Wednesday, September 12, 2012

Rumah Kami

Assalamualaikum....dah lama saya tak update blog ni. Bersawang betul jadinya. Cerita pun dah lapuk hehehe. Sebenarnya Saya ada banyak cerita nak ditulis. Rasanya saya perlu sambung cerita berkenaan beli rumah sebelum ni.


Pasal house hunting, ada beberapa rumah kitaorg dah tgk. Ada satu rumah ni lokasinya ok dan rumah pun ok tak jauh dari rumah saya sekarang tetapi dah ada orang book untuk cuba loan. So lastly saya survey lagi kat website www.mudah.com.my. Setelah meneliti harga dan lokasi, akhirnya kami memilih rumah teres dua tingkat. Kebetulan owner tu suami saya kenal bila jumpa kali pertama.Rakan Sesama tabligh. Harga dia jual ialah rm240,000. Tapi setelah minta tawar jadi rm210,000 dan kos peguam bagi kedua belah pihak kitaorang tanggung. Menjadikan kos dalam sekitar rm217,000.

So sekarang kitaorg cuba loan bank secepat mungkin. Ada orang lain yang minat dengan rumah tu juga tapi owner beri keutamaan dengan kitaorang dulu. Sebab tu kena cepat loan. Deposit tak payah bayar dulu sebab kalau loan tak dapat rugi pula. Ada 3 bank kita cuba loan iaitu maybank, alrajhi dan muamalat. Antara ketiga ni, hanya muamalat sanggup beri 80% loan dari nilai rm240,000. So maknanya kitaorg perlu topup cash kat owner sebab loan hanya rm192,000 kira dalam 90% dari nilai rm210,000 so kena topup dalam rm18,000. Kenalah fikir nak cari duit lagi. So suami saya pun buat pinjaman bank dari public bank utk topup dan apa2 benda yang diperlukan. Akhirnya dapat dan pada masa yang sama kami dapat mengeluarkan duit epf kami. Tapi epf tak banyak. Dapatlah bayar lawyer.

Bila dah bayar baki cash tu, owner pun beri kunci rumah. Dapatlah kitaorg melawat rumah selalu dan kemas apa yang patut.

Gambar rumah kami sebelum kerja pembersihan dan renovation:






Depan Rumah

Pemandangan dari luar rumah


Dalam Rumah





Dapur