Friday, May 10, 2013

Pindah Rumah

Bulan april lepas banyak perkara yang berlaku pada diri dan keluarga saya. Masalah peribadi dan masalah pindah rumah datang sekali menyebabkan saya stress. Tapi saya hadapi dengan baik dan waras. Saya dan keluarga pindah ke rumah yang kami beli pada 17 april. Pindah pun dalam keadaan segera dan tergesa. Kami jadi kelam kabut. Saya terpaksa ambik cuti dua hari sebab nak settle hal pindah ni. Cari kotak, lori, pindah aircon, astro dan barang dari rumah keluarga ke rumah sendiri. Memang memenatkan bila pindah. Lagi banyak barang lagi penat. Pindah memang kena dirancang agar barang yang dipindah tidak kucar kacir dan berada dalam keadaan tersusun dan teratur. Malangnya kami tidak mempunyai masa untuk menyusun so semuanya kucar kacir. :( 

Tambah pula lagi wiring untuk tambah power point dan pasang lampu dan kipas baru saja selesai pada waktu malam hari kami pindah. Sebelum tu waktu siang suami dan kawannya seorang ustaz menjalankan upacara menrukyah rumah. Rukyah dibuat agar rumah yang diduduki selamat tiada gangguan makhluk halus. Ini kerana ada kes gangguan makhluk halus di sekitar kawasan rumah saya. Ada kawan kepada seorang kawan pesan supaya bersihkan rumah terlebih dahulu sebelum pindah sebab kawan ni pernah nampak dua makhlus halus turun dari atap rumah saya. Maklumlah rumah dah lama ditinggalkan maka makhluk tu pun duduk. Apa yang masalahnya gangguan tersebut merebak ke jiran sebelah corner dan belakang rumah. Nasib suami tak benarkan anak masuk ke rumah sebelum azan. Kalau nak ziarah rumah anak dijaga mertua. Ingat tak dalam entry lepas saya ada nyatakan mengenai perkara ini. Memang kami nak rukyah awal tapi tak guna juga kalau belum duduk. Cukup sekadar azankan rumah agar anak dapat masuk ke rumah.

Saya suruh suami baca semua surah al-baqarah untuk rukyah rumah. Ini dari pembacaan saya dalam internet sebelum masuk rumah atau bangunan baru atau yang dah lama ditinggalkan. So suami bawa seorang kawan ustaz baca surah tersebut sementara suami baca manzil. Kesemua tingkap rumah ditutup. Ustaz baca surah albaqarah sampai habis sementara suami saya baca manzil bermula dari tingkat atas di setiap bilik kemudian turun ke tingkat bawah. Selain tu setengah baldi air diletakkan berhampiran semasa bacaan supaya dapat dijadikan 'pagar' atau pendiding rumah. Setelah selesai, tingkap dibuka semula dan setiap penjuru rumah di azankan. Air dalam baldi tadi direnjiskan di dalam dan diluar rumah. Tapi tak sampai ke laman belakang rumah sebab penuh dengan lalang yang dah tak larat nak berdiri lagi. Hehehe. Selain tu, anak kami sebelum tido kami lapkan air bacaan tadi ke badan. Masa tu saya memang rasa takut di rumah sendiri.

Malamnya kami tido kat ruang tamu sambil mainkan orang baca manzil dari handphone. Nasib saya ada download aplikasi tu. Selama dua minggu tiap malam kami baca surah yassin dan mainkan orang baca al-quran iaitu surah al-baqarah dari ipad dan manzil. Selain tu saya ada beli cd rukyah dari kedai jual barangan muslim dan mainkan beberapa kali. Just to make sure. Alhamdulillah tiada gangguan seperti yang dikatakan oleh jiran.

Sekarang kami dah rasa selesa dan tenang duduk di rumah kami. Malah lebih seronok bila dah duduk di rumah sendiri walaupun masalah piping belum dibaiki dan barang belum habis dikemas sebab tak tahu nak letak mana.