Monday, November 8, 2010

Gatal Oh gatal....

Saya masih tak puas hati dengan gatal. Semalam saya tak boleh nak tido. Agaknya pukul 5.30am baru lena. Suami risau tengok saya asyik tergaru dan terjaga. Dia pun tak tentu tido. Gatal saya ni bukan setakat di perut tapi seluruh badan termasuk tapak tangan dan kaki. Hari ni saya tak turun kerja minta mc dari doktor. Tak cukup tido....saya risau takut terkena macam apa yang baca tempoh hari. Iaitu Cholestasis. So hari ni saya jumpa doktor lagi....

Doktor cakap ni perkara normal. Saya terpaksa melaluinya sampai habis bersalin.....Wa... :(. Ada orang kaki kembang dan badan kembang tapi saya gatal! So far...kaki saya tak mengembang macam setengah orang. Doktor cakap ada orang selesema dan batuk sepanjang mengandung. Lain orang lain pembawaannya. Saya hanya boleh makan ubat antihistamin piriton selamat untuk orang mengandung dan bayi. Saya boleh makan sampai 4 biji pil sekaligus. Cuma doktor nasihatkan stop makan ubat tu bila dah masuk 36 week. Sebab dia risau waktu tu bila-bila masa saya boleh beranak nanti saya rasa mengantuk ketika bersalin nanti. Baby pun boleh mengantuk. Kesan lain takde.

Saya minta juga sabun mandi plus feminine wash. So doktor bagi Isoderm yang boleh jadi feminine wash dan sabun badan. Sesuai juga untuk baby. Saya suruh suami buat air manzil untuk saya sebab masa sakit dulu dia selalu buat air tu untuk saya minum agar cepat sembuh. Tapi kitaorang beli air zam-zam dan niat dalam hati agar gatal tersebut hilang. Harap malam ni saya dapat tido dengan tenang.....

4 comment:

Anonymous said...

salam siti..
teruk jugak gatal yang siti alami.saya dulu gatal kat perut je.sampai saya dah bersalin.hilanglah gatal tu.betul doktor tu cakap.masing2 dgn pembawaan.jadi siti kena sabar banyak ye...tak lama lagi tu.pejam celik pejam celik..bersalin jugak siti nanti.tapi jangan garu tau.nanti ada rekahan kulit.payah gak nak hilangkan.sapau minyak or losyen ke.air zam2 paling mujarab.dulu saya minum air zam2 bila dah sakit nak bersalin.saya bawa kat bilik bersalin.bapa saya buatkan jugak air selusuh.syukur alhamdulillah.redha Allah mudah nak bersalin.makan kurma jugak ye.
gatal oh gatal tu..siti bawak banyak2 bersabar.
ok lah nanti kite komen lagi..selamat...

Anonymous said...

share to you ;
Kredit dr Semekar Kasih
Gatal ketika mengandung? - Bukan gatal yang tuuu
Saya diserang penyakit gatal. Bukan gatal yang dalam istilah lagi satu tu. Ini memang penyakit gatal pada kulit. Saya cuba mencari info berkaitan masalah ini. Maklumlah... saya tak pernah mengalami masalah kegatalan semasa hamil anak-anak terdahulu. Rata-rata memberikan jawapan tidak perlu risau jika masalah gatal ini berlaku. Ia adalah satu perkara biasa yang disebabkan perubahan hormon.

Gatal di sini tidak hanya melibatkan bahagian perut yang mengembang lalu menimbulkan rekahan dan garisan hitam yang bagi pandangan sesetengah ibu amatlah hodoh rupanya. Gatal di sini membabitkan seluruh bahagian tubuh. Mengikut maklumat yang diperolehi... kewujudan penyakit gatal ini tidak mengira masa dan boleh mula terjadi pada trimester pertama kehamilan.

Gatal semasa hamil juga kerap muncul pada ibu yang berbakat alergi yang disebut pruritus urticaria. “Kulit akan tampak seperti berbintik... berbintat... berwarna kemerahan... dari yang kecil sampai yang besar. Ada juga yang sampai berair... bernanah dan berbau akibat jangkitan kuman hasil daripada aktiviti mengaru yang terlampau. Oleh itu... ibu hamil dinasihatkan untuk tidak mengaru pada kulit yang gatal tetapi menggunakan ubat gatal yang disyorkan oleh doktor bagi mengatasi masalah tersebut. Jika faktor kegatalan timbul akibat masalah alergi... maka ibu hamil dinasihatkan untuk menjauhi makanan-makanan yang mengundang kepada perkara tersebut seperti udang, ketam dan sebarang makanan laut.


jangan garu jika anda menghidapi penyakit gatal.. kesannya lebih memudaratkan kulit anda dan sukar untuk hilang seperti sedia kala

Nampaknya macam dah terlambat jer untuk saya mengatasi tentang masalah gatal ni. Ubat gatal yang paling mujarab sudah tentunya mengaru dan saya sudah mengaru sesuka hati saya. Akibatnya... kulit saya telah menghasilkan parut-parut yang tidak menyenangkan. Lebih haru lagi... bila luka.. lambat pula nak sembuh kerana penyakit kencing manis yang saya hadapi. Jadi... saya berkongsi artikel ini untuk ibu-ibu dan bakal ibu supaya kamu boleh mengatasi masalah ini dengan lebih awal. Jangan jadi seperti saya.

Siti Salina said...

wsalam....
tulah saya kena makan pil tiap malam terutama sekali hari bekerja. Takut mengantuk sebab tak cukup tido. Bila gatal tu ingat nak garu je. Dah garu baru nak ingat strechmark...hehe.Insyallah bila time bersalin nanti saya pun nak bawa air zam-zam dan minyak selusuh. Thanks for sharing the info.

Anonymous said...

salam..sy da 4ari trkene gatal2 nie..die tumbuh mcm ruam2..bintik2 kecik penuh satu perut..mmg doc de bg ubt sapu n pil..skang sy da 35w..tggu ari je utk brsalin..arap2 selepas brsalin ilang lh gatal2 nie..tq 4 info..

Template by:

Free Blog Templates