Salam kepada sesiapa yang membaca. Saya nak lari daripada bercerita pasal rumah. Takut bosan kalau asyik cerita pasal rumah saya yang sekarang dalam proses mengecat. Kebelakangan ni saya asyik membaca blog orang lain pasal home organizing. Seronok baca dan tengok video macam mana diaorang mengemas dan menyimpan barang. Siap tunjuk gambar before & after. Tunjuk cara diaorang mengemas kabinet dapur yang berselerak, petiais, bilik mandi dan sebagainya. Kali ni saya tertarik dengan video kat bawah. Macam mana nak simpan manual, resit dan warranty dari barang yang kita beli. Kalau saya memang main letak kat mana laci. Selepas tu tak tahu laci mana simpan dan saya tak lekat resit sekali. Lagi satu kalau kita letak buku manual dalam binder, dan kita terbalikkan binder tu tentu buku tu jatuh. Ha.....tengoklah video bawah ni macam mana dia simpan dan tidak jatuh bila di terbalikkan. Selain tu, ada orang simpan je dalam box plastik.
Tapi kebanyakan blog organizing atau video dari orang putih. Sikit dari malaysia. Website yang boleh ditengok ialah:
Web orang putih
Web orang kita
2 comments:
rajin nya..terbaik..leh kongsi dengan kawan kakak hanna nanti..sebab rumah dia pun bakal siap..
haNNa Jannah
nampak mcm senang jak...hmmm
Post a Comment