Friday, February 24, 2012

Bawa bekal aka bento ke pejabat

Baru-baru ni saya sering membawa bekal ke pejabat. Bekal untuk sarapan pagi dan makan tengahhari. Ini kerana budget saya dan suami telah lari semenjak kami ingin membeli rumah baru-baru ini. Sebelum ni pun saya ada juga bawa bekal tapi taklah selalu. Bulan ni hampir tiap-tiap hari saya bawa bekal. Sehingga saya rasa penat dan tak sanggup nak masak. Bagi yang membaca ni, pernahkah anda membawa bekal ke ofis?


Dalam kami tengah budget, kami hampir menghabiskan makanan yang telah lama kami simpan dalam petiais dan barangan kering seperti mee. Nasib saya ada menyimpan makanan yang boleh disimpan lama. Ini kerana kita tak tahu bila kita akan memerlukannya. Macam-macam idea saya nak buat untuk sarapan pagi seperti sandwich, nasi goreng dan mi goreng.


Melalui pengalaman ni, saya bercadang untuk membawa bekal tiga kali dalam 5 hari bekerja. Insyallah. Manakala hari sabtu dan ahad kami makan luar hehehe. Makan tengahhari je diluar.
cerita pasal bawa bekal saya ada jumpa blog pasal 'Bento' iaitu bekalan untuk dibawa ke ofis atau ke sekolah dalam bahasa jepun. Nampak cute makanan dihias dalam container.






Pictures taken from google images


So saya beli container yang ada 3 compartment dari cosway. Dulu saya ada beli bekas untuk letak bekal tapi ada kekurangan. Container cosway ni macam seperti apa yang saya mahu. Tak mahal RM10. Kalau ada budget lebih saya lebih suka beli bekas yang dapat simpan sebab kat ofis takde microwave. Di rumah saya pun takde microwave. Dulu ada tapi dah rosak so dibuang. Ada budget nanti saya akan beli microwave. Lagipun senang suami panaskan makanan bila balik rumah untuk makan tengahhari. Suami saya selalu balik rumah sebab kerja selalu di luar tak dalam ofis so senang balik rumah.


Mulalah saya fikir menu untuk sarapan pagi, tengahhari dan malam. Selalunya sebelah pagi dan malam kami tak makan berat. Apa yang pasti saya akan membuat frozen food untuk makan pagi dan malam seperti pizza dan popia.



Bento breakfast saya ke pejabat.



3 comments:

Anonymous said...

Salam siti,
Akhirnya ada jugak n3 baru dari siti. wah dah buat bento ye. apa2 pun jgn paksa diri. kadang2 dalam kita berjimat akan ada perbelanjaan yang lepas pandang.
Maaf ya siti.siti ada cakap siti nak beli rumah. jadi macam mana urusan tu.dah beres ke. rumah baru ke? nanti ada masa siti cerita pulak hal rumah baru ye.yang penting rumah tu jgn jauh dari keluarga.

Anonymous said...

pasal bawa bento ke pejabat tu. lagi senang.tp kena berkorban masa.dan stok makanan pulak sentiasa ada.yang penting ringkas dan berkhasiat.lebih2 lagi siti boleh amalkan diet seimbang sebab masak sendiri kan.
makan malam tak berat lagi baik untuk kesihatan. cuma untuk anak jangan di kawal permakanan mereka.

Anonymous said...

menu sarapan biasa irene buat 5 hari selang seli:
1) roti sapu mentega atau kaya
2) telur separuh masak
3) roti goreng
4) crackers
5) bubur ayam
6) garlic bun
7) kuih muih
dan lain2 lagi

untuk menu tengah hari:
1) scramble egg( kalau salah eja minta maaf ye)
2) ikan kukus lada hitam
3) sup ayam/daging/telur
4) sayuran
5) kerang/udang/makanan laut
6) ayam masak merah

malam:
biasa masak lebih waktu tengah hari.

dan amalkan makan kurma..

nice to know u siti