Monday, October 18, 2010

Persiapan Barangan Ibu

Hujung bulan lepas baru saya nak fikir pasal persiapan masa berpantang nanti. Fikir apa perlu dibawa masa ke hospital nanti. Hanya melalui pembacaan dari pengalaman ibu-ibu dalam banyak blog dijadikan panduan.

1) SET BERSALIN

Buat setakat ni saya dah beli set bersalin. Jenama set bersalin pilihan saya ialah Nona Roguy. Saya dapat harga yang murah RM290. Harga tu termasuk kos penghantaran. Kakak tu bagi saya dengan harga ahli tak perlu bayar kos penghantaran walaupun saya jauh di sarawak. Sekarang masih promosi. Kalau ada yang berminat tu cepat2 lah check blog ni bidanbersalin.blogspot.com. Selain tu macam2 jenis barangan yang ada dan siap boleh tawar-menawar asalkan berpatutan. Banyak juga tip-tip yang ada. Ni la rupa set Nona Roguy.



2) BENGKUNG

Ada banyak jenis bengkung yang saya tahu dari online ni. Ada bengkung zap on je. Tu bengkung moden. Bagi yang rasanya kena bersalin caeser tu lebih baik beli bengkung moden kat http://www.bengkungmoden.com/. Saya belum decide lagi nak beli bengkung jenama apa. Tapi yang pasti bengkung jenis zigzag dan berlapik kain saya nak supaya tak mudah kotor. Bengkung ni kalau boleh kena ada dua. Saya dah ada bengkung zap on dari watson. Murah je rasanya rm10. Dah lama saya beli sebab nak slim dan boleh pakai masa exercise. Kakak saya saran pakai zap on tu masa kat hospital untuk sementara waktu. Supaya perut dan rahim tak rasa jatuh.
Ada orang rasa gatal pakai bengkung watson ni sebab tak serap peluh. Sama juga dengan Avon. Lebih baik lapik dengan kain lepas sapu minyak baru pakai bengkung zap on ni. Tau tak last-last saya beli bengkung sekali dengan tungku moden di web permatahati.com.

3) TUNGKU MODEN

Saya ingin beli tungku moden. Saya taknak susahkan orang memanaskan batu untuk saya. Jiran saya cakap dia guna batu bata je. Waktu kakak saya dulu dia guna hot bag je. Pada pendapat saya kalau ada budget lebih baik beli tungku moden. Dapat pakai bila2 masa dan senang. Tungku moden boleh dibeli dari tungkumoden.com. Harga RM60 bagi tungku biasa dan RM75 untuk tungku magnetik. Kos tersebut dah termasuk penghantaran. Tapi bagi sabah dan sarawak kena add rm5 untuk penghantaran. Memandangkan saya dah beli kat permatahati so tak payah nak beli dari web ni sebab harga pun sama je.


4) MANDIAN HERBA

Selain tu saya bercadang nak beli mandian aura samada dari web mysetbersalin.com atau mamamodern.com. Sebenarnya kalau tak surf website tu saya memang tak tahu langsung pasal mandi air campuran herba selepas bersalin. Ingat mandi dengan sabun biasa je. Tak pernahlah kakak ipar or kakak saya cerita. Mungkin diaorang mandi dan lulur biasa je kot. Siapa yang tak tahu bolehlah check kat web tu.

5) MINYAK SELUSUH DAN MINYAK MEROYAN

Tahu tak dalam saya tengah search info pasal bersalin saya terjumpa web jual minyak selusuh. Sebenarnya saya tak tahu akan kewujudan minyak selusuh. Yang selalu saya dengar minyak meroyan. So saya cakap kat kakak saya nak beli minyak selusuh tu. Kakak cakap cari dulu kat tempat sendiri orang yang pandai buat sekali dengan minyak meroyan. Waktu dulu kakak suruh bapa best friend yang buat tapi sekarang dia dah meninggal. So saya tanyalah kat bidan yang selalu urut saya. Nasib dia pandai. Cuma dia perlukan 2 jarum untuk minyak meroyan. Satu letak kat minyak dan satu untuk bidan tu. Minyak selusuh tak ada syarat. Saguhati terpulang pada saya nak beri. Sesiapa nak beli minyak selusuh boleh cari kat web bidankampung.com.
6) TUALA WANITA

Bila baca kat forum entah lupa nama ada sorang ni suggest beli tuala wanita jenis bertali dan juga tak bertali. Diaorang cakap kat hospital selalu bagi jenis yang bertali. Saya bercadang nak beli maternity pad madame jenama pureen.



7) SELUAR DALAM PAKAI BUANG

Ada banyak jenis seluar dalam pakai buang. Pilih saiz yang besar sikit. Saya dapat tip dari forum yang saya dah lupa nama. Boleh dapat dari Guardian atau pureen. Kalau nak pakai seluar dalam biasa tu pun boleh. Cuma dari pembacaan saya dalam internet ni, lebih baik pakai seluar dalam pakai buang sebab takde sape nak cuci seluar dalam kita dalam berpantang.

8) STOKING

Rasanya perlu dua pasang. Lebih lagi baik. Prefer yang tebal dan sederhana panjang.

9) KAIN BATIK

To tell the truth saya tak pandai pakai kain batik. Asyik terlondeh je. Kalau boleh nak jahit kain batik tu letak getah kat pinggang. Nasib baik banyak kain batik peninggalan arwah mak yang belum dipakai. Time ni lah berguna. Saya sediakan 6 helai.

10) BAJU

Baju t-shirt je asalkan longgar dan selesa. Bawa jelah dua pasang.

11) MAKANAN / MINUMAN SEGERA

Apa yang saya maksudkan ialah biskut macam jacob dan minuman 3 in 1. Dapat dijadikan kudapan ketika lapar masa kat hospital nanti.

6 comments:

Anonymous said...

salam siti.pa kabar.moga sihatya.jaga kandungan tu..dah tunggu masa tu.sekarang siti dah mula prepare semua brg2 utk tempoh berpantang kan.tapi siti jgn lupa ya.kena jaga emosi jugak.nanti kalau tak jaga boleh meroyan atau bentan.

airin nak kongsi sikit pasal brg2 tu.
1 )ubat NR tu mmg baik.lancar buang air besar.tapi kalau sensitif mkn 1 je pil.yg lain biasa je.ikut aturan.
2 ) bengkung pilih yang mudah di pakai.
3 ) tungku.bagus.mudah dan berkesan.mampu melancarkan darah nifas.siap ada ketul2 darah nanti.
4 )mandian herba mmg penting.lagi2 hari pertama slps bersalin.mandi air suam panas.jgn mandi air sejuk.jgn lupa mandi niat wiladah ye.mandi bila dah d rumah.
5 )minyak meroyan penting.buat sapu seluruh badan.bersifat panaskan badan.jgn guna aircond masa berpantang. minyak selusuh @ air selusuh..buat hari terakhir.boleh dibawa dalam dewan bersalin.minum dan sapu kat perut dan ari2.
6) tuala wanita.pilih yg bias utk kegunaan slps discharge dr hsptl.yg bertali kgnn d hsptl.payah guna yg bertali.
7)seluar dalam..hmm mana yg bersesuaian.
8)stokin.perlu dan wajib.
9)kain batik..kalau boleh guna yang bergetah bila pg check up.kalau kat rmh jgn guna kain bergetah payah nak buka tutup bengkung atau xtvt berwajib..
10)baju.ok.

Anonymous said...

makanan dan minuman..ni lah yang paling dititkberatkan.tak tahulah kalau siti tak kuat berpantang.kalau minuman, pearl cafe dan milo yg baik. jgn minum air teh.sbb sifat nya berangin.dan jgn minum air sejuk.
kalau makanan.jgn mkn makanan yg bersifat pedas,tajam,sejuk.yang berempah boleh.ikan bilis + halia + lada hitam goreng mknn utama.
dan jgn siti lupa belikan air pati haruan @ sup haruan.cepat menyembuhkan luka jahitan.
sila jenguk juga ratuhati.com. boleh baca cara berhadapan masa sakit bersalin.
nanti kad klinik(merah) tu jgn ditinggal drmh.simpan dalam beg sampai dah tak diperlukan.jgn lupa ic siti n suami dan sijil kawen. buat reg di hsptl.
oklah siti,airin ada panggilan ni..salam ceria

Siti Salina said...

wsalam airin. Thanks bagi semua nasihat dan tip. Memang mencabar kalau takde orang tua macam mak untuk bagi petunjuk dan nasihat. Harapkan melalui pembacaan dan pengalaman orang dan kawan2. Airin dah berapa orang anak?

Anonymous said...

airin dah ada 3 org..macam2 pglmn yg dialami.cuma kena banyak bersabar apa jua keadaan.

eiza said...

hai awk, sy pun guna set NR jugak. walau sblm tu di goda dgn bermacam2 jenama lain.heheh
set NR memang best. lepas bersalin memang paling takut nak buang air. tp dengan Nr, memang senang N mudah nk membuang... :)

momma said...

thanks for the info,banyak membantu...;)