Wednesday, October 24, 2012

Lukisan 3D dapur rumah

Saya dah dapat lukisan dan gambar 3D dapur dari Standard Kitchen. Kiranya dapat gambaran sebenar bila dah siap nanti. Lukisan ni hanya dapat bila dah bayar deposit. Selagi tak bayar deposit diaorang takkan bagi walaupun kita dah tengok.






Lukisan kecik ni menunjukkan rupa di dalam kabinet. Saya ada dua pull out basket. Satu bottle basket di bawah tempat masak dan satu lagi 6 pantry basket sebelah oven. Material stainless steel. Pantry basket tu saya beli sendiri. Saya beli di My Home Essential di 21/5 Jalan Rock. Tempat lain pun ada juga tapi saya tak ingat nama terletak di batu 3. Tapi pull out bottle basket saya beli di standard kitchen je. Contoh pull out basket tu macam gambar di bawah.

 Pantry Basket

Bottle Basket

Walaupun basket ni mahal, saya rasa berbaloi sebab dapur nampak teratur dan beri lebih ruang terutama sekali untuk dapur kecik. Selain tu pull basket ni terutama yang pantry tu, kita dapat lihat semua barang di dalam dan senang ambik. Kalau simpan dalam ruang kabinet biasa kita kurang nampak barang kat belakang sekali. Kalau di ikutkan saya nak beli swivel basket untuk bahagian corner tapi tak sesuai untuk dapur saya. Apa yang penting ialah dapur tu mesti praktikal. Saya tak nak seperti dapur rumah parent saya sekarang kurang praktikal. Hujung bulan depan baru kabinet dapat pasang...yeay!



Friday, October 19, 2012

Kitchen concrete counter top

Saya dah jumpa kedai yang buat kabinet dapur. Kedai tu masih baru buka dalam tahun ni. Nama kedai Standard Kitchen (sebelah pet shop dekat dengan celcom satok). Sebelum hari raya saya dah survey dapur, hud dan oven termasuklah kedai yang buat kabinet. Kebetulan masa tu ada jualan dapur di Choice Super Mall oleh Zenova. Semuanya brand Rubine and ada satu lagi dah lupa. Jenama design itali. Rata-rata harga rm2500 ke atas untuk dapur + hud + oven. So saya ambik kesempatan tanya salesgirl kalau ada yang lebih murah. Dia cadangkan pergi ke kedai Zenova (tak jauh dari celcom juga). Akhirnya saya jumpa jenama Faber yang lebih murah rm1998 iaitu budget package. Saya dan suami terus beli. Masa tu tengah promosi.

Pasal kabinet dapur pula saya tengok design. Siap tunjuk dalam bentuk 3D. Dalam hati saya kalau boleh saya nak granite counter top tapi mahal giler. Kalau pilih counter top yang biasa dari compressed wood chip tak berbaloi sebab lama-lama warna boleh pudar dan senang masuk air. Ini nasihat kakak saya sebab dapur dia dekat kawasan sinki dah jadi sarang semut dan lipas. Akhirnya saya buat dapur konkrit berjubin. Alang-alang saya tukar sekali kayu di sisi lantai rumah. Semua dah kena gigit anai-anai. Tukang buat konkrit tu saudara jauh saya. Setakat ni saya spend beli jubin rm500 (jubin untuk counter top dapur dan jubin sisi lantai). Saya tak jadi tukar jubin dinding dapur sebab budget tak mengizinkan. Too late to do backsplash rasanya.Tak sabar tunggu dapur siap. Banyak kena buat. Lepas ni saya perlu cat dapur, pasang pili air baru dan pasang kipas kecik di dapur.

 

Dalam proses membuat counter top


Dah siap. Tempat letak dapur gas.
Tempat sinki. Saya guna sinki sedia ada. Budget. Cuma nak tukar pili baru.

Akhirnya siap. Plumbing pun dah diatur.

Gambar sebelum


Thursday, October 18, 2012

Cuci rumah

Rumah baru kenalah dicuci dan keadaan bersepah masa beli rumah. Saya dan suami sangatlah malas nak membersihkan rumah ni. Lagipun pada hujung minggu tiada siapa yang dapat menjaga anak sepanjang hari. Suami saya tidak benarkan anak masuk ke rumah sebab rumah belum diazankan. Budak kecik tidak digalakkan masuk ke dalam rumah yang belum diazankan dikhuatiri lemah semangat. Gitulah katanya. Ada kawan cadangkan upah orang bersihkan rumah. So saya carilah cleaning services yg tidak jauh dari rumah iaitu Duraclean.

Kerja pembersihan cumalah biasa saja.  No scrubbing n buffering the tiles. Upah cuci ialah rm150. Walaupun dah dicuci rumah tu masih lagi kotor di bahagian dapur. Tukang cuci mungkin lupa nak cuci jubin dinding di dapur. Waktu tu suami yang monitor diaorang cuci. Saya pula jaga anak di rumah. Esok hari bila saya tengok masih ada bekas minyak masakan kat dinding. Memang tak puas hati. Saya rasa kalau lantai ni discrub tentu nampak lagi bersih dan berkilat. Upah untuk scrubbing mahal rm150 untuk tingkat bawah saja. Sebelum scrub tukang cuci perlu tahu jenis lantai rumah untuk pilih scrub yang sesuai. Saya tak jadi scrub, malas nak upah diaorang lagi sebab tak teliti buat kerja.

Apa-apa pun saya ada niat nak tukar jubin dinding dapur. Warna dan corak yang ada sekarang tak moden. Maklumlah rumah lama. Insyallah kalau ada rezeki lebih saya akan tukar. Sekarang saya tengah tunggu rekaan kabinet dapur. Lain masa saya akan cerita pasal ni.

Wednesday, October 17, 2012

My Renovation List

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Kebelakangan ni saya bertambah busy. Selalulah kami ke rumah memikirkan apa yang perlu diatur dan dibaiki. Adakala saya rasa sayalah pengerak aka pengatur kerja untuk pembaikian rumah. Suami ada idea nak baiki itu ini tapi tak bertindak. Manakala saya lebih fokus ke ruang dapur dan ada tindakan. Rasanya suami keberatan nak belanjakan duit untuk renovation.
Suami saya Faizal selalu menjenguk ke rumah kami memandangkan dia selalu free waktu kerja. Kerja luar senanglah nak melencong.

Apa-apa pun dibawah ni list apa yang kami ingin lakukan:

1) Bersihkan rumah

2) Cat rumah. Tapi sebelum tu kena buang segala paku yang melekat dan fill lubang dengan filler. I love filler..

3) Atur plumbing dapur

3) Pasang jubin baru pada dinding dapur. Di bahagian tengah je sebab bahagian tu yang nampak bila dah pasang kabinet.

4) Buat rangka konkrit untuk dapur dan pasang tile yang bersesuaian dengan warna kabinet nanti.
5) Buang semua sisi kayu lantai di kawasan ruang tamu dan bilik bawah. Semua sisi kayu tu dah buruk kena makan dengan anai-anai. Ditukar dengan jubin.

6) Kalau ada extra cash teringin nak laminate lantai dengan kayu.

7) Kalau rajin nak polish lantai di tingkat atas