam apa yang baca tempoh hari. Iaitu Cholestasis. So hari ni saya jumpa doktor lagi....

Doktor cakap ni perkara normal. Saya terpaksa melaluinya sampai habis bersalin.....Wa... :(. Ada orang kaki kembang dan badan kembang tapi saya gatal! So far...kaki saya tak mengembang macam setengah orang. Doktor cakap ada orang selesema dan batuk sepanjang mengandung. Lain orang lain pembawaannya. Saya hanya boleh makan ubat antihistamin piriton selamat untuk orang mengandung dan bayi. Saya boleh makan sampai 4 biji pil sekaligus. Cuma doktor nasihatkan stop makan ubat tu bila dah masuk 36 week. Sebab dia risau waktu tu bila-bila masa saya boleh beranak nanti saya rasa mengantuk ketika bersalin nanti. Baby pun boleh mengantuk. Kesan lain takde.

Saya minta juga sabun mandi plus feminine wash. So doktor bagi Isoderm yang boleh jadi feminine wash dan sabun badan. Sesuai juga untuk baby. Saya suruh suami buat air manzil untuk saya sebab masa sakit dulu dia selalu buat air tu untuk saya minum agar cepat sembuh. Tapi kitaorang beli air zam-zam dan niat dalam hati agar gatal tersebut hilang. Harap malam ni saya dapat tido dengan tenang.....

Thursday, November 4, 2010

Itchiness During Pregnancy

Sejak kebelakangan ni saya asyik tergaru-garu. Hari Sabtu lepas saya cakap kat suami nak pergi klinik tapi tak pergi pada siang hari sebab busy. Tiba je malam waktu tengah malam pula tu gatal tu tak boleh nak tahan lagi. Memang tak boleh nak tido. Dah sapu losyen pun masih juga. Suami waktu tu tengah tengok astro ada perlawanan English Premier League. Terpaksa juga lah suami hantar ke klinik kotaraya 24 jam. Ada beberapa orang kat klinik masa tu. Sabar je la menanti giliran. Suami dah resah menunggu sebab nak tengok perlawanan MU. Dalam tengah menunggu tu saya tergaru sana tergaru sini memang tak sabar nak makan ubat. Suami risau takut disebabkan penyakit SLE. Bagi saya ni bukan sebab SLE. Tanda-tanda flare SLE tu tak macam ni. Akhirnya doktor bagi ubat antihistamin kotamin. Kemungkinan saya allergic dengan seafood atau apa-apa yang boleh menyebabkan allergic.

Awal tu saya ada beli losyen strechmark cocao butter jenama Palmers. Mungkin sebab losyen tu tapi sebelum ni pun saya pernah gatal badan. Entahlah. Saya risau kalau makan ubat kotamin selalu takut ada effect dengan kandungan. So saya makan bila perlu je. Tu pun sebiji sehari. Jumpa doktor Gynae follow up check di hospital semalam dia cakap tu normal tanpa menerangkan apa-apa. Saya tak pandai nak tanya lebih sebab doktor tu orang myanmar. Susah nak cakap dengan doktor tu. Dahla suara kecik dan kadang-kadang saya tak faham or tak jelas apa dia cakap. Accept ajelah. So saya stop guna losyen Palmers tapi risaukan strechmark takut semakin menjadi. Saya beli pula losyen baby johnson botol kecik. Tu pun masih gatal. Mungkin hama tapi saya dah tukar semua kain cadar dan bantal. Masih tak puas hati....

Last-last saya search kat internet. Rupanya gatal ni perkara normal bagi wanita mengandung. Terutama sekali bagi yang mengandung kembar atau pertama kali pregnant. Gatal-gatal ni selalu terjadi pada trimester ketiga. Saya sekarang dalam trimester ketiga. Lagi satu gatal tu selalu kat tapak tangan dan kaki. Patutlah saya heran juga kenapa boleh gatal kat tempat tu. Tapi tempat lain ada juga terutama sekali kat lengan, kaki dan belakang. Gatal tu lebih terasa time terbangun dari tido sebab nak ke toilet.


Ada beberapa jenis gatal. Boleh google 'itchiness during pregnancy'. Penyebab yang saya faham adalah disebabkan oleh hormon mengandung atau terlebih 'bile salt' yang dihasilkan oleh hati bagi tujuan penghadaman terkumpul dalam kulit. Gatal ni akan hilang sendiri lepas melahirkan anak. Nampaknya terpaksalah saya tanggung gatal ni selama dua bulan.
Cara untuk melegakan gatal ialah sapu losyen sebaik selepas mandi ketika badan masih lembap. Boleh guna losyen calamine untuk melegakan gatal dan losyen yang berat macam cocoa butter. Mandi guna oatmeal. Saya tak tahu ade ke tak jual oatmeal bath di tempat saya. Yang pasti guna sabun yang lembut macam sabun baby bukan sabun dettol. Mandi jangan guna air panas untuk elak kulit kering dan gatal makin menjadi.
Semalam saya sapu losyen sebaik lepas mandi malah sapu lagi losyen sebelum tido guna losyen cocoa butter palmers tu la. Alhamdulillah rasa gatal tu kurang dapatla saya tido nyenyak berbanding hari sebelum ni.


Monday, October 18, 2010

Persiapan Barangan Ibu

Hujung bulan lepas baru saya nak fikir pasal persiapan masa berpantang nanti. Fikir apa perlu dibawa masa ke hospital nanti. Hanya melalui pembacaan dari pengalaman ibu-ibu dalam banyak blog dijadikan panduan.

1) SET BERSALIN

Buat setakat ni saya dah beli set bersalin. Jenama set bersalin pilihan saya ialah Nona Roguy. Saya dapat harga yang murah RM290. Harga tu termasuk kos penghantaran. Kakak tu bagi saya dengan harga ahli tak perlu bayar kos penghantaran walaupun saya jauh di sarawak. Sekarang masih promosi. Kalau ada yang berminat tu cepat2 lah check blog ni bidanbersalin.blogspot.com. Selain tu macam2 jenis barangan yang ada dan siap boleh tawar-menawar asalkan berpatutan. Banyak juga tip-tip yang ada. Ni la rupa set Nona Roguy.



2) BENGKUNG

Ada banyak jenis bengkung yang saya tahu dari online ni. Ada bengkung zap on je. Tu bengkung moden. Bagi yang rasanya kena bersalin caeser tu lebih baik beli bengkung moden kat http://www.bengkungmoden.com/. Saya belum decide lagi nak beli bengkung jenama apa. Tapi yang pasti bengkung jenis zigzag dan berlapik kain saya nak supaya tak mudah kotor. Bengkung ni kalau boleh kena ada dua. Saya dah ada bengkung zap on dari watson. Murah je rasanya rm10. Dah lama saya beli sebab nak slim dan boleh pakai masa exercise. Kakak saya saran pakai zap on tu masa kat hospital untuk sementara waktu. Supaya perut dan rahim tak rasa jatuh.
Ada orang rasa gatal pakai bengkung watson ni sebab tak serap peluh. Sama juga dengan Avon. Lebih baik lapik dengan kain lepas sapu minyak baru pakai bengkung zap on ni. Tau tak last-last saya beli bengkung sekali dengan tungku moden di web permatahati.com.

3) TUNGKU MODEN

Saya ingin beli tungku moden. Saya taknak susahkan orang memanaskan batu untuk saya. Jiran saya cakap dia guna batu bata je. Waktu kakak saya dulu dia guna hot bag je. Pada pendapat saya kalau ada budget lebih baik beli tungku moden. Dapat pakai bila2 masa dan senang. Tungku moden boleh dibeli dari tungkumoden.com. Harga RM60 bagi tungku biasa dan RM75 untuk tungku magnetik. Kos tersebut dah termasuk penghantaran. Tapi bagi sabah dan sarawak kena add rm5 untuk penghantaran. Memandangkan saya dah beli kat permatahati so tak payah nak beli dari web ni sebab harga pun sama je.


4) MANDIAN HERBA

Selain tu saya bercadang nak beli mandian aura samada dari web mysetbersalin.com atau mamamodern.com. Sebenarnya kalau tak surf website tu saya memang tak tahu langsung pasal mandi air campuran herba selepas bersalin. Ingat mandi dengan sabun biasa je. Tak pernahlah kakak ipar or kakak saya cerita. Mungkin diaorang mandi dan lulur biasa je kot. Siapa yang tak tahu bolehlah check kat web tu.

5) MINYAK SELUSUH DAN MINYAK MEROYAN

Tahu tak dalam saya tengah search info pasal bersalin saya terjumpa web jual minyak selusuh. Sebenarnya saya tak tahu akan kewujudan minyak selusuh. Yang selalu saya dengar minyak meroyan. So saya cakap kat kakak saya nak beli minyak selusuh tu. Kakak cakap cari dulu kat tempat sendiri orang yang pandai buat sekali dengan minyak meroyan. Waktu dulu kakak suruh bapa best friend yang buat tapi sekarang dia dah meninggal. So saya tanyalah kat bidan yang selalu urut saya. Nasib dia pandai. Cuma dia perlukan 2 jarum untuk minyak meroyan. Satu letak kat minyak dan satu untuk bidan tu. Minyak selusuh tak ada syarat. Saguhati terpulang pada saya nak beri. Sesiapa nak beli minyak selusuh boleh cari kat web bidankampung.com.
6) TUALA WANITA

Bila baca kat forum entah lupa nama ada sorang ni suggest beli tuala wanita jenis bertali dan juga tak bertali. Diaorang cakap kat hospital selalu bagi jenis yang bertali. Saya bercadang nak beli maternity pad madame jenama pureen.



7) SELUAR DALAM PAKAI BUANG

Ada banyak jenis seluar dalam pakai buang. Pilih saiz yang besar sikit. Saya dapat tip dari forum yang saya dah lupa nama. Boleh dapat dari Guardian atau pureen. Kalau nak pakai seluar dalam biasa tu pun boleh. Cuma dari pembacaan saya dalam internet ni, lebih baik pakai seluar dalam pakai buang sebab takde sape nak cuci seluar dalam kita dalam berpantang.

8) STOKING

Rasanya perlu dua pasang. Lebih lagi baik. Prefer yang tebal dan sederhana panjang.

9) KAIN BATIK

To tell the truth saya tak pandai pakai kain batik. Asyik terlondeh je. Kalau boleh nak jahit kain batik tu letak getah kat pinggang. Nasib baik banyak kain batik peninggalan arwah mak yang belum dipakai. Time ni lah berguna. Saya sediakan 6 helai.

10) BAJU

Baju t-shirt je asalkan longgar dan selesa. Bawa jelah dua pasang.

11) MAKANAN / MINUMAN SEGERA

Apa yang saya maksudkan ialah biskut macam jacob dan minuman 3 in 1. Dapat dijadikan kudapan ketika lapar masa kat hospital nanti.

Friday, October 15, 2010

Checkup At Hospital

Rabu lepas saya pergi checkup di hospital umum sarawak untuk scan baby. Bila dipanggil doktor tu suruh suami saya keluar sebentar sebab kata nak check bahagian bawah saya. Dah bermain difikiran apelah doktor ni nak tengok kat bawah tu. Tak pernah sebelum ni doktor lain tengok.

Rupa-rupanya dia nak tanya tanda biru pada mata sebelah kiri saya. Adakah saya ada masalah di rumah. Sebenarnya saya ada birth mark sebelah kiri muka warna kebiruan. Kalau orang salah anggap memang macam kena pukul.

Nasiblah saya dah buat laser kat bahagian dahi sebab ramai sangat orang bertanya dan concern. Cuma saya tak buat laser kat eyelid bahagian mata sebab doktor laser cakap tak payahlah nak buat laser kira macam eyeshadow jelah. Takut apa-apa terjadi bila laser bahagian tu yelah dekat mata. Kiranya dah 90% birthmark saya takde.

Doktor gynae taklah betul-betul nak check bahagian bawah saya saja je cakap kat suami suruh dia keluar. Doktor cakap ade juga patient dia ada masalah di rumah. Muka lebam. Diaorang akan cakap bila doktor bertanya. Kesian pada mereka tu.

Bila scan doktor kata semua ok. Ada dua pertanyaan saya pada doktor:

1) Saya nampak perut saya ni tak besar macam orang lain. Yelah dah kira masuk 7 bulan. Kecik je. Risau saya.
2) Jantina baby.

Bila saya ajukan soalan pertama tu dia cakap berat baby sekarang 950g. Kira kecik tapi masih dalam range normal bagi kategori melayu dan cina. Perkembangan bayi ni macam dalam week 27 instead of week 29. Dia check uri dan cakap normal. Kemungkinan kerana saya ada penyakit SLE sedikit sebanyak ada kacau berat bayi. Bagi yang sakit SLE boleh check info yang saya jumpa kat web ni
SLE and Pregnancy. Saya baca SLE boleh menyebabkan bayi lahir kurang berat badan. Sebenarnya ada beberapa lagi risiko. Bagi yang berminat bolehlah baca kat web tadi.

Yang penting bagi saya bayi saya lahir sihat dan normal. Doktor kemudian buat carta perkembangan bayi dan suruh jumpa lagi next week untuk pastikan semuanya ok. Air ketuban saya pula kurang. So saya assume saya perlu minum banyak air. Rupanya tak perlu...doktor cakap baby belum kencing dan air ketuban tu air kencing baby. Baru saya tahu air ketuban tu air kencing baby.

Bagi soalan kedua soalan cepu mas. Doktor cakap kemungkinan baby boy. Dia cakap kalau silap jangan salahkan dia. Masih juga tak pasti....tapi sekurangnyer dapat juga saya clue.

Punyalah banyak appointment saya dalam minggu ni. Hari isnin jumpa eye doctor, rabu appointment gynae, jumaat pergi checkup di klinik kesihatan ibu. Hari isnin depan ni pula pergi check heart di klinik kesihatan ibu di tempat lain. Bila dah masuk 7 bulan dah semakin kerap saya jumpa nurse di klinik kesihatan. Sebelum ni sebulan sekali sekarang dua minggu sekali. Habislah cuti saya sebab cuti saya dah minus kira unpaid leave. Tapi saya ada cara dengan meminta izin keluar ke klinik asalkan tak terlalu lama. Kalau pergi awal klinik dalam dua jam dah selesai so taklah kena potong gaji.

Monday, October 11, 2010

Confinement lady

Rasanya perlu tak confinement lady aka bidan jaga kita waktu lepas bersalin? Bagi saya yang baru pertama kali ni rasanya perlu. Sebab utamanya ialah mak kandung saya dah takde dan mak mertua saya pula bekerja. Semua orang terdekat disekeliling saya ni bekerja. So kenalah berkorban part tu. Kalau yang dah ada pengalaman tu mungkin tak payah. Cuma panggil bidan bila time berurut je. Macam saya ni masih belajar dan belum ada pengalaman memang perlu penjagaan selama 44 hari....cewah.

Semasa saya tengah sakit or kena flare sle dulu, saya selalu berurut dengan tukang urut ni. Kakak tu seorang bidan. Bila ditanya brape upah jaga 44 hari. Punyalah mahal...RM2000. Kerjanya beri mandi baby, bantu mak baby dalam segala hal ubatan dan masak untuk mak baby serta berurut. Bidan ni datang sendiri ke rumah tak payah diambil. Saya rasa tak mampu nak bayar sebanyak tu. So saya pun bertanya pada sedara lain dan kawan kalau ada bidan lain yang lebih murah. Minta tolong jiran depan rumah ni dia nak kalau saya beranak bulan depan. Sebab sekarang ni dia free. Oleh kerana saya dijangka bersalin akhir december ni jiran ni tak pasti dapat sebab dia jenis orang bergerai.

Akhirnya ada dua pilihan. First tu bukan bidan. Adik kepada isteri pak sedara sebelah suami. Dia pernah jaga orang lepas bersalin dan kenal bidan lain untuk berurut. Upah nyer RM1200. Kerjanya beri mandi baby, tolong mak baby segala macam hal, cuci dan jemur baju. Kalau suruh masak boleh kenalah tambah sikit. Sedara ni rasanya tak payah diambil dari rumah. Suaminya akan hantarkan. Ok ke tak?

Satu lagi ni memang bidan dapat dari seorang kawan. Bidan muda. Upahnyer seribu keatas tak tanya amount sebenarnya. Tugasnyer sama macam bidan first yang mahal tadi. Bidan first yang mahal tu saya dah selesa dan kenal. Waktu pregnant ni pun saya masih berurut dengan dia. Saya cakap kat dia yang saya akan dijaga oleh sedara saya nanti. Minta dia urut saya waktu pantang je nanti. Malang nyer dia kena book oleh orang lain yang jarak waktunyer dekat dengan saya. La kena cari tukang urut lain. Bidan ni cakap kalau cari tukang urut lain pastikan orang tu pandai 'pulang' or 'mulang' dalam bahasa saya. Ape ke benda 'pulang' ni tak tahu. Nasiblah mak sedara dan adik nyer tahu tukang urut lain. Tukang urut lain tu bekas bidan sebenarnyer tapi dah tak larat nak jaga orang lepas bersalin. Dah tua kot. So berurut je dapat.

So keputusannyer saya pilih adik mak sedara ni......:)

Saturday, October 9, 2010

Persiapan Barangan Bayi

Oleh kerana ini anak yang pertama maka excitedlah sangat membeli barang baby. Barang baby ni saya dah start beli sejak pregnant 4 bulan. Sebenarnya kalau boleh nak beli waktu awal lagi tapi takut apa-apa boleh terjadi. Taknak sebut perkataan tu. Rasanya bila dah masuk 4 bulan baru rasa dah cukup selamat.

Walaupun saya anak bongsu dalam keluarga, saya dapat clue beli barangan baby ni bila lihat anak saudara lahir. Lagipun saya dah ada experience jaga baby yang baru dua minggu lahir iaitu adik tiri saya yang sekarang ni dah umur setahun lebih. Mencabarlah....tak cukup tido saya dibuatnya. Nasib waktu tu kesihatan saya semakin pulih. Jangan ditanya kemana ibunya waktu itu. Itu cerita lain malas saya nak ceritakan.

Dari pregnant 4 bulan sampai sekarang rasanya dah masuk 7 bulan saya masih beli barang baby. Yelah tengok budget. Nasib beli awal sebab saya ni tak ok simpan duit aka boros. So bila dah dapat gaji tu terus plan barang mana yang nak dibeli. Terus pergi beli tapi kenalah ada list barang nak beli. Kalau tak alamatnyer entah kemana duit tu dibelanjakan. Bila dah beli tu rasa lega.



Tu lah gambar barangan baby yang dapat saya snap. Sebenarnya ada lagi. Setakat ni saya belum beli:

- katil (rasanya beli kat anakku nanti)
- tilam dan bantal
- bedung (beli online nanti. tak pandai nak jahit)
- barut (tak cukup. beli online nanti)
- pampers (nak cuba pet pet nanti)
- wipes
- set mandian & minyak telon
- liquid detergent untuk pakaian

Next month saya kena beli semua tu....risaulah sangat takut bersalin awal. Bukan barang baby je barang saya kena difikirkan juga. Kena kemas awal masuk dalam beg. Nanti saya cerita pasal persiapan keperluan saya.

Tuesday, October 5, 2010

Pregnancy Week 23 - Week 28

Lebih kurang sebulan saya tak update blog. Sebenarnya banyak benda nak dimasukkan dalam blog beserta dengan gambar sejak dari bulan ramadan lagi tapi jugak upload. Rasanya cerita tu dah jadi lapuk.

Pasal hal prengnancy ni alhamdulillah semuanya ok. Bulan lepas rasanya kandungan dalam 5 bulan lebih tu saya ada pergi scan kat hospital. Kali ni dengan suami, faizal. Yang tak bestnyer machine scan tu jenis yang kurang canggih tak macam sebelum ni. Sebelum ni doktor specialist dengan alatnya yang canggih check. Kali ni doktor bidan biasa.

Suami pun tengok skali scan. Saya iye je apa kata doktor sebab apa yang saya nampak kat skrin tu cuma degupan jantung nyer. Sebab tu yang pertama skali doktor check. Bagi pesakit SLE check jantung baby dalam kandungan amat penting. Bagi mengesan sekiranya jantung berdegup abnormal. Risiko congenital heart dalam 1-2% tetap ada.

Bila scan kat part lain tu saya dah tak reti.Cuma soalan cepu mas saya tanya dah boleh nampak ke jantina nyer. Malangnyer baby waktu tu bersilang kaki tak bagi tengok anunyer. Kepala baby dah kat bawah tapi doktor cakap baby akan berpusing. Lagi satu doktor cakap kaki baby ni panjang. Maksudnyer tinggi ke anakku nanti? Wallahualam.

Kecewa juga sebab ingin sangat nak tahu baby boy or girl. Husband cakap takpe biar surprise. Dia cakap rasa nak nangis bila tengok baby waktu scan tu. Tak sangka dia boleh rasa macam tu. Rasanya kitaorang rasa seronok bila dapat tengok baby dalam perut ni.

Setakat ni nasibler kaki saya tak mengembang macam sesetengah orang lain. Saya ada baca sebab kaki mengembang ketika prengnancy adalah kurangnya pengambilan kalsium. Ubat SLE masih saya ambik setiap hari. Kekadang tu dah naik bosan nak makan ubat dicampur pula dengan vitamin untuk orang pregnant. Jadi kenyang makan ubat je.

Lagi satu start bulan 5 baru rasa baby bergerak dalam perut. First time tu rasa pelik dan kurang selesa. Lama-lama dah tak rasa pelik cuma ingin tahu apa baby tu buat.

Sebenarnya banyak lagi nak cerita pasal pengalaman dari segi membeli pakaian dan barangan baby tapi rasa mengantuk pula. Lain kali saya masukkan gambar skali.

Thursday, May 13, 2010

Kena makan aspirin

Hari ni plus 2 hari sebelumnyer saya register kat dua klinik kesihatan untuk ibu mengandung dan jumpa doktor sle. Kalau saya tak register kat klinik kesihatan, saya tak dapatlah jumpa doktor sle sebab saya perlu ambik kad merah dari klinik tu dulu untuk membuktikan saya pregnant dan boleh membuat pemeriksaan berkala ibu mengandung. Dahlah dua tempat. Cubalah satu tempat je klinik kesihatan tu kan senang macam one stop.

Klinik pertama tu dekat kawasan rumah tapi tak ade doktor kat situ cuma misi je. Diaorang akan check air kencing, fizikal dan ambik darah. Pertama kali saya pergi register tu saya tak tahu perlu bawa sijil nikah dan kalau boleh bawa air kencing dari rumah lagi baik. Tahu tak misi suruh saya beli buah asam kat kedai sebelah untuk guna bekas tu salut air kencing. Diaorang takde botol untuk tujuan tu. Saya punyalah confius dan tanya orang kedai tu. Nasib diaorang faham sebab ramai yang buat macam tu. Satu hal lagi saya takleh nak kencing sebab dah kencing kat rumah. Belilah air mineral 600ml. Nasib misi faham, bila tiba pemeriksaan terakhir baru ada air kencing tu pun sikit je.

Pasal ambik darah pula, misi cucuk kat sebelah kanan tak dapat darah. Cucuk sebelah kiri tak dapat juga. Masih kat tangan sebelah kiri tu jarum masih di dalam, misi pusing jarum tu ke kanan tak dapat juga. Pusing ke kiri nasib ada darah keluar. Kalau tak risau juga saya. Nasib tak sakit.

Kat klinik tu saya diberi vitamin c, vitamin B complex, asid folik, iron dan garam beriodin. Saya pelik juga diaorang bagi garam. Misi cakap letak dalam masakan untuk elak tiroid or beguk. Ambik jelah. Tak payah beli garam lagi.

Bila time scan tu memanglah tak berapa jelas lagi sebab masih kecik. Seronok juga sebab dapat tengok kat dalam rahim. Pergi ke klinik nombor dua, kat saner ade doktor. Tujuan ke klinik no 2 tu nak jumpa doktor je. Scan kali kedua lagi. Lepas tu cepat-cepat saya buat appointment dengan doktor sle.

Bila jumpa doktor sle cakap anticardiolipin saya positif tapi lupus coagulant negatif. So saya terpaksa ambik aspirin 75mg tiap hari untuk mencairkan darah bagi mengelakkan keguguran. Saya masih mengumpul maklumat pasal antibodi anticardiolipin dan lupus coagulant. Kalau dah sedia saya akan postkan. Harap semuanya ok.

Saturday, May 1, 2010

Cerita merancang untuk pregnant.

Masa saya kahwin dulu, jiran depan rumah pun kahwin dan kawan husband pun kahwin. Jarak masa kahwin kami seminggu. Seminggu sebelum jiran saya, saya then kawan husband. Isteri kawan husband lepas sebulan dah mengandung. Bunting pelamin. Waktu ni kami tak menginginkan anak....masih nak enjoy dan saya masih sakit. Orang asyik tanya dah berisi ke belum. Saya cakap belum masih nak enjoy. Ada orang cakap oh kesian bila saya cakap belum. Saya cakap memang belum mahu pun. Bila saya merancang, saya jawab belum ada rezeki lagi.


Jiran saya waktu tu beria-ria nak dapat anak. Diaorang cakap usia kita semakin meningkat so diaorang nak anak cepat. Saya dengan husband dengar je. Diaorang cakap diaorang pergi berurut. Husband n wife berurut sekali untuk dapat anak. Adelah air tukang urut tu bagi kat diaorang. Tup-tup dua bulan lepas tu pregnant jiran saya. Sekarang dah beranak anak lelaki. Syukur kepada mereka. Saya pula tak mahulah pergi berurut. Saya merancang ikut body clock.


Masa mula-mula nak merancang untuk pregnant, tiap-tiap bulan saya catat tarikh permulaan period. Saya catat dalam handphone je. Segala reminder saya catat dalam hp. Bukannya hp canggih macam iphone tapi hp nokia biasa je yang takde camera pun. Masa tahun 2008 waktu sakit, cycle period saya tak menentu. Bulan lepas cycle nyer 25 hari lepas tu 31 hari then 26 hari. Kira bilangan hari cycle tu tak tentu. Bila dah saya dah sihat, bilangan cycle tu dapat dijangka. Dalam 24 days or 28 days je. Mencatat tarikh cycle ni memudahkan kalau pregnant, senang nak jawab pertanyaan doktor. Soalan pertama dia tanya bila tarikh bermulanya period yang terakhir kita alami. Dari situ doktor akan kira usia kandungan.


Tarikh ditengah cycle tu kemungkinan waktu subur. Kalau saya mungkin hari ke 12 atau 14. Maka dalam minggu ni suami isteri kenalah seksually aktif. Dalam minggu ni tak semestinya kita kena tiap-tiap hari membuat hubungan intim. Dari pembacaan saya dalam internet, sperma boleh bertahan dalam badan wanita selama 2 hari. Tetapi ovum, telur wanita hanya bertahan sehari je. Mungkin lebih baik melakukan hubungan intim sebelum waktu subur dan sehari selepas. Alhamdulillah selepas 6 bulan saya pregnant.Setakat ni saya dah 5 minggu pregnant. Kalau tak nak pregnant maka elak melakukan hubungan intim masa ni.


Tergerak hati nak beli pregnancy test sebab rasanya saya 2 hari lewat. Malangnya saya tak catat tarikh sebenar mula period bulan lepas. Terlupa. Bulan sebelum tu saya catat. So saya main agak tarikh tu. Waktu mula pregnancy saya kerap kencing waktu malam. Ganggu waktu tido. Takut pula kalau kencing manis sehingga beberapa kali lewat turun kerja. Nasib saya tak mengalami morning sickness. Cuma saya cepat berasa letih dan kena tido awal dari waktu biasa. Selain tu breast terasa bengkak sikit dan tegang. Sometimes pening kepala tapi tak teruk dan tak berlanjutan sepanjang hari. Kiranya saya tak mengalami simptom yang teruk. Nasib.

I'm pregnant and overweight!

Dalam pada merancang untuk melangsingkan badan, diet dan exercise........baru tahu semalam yang saya pregnant. Setelah mencuba bermula dari akhir tahun lepas akhirnya saya pregnant. Syukur alhamdulillah kepada tuhan. Waktu jumpa doktor pakar sle pada 27hb march tak pula diaorang mention pregnant. Mungkin negative. Sebab urine dan blood test diambik 2 minggu sebelum jumpa doktor. Biasalah hospital kerajaan semua lab test kena tunggu 2 minggu.

Akhir tahun lepas saya beritahu doktor yang saya merancang nak pregnant sebab sle dalam keadaan terkawal, no flare. Masa tu saya ambik pil losartan untuk elak hypertension tapi tak boleh diambik kalau rancang nak pregnant. So saya stop. Sekarang ni saya ambik

-Prednisolone 5mg, azathioprine 100mg, plaquenil 400mg, calcium dan alfacalcidol. Semua ubat ni selamat diambik kalau pregnant.

So doktor perlu buat empat ujian darah bagi sesiapa yang suffer lupus dan nak pregnant iaitu antiphospholipid (APS) or anticardiolipin (ACA), lupus anticoagulant, antibodi La (SSB) dan antibodi Ro (SSA). Kedua ujian pertama tadi ni adalah ujian pembekuan darah. Sekiranya positif kena ambik aspirin bagi mengelak keguguran. Sekiranya positif La dan Ro, boleh menyebabkan dua sindrom pada bayi iaitu neonatal lupus dan congenital heart dysfunction. Tapi peratusan ni amat sedikit atau jarang terjadi. Nasib. Boleh check further detail dari internet.

Saya positif kesemuanya kecuali ujian anticoagulant pulak kena reject oleh lab hospital. Sekarang terpaksa saya ambik ujian darah kat luar. Dah pulak lupus anticoagulant tu ibu segala clotting. Hari isnin ni baru ambik darah kat klinik. Then kena cepat buat appointment dengan doktor pakar sle lagi sebab doktor pesan kalau pregnant cepat-cepat jumpa dia. Dia cakap saya kena makan aspirin tiap hari untuk elak keguguran dan kandungan kena selalu dimonitor. Macam-macam pemeriksaan kalau kita ada penyakit. Mudah-mudahan semuanya ok.