Friday, February 24, 2012

Bawa bekal aka bento ke pejabat

Baru-baru ni saya sering membawa bekal ke pejabat. Bekal untuk sarapan pagi dan makan tengahhari. Ini kerana budget saya dan suami telah lari semenjak kami ingin membeli rumah baru-baru ini. Sebelum ni pun saya ada juga bawa bekal tapi taklah selalu. Bulan ni hampir tiap-tiap hari saya bawa bekal. Sehingga saya rasa penat dan tak sanggup nak masak. Bagi yang membaca ni, pernahkah anda membawa bekal ke ofis?


Dalam kami tengah budget, kami hampir menghabiskan makanan yang telah lama kami simpan dalam petiais dan barangan kering seperti mee. Nasib saya ada menyimpan makanan yang boleh disimpan lama. Ini kerana kita tak tahu bila kita akan memerlukannya. Macam-macam idea saya nak buat untuk sarapan pagi seperti sandwich, nasi goreng dan mi goreng.


Melalui pengalaman ni, saya bercadang untuk membawa bekal tiga kali dalam 5 hari bekerja. Insyallah. Manakala hari sabtu dan ahad kami makan luar hehehe. Makan tengahhari je diluar.
cerita pasal bawa bekal saya ada jumpa blog pasal 'Bento' iaitu bekalan untuk dibawa ke ofis atau ke sekolah dalam bahasa jepun. Nampak cute makanan dihias dalam container.






Pictures taken from google images


So saya beli container yang ada 3 compartment dari cosway. Dulu saya ada beli bekas untuk letak bekal tapi ada kekurangan. Container cosway ni macam seperti apa yang saya mahu. Tak mahal RM10. Kalau ada budget lebih saya lebih suka beli bekas yang dapat simpan sebab kat ofis takde microwave. Di rumah saya pun takde microwave. Dulu ada tapi dah rosak so dibuang. Ada budget nanti saya akan beli microwave. Lagipun senang suami panaskan makanan bila balik rumah untuk makan tengahhari. Suami saya selalu balik rumah sebab kerja selalu di luar tak dalam ofis so senang balik rumah.


Mulalah saya fikir menu untuk sarapan pagi, tengahhari dan malam. Selalunya sebelah pagi dan malam kami tak makan berat. Apa yang pasti saya akan membuat frozen food untuk makan pagi dan malam seperti pizza dan popia.



Bento breakfast saya ke pejabat.