Salam, mood untuk baking kembali. Dalam tengah surfing di Martha Stewart website, saya nampak gambar peanut butter bars di blog mybakerlady.com. Disebabkan tertarik dengan kata-kata tuan blog tu mengenai kesedapan tambah lagi dengan komen yang mengconfirmkan maka terbuka hati nak cuba. Balik dari kerja pergi kedai mix & dough dan malam tu juga saya cuba. Ini kerana resipi ni tak payah di bakar. Masuk dalam petiais je.
Peanut Butter Bars
Gaul crackers, peanut butter, serbuk gula dan mentega cair bersama
Masa nilah saya asyik culit campuran peanut butter. Sedap! Teringat dengan wafer.
Letak dalam bekas dan ratakan sambil tu tekan.
Cairkan coklat bersama sedikit peanut butter. Saya cairkan dalam microwave kemudian gaul sehingga sebati. Sapukan diatas campuran tadi. Kemudian simpan dalam petiais dalam sejam sebelum dimakan. Saya terover letak coklat.
Kalau nak cuba buat, saya sarankan potong ketika coklat separuh beku. Ini kerana bila coklat sepenuhnya beku, lapisan coklat akan retak bila dipotong. Boleh guna pisau yang panas bila nak potong. Selain tu, ukuran dalam resepi kat bawah ni tak boleh di ikut sangat. Saya kurangkan serbuk gula kepada satu cup. Mentega cair tu kita boleh agak, tak semestinya 1 cup asalkan campuran tak terlalu berminyak. Saya punya agak berminyak sebab ikut sangat ukuran tu. Tapi saya tambah lagi cracker untuk kurangkan minyak tu. Bagi saya coklat tu lagi bagus kalau tak tebal sebab coklat manis. Takut terlampau manis. Selamat mencuba!
Reese’s Peanut Butter Bars
(from Let’s Dish)
Ingredients
1 cup butter melted
2 cups graham cracker crumbs (use the boxed kind, or grind them in a food processor. Tiny granules.)
2 cups confectioners’ sugar
1 cup + 4 tablespoons peanut butter
1 1/2 cups semisweet chocolate chips
Directions
In a medium bowl, mix together the melted butter, graham cracker crumbs, confectioners’ sugar, and 1 cup peanut butter until well blended. Press evenly into the bottom of an ungreased 9×13 inch pan. In a metal bowl over simmering water, or in the microwave, melt the chocolate chips with the peanut butter, stirring occasionally until smooth. Spread over the peanut butter layer. Refrigerate for at least one hour before cutting into squares.