Bulan april lepas banyak perkara yang berlaku pada diri dan keluarga saya. Masalah peribadi dan masalah pindah rumah datang sekali menyebabkan saya stress. Tapi saya hadapi dengan baik dan waras. Saya dan keluarga pindah ke rumah yang kami beli pada 17 april. Pindah pun dalam keadaan segera dan tergesa. Kami jadi kelam kabut. Saya terpaksa ambik cuti dua hari sebab nak settle hal pindah ni. Cari kotak, lori, pindah aircon, astro dan barang dari rumah keluarga ke rumah sendiri. Memang memenatkan bila pindah. Lagi banyak barang lagi penat. Pindah memang kena dirancang agar barang yang dipindah tidak kucar kacir dan berada dalam keadaan tersusun dan teratur. Malangnya kami tidak mempunyai masa untuk menyusun so semuanya kucar kacir. :(
Tambah pula lagi wiring untuk tambah power point dan pasang lampu dan kipas baru saja selesai pada waktu malam hari kami pindah. Sebelum tu waktu siang suami dan kawannya seorang ustaz menjalankan upacara menrukyah rumah. Rukyah dibuat agar rumah yang diduduki selamat tiada gangguan makhluk halus. Ini kerana ada kes gangguan makhluk halus di sekitar kawasan rumah saya. Ada kawan kepada seorang kawan pesan supaya bersihkan rumah terlebih dahulu sebelum pindah sebab kawan ni pernah nampak dua makhlus halus turun dari atap rumah saya. Maklumlah rumah dah lama ditinggalkan maka makhluk tu pun duduk. Apa yang masalahnya gangguan tersebut merebak ke jiran sebelah corner dan belakang rumah. Nasib suami tak benarkan anak masuk ke rumah sebelum azan. Kalau nak ziarah rumah anak dijaga mertua. Ingat tak dalam entry lepas saya ada nyatakan mengenai perkara ini. Memang kami nak rukyah awal tapi tak guna juga kalau belum duduk. Cukup sekadar azankan rumah agar anak dapat masuk ke rumah.
Saya suruh suami baca semua surah al-baqarah untuk rukyah rumah. Ini dari pembacaan saya dalam internet sebelum masuk rumah atau bangunan baru atau yang dah lama ditinggalkan. So suami bawa seorang kawan ustaz baca surah tersebut sementara suami baca manzil. Kesemua tingkap rumah ditutup. Ustaz baca surah albaqarah
sampai habis sementara suami saya baca manzil bermula dari tingkat atas
di setiap bilik kemudian turun ke tingkat bawah. Selain tu setengah
baldi air diletakkan berhampiran semasa bacaan supaya dapat dijadikan
'pagar' atau pendiding rumah. Setelah selesai, tingkap dibuka semula dan
setiap penjuru rumah di azankan. Air dalam baldi tadi direnjiskan di dalam dan diluar rumah. Tapi tak sampai ke laman belakang rumah sebab penuh dengan lalang yang dah tak larat nak berdiri lagi. Hehehe. Selain tu, anak kami sebelum tido kami lapkan air bacaan tadi ke badan. Masa tu saya memang rasa takut di rumah sendiri.
Malamnya kami tido kat ruang tamu sambil mainkan orang baca manzil dari handphone. Nasib saya ada download aplikasi tu. Selama dua minggu tiap malam kami baca surah yassin dan mainkan orang baca al-quran iaitu surah al-baqarah dari ipad dan manzil. Selain tu saya ada beli cd rukyah dari kedai jual barangan muslim dan mainkan beberapa kali. Just to make sure. Alhamdulillah tiada gangguan seperti yang dikatakan oleh jiran.
Sekarang kami dah rasa selesa dan tenang duduk di rumah kami. Malah lebih seronok bila dah duduk di rumah sendiri walaupun masalah piping belum dibaiki dan barang belum habis dikemas sebab tak tahu nak letak mana.
Showing posts with label Rumah. Show all posts
Showing posts with label Rumah. Show all posts
Friday, May 10, 2013
Tuesday, March 19, 2013
My New Kitchen Cabinet
Akhirnya dapur saya dah ada kabinet yang ditunggu selama ni. Sebenarnya kabinet ni dah dipasang December lepas. Baru sekarang saya publish. Walaupun dah dipasang, sampai sekarang saya belum lagi masak kat dapur ni. Apa tak nye, peti ais masih di rumah parent. Lagipun power point untuk hud dan oven belum ada. So kedua tu belum dapat dipasang isk isk :(. Tiap kali saya singgah rumah, saya mesti akan terus ke dapur tengok kat dalam kabinet. Padahal barang takde. Dah jadi tabiat. Sekarang ni saya dan suami baru jumpa orang yang buat wiring. So sekali dia akan pasangkan kipas dan lampu. Bila wiring dah siap kira dah boleh pindah. So layan gambar kabinet dapur saya.
Thursday, October 18, 2012
Cuci rumah
Rumah baru kenalah dicuci dan keadaan bersepah masa beli rumah. Saya dan suami sangatlah malas nak membersihkan rumah ni. Lagipun pada hujung minggu tiada siapa yang dapat menjaga anak sepanjang hari. Suami saya tidak benarkan anak masuk ke rumah sebab rumah belum diazankan. Budak kecik tidak digalakkan masuk ke dalam rumah yang belum diazankan dikhuatiri lemah semangat. Gitulah katanya. Ada kawan cadangkan upah orang bersihkan rumah. So saya carilah cleaning services yg tidak jauh dari rumah iaitu Duraclean.
Kerja pembersihan cumalah biasa saja. No scrubbing n buffering the tiles. Upah cuci ialah rm150. Walaupun dah dicuci rumah tu masih lagi kotor di bahagian dapur. Tukang cuci mungkin lupa nak cuci jubin dinding di dapur. Waktu tu suami yang monitor diaorang cuci. Saya pula jaga anak di rumah. Esok hari bila saya tengok masih ada bekas minyak masakan kat dinding. Memang tak puas hati. Saya rasa kalau lantai ni discrub tentu nampak lagi bersih dan berkilat. Upah untuk scrubbing mahal rm150 untuk tingkat bawah saja. Sebelum scrub tukang cuci perlu tahu jenis lantai rumah untuk pilih scrub yang sesuai. Saya tak jadi scrub, malas nak upah diaorang lagi sebab tak teliti buat kerja.
Apa-apa pun saya ada niat nak tukar jubin dinding dapur. Warna dan corak yang ada sekarang tak moden. Maklumlah rumah lama. Insyallah kalau ada rezeki lebih saya akan tukar. Sekarang saya tengah tunggu rekaan kabinet dapur. Lain masa saya akan cerita pasal ni.
Wednesday, October 17, 2012
My Renovation List
Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Kebelakangan ni saya bertambah busy. Selalulah kami ke rumah memikirkan apa yang perlu diatur dan dibaiki. Adakala saya rasa sayalah pengerak aka pengatur kerja untuk pembaikian rumah. Suami ada idea nak baiki itu ini tapi tak bertindak. Manakala saya lebih fokus ke ruang dapur dan ada tindakan. Rasanya suami keberatan nak belanjakan duit untuk renovation.
Suami saya Faizal selalu menjenguk ke rumah kami memandangkan dia selalu free waktu kerja. Kerja luar senanglah nak melencong.
Apa-apa pun dibawah ni list apa yang kami ingin lakukan:
1) Bersihkan rumah
2) Cat rumah. Tapi sebelum tu kena buang segala paku yang melekat dan fill lubang dengan filler. I love filler..
3) Atur plumbing dapur
3) Pasang jubin baru pada dinding dapur. Di bahagian tengah je sebab bahagian tu yang nampak bila dah pasang kabinet.
4) Buat rangka konkrit untuk dapur dan pasang tile yang bersesuaian dengan warna kabinet nanti.
5) Buang semua sisi kayu lantai di kawasan ruang tamu dan bilik bawah. Semua sisi kayu tu dah buruk kena makan dengan anai-anai. Ditukar dengan jubin.
6) Kalau ada extra cash teringin nak laminate lantai dengan kayu.
7) Kalau rajin nak polish lantai di tingkat atas
Kebelakangan ni saya bertambah busy. Selalulah kami ke rumah memikirkan apa yang perlu diatur dan dibaiki. Adakala saya rasa sayalah pengerak aka pengatur kerja untuk pembaikian rumah. Suami ada idea nak baiki itu ini tapi tak bertindak. Manakala saya lebih fokus ke ruang dapur dan ada tindakan. Rasanya suami keberatan nak belanjakan duit untuk renovation.
Suami saya Faizal selalu menjenguk ke rumah kami memandangkan dia selalu free waktu kerja. Kerja luar senanglah nak melencong.
Apa-apa pun dibawah ni list apa yang kami ingin lakukan:
1) Bersihkan rumah
2) Cat rumah. Tapi sebelum tu kena buang segala paku yang melekat dan fill lubang dengan filler. I love filler..
3) Atur plumbing dapur
3) Pasang jubin baru pada dinding dapur. Di bahagian tengah je sebab bahagian tu yang nampak bila dah pasang kabinet.
4) Buat rangka konkrit untuk dapur dan pasang tile yang bersesuaian dengan warna kabinet nanti.
5) Buang semua sisi kayu lantai di kawasan ruang tamu dan bilik bawah. Semua sisi kayu tu dah buruk kena makan dengan anai-anai. Ditukar dengan jubin.
6) Kalau ada extra cash teringin nak laminate lantai dengan kayu.
7) Kalau rajin nak polish lantai di tingkat atas
Subscribe to:
Comments (Atom)