Thursday, April 4, 2013

Pop Container


Salam sejahtera buat sesiapa yang baca blog ni. Best betul cuti minggu lepas. Cuti 3 hari dan yang bestnyer time orang dah terima gaji. Lebih lagi bila suami dapat bonus. Yeay! Bershopping dan makan kat luarlah kitaorang.
Saya nak cerita sikit pasal satu design container yang menarik perhatian saya iaitu 'Pop Container'. Saya rasa terutama dikalangan perempuan memang ramai yang suka beli container. Yelah yang menyimpan segala rempah, tepung, biskut, etc...semuanya perempuan.  Pertama kali saya tengok gambar pop container ni dari blog orang kita yang saya dah lupa alamatnyer. Kebanyakan blog organization mat salleh saya tengok menggunakan container ni. Menariknya ialah cara buka dan tutup container ni sangat senang. Cuma tekan pada punat bulat di atas penutup untuk pop up buka. Kemudian tekan punat pop up untuk tutup. Tengoklah video kat bawah.

 

Dah tengok video tu apa pendapat korang? Best tak? Saya sangat suka :) produk ni. Malangnya takde jual ditempat saya. Mungkin di semenanjung ada jual. Maka saya cuma boleh berangan dengan harapan beli container yang lebih kurang sama seginyer. :( Sedih lagi balik saya.

Jangan risau.......akhirnya secara tak sengaja saya ternampak pop container ni dalam katalog Cosway. Memang jarang promosi container ni. Hampir sebijik macam container atas dan made in thailand. So apa lagi saya belilah setakat yang mampu tapi cuma ada 3 size bentuk bulat dan segiempat. Tak macam dalam video tu ada 10 size rasanya. Ni untuk letak biskut raya memang sesuai sebab airtight dan senang buka tutup.

 
                                                  POP Container dari Cosway

Selain tu, saya ada jumpa container di H&L Supermarkat yang lebih kurang sama cuma tak pop up. Bagi saya ciri container yang baik ialah senang disusun, stackable, airtight dan nampak apa yang disimpan.

 Container dari H&L