Akhirnya dapur saya dah ada kabinet yang ditunggu selama ni. Sebenarnya kabinet ni dah dipasang December lepas. Baru sekarang saya publish. Walaupun dah dipasang, sampai sekarang saya belum lagi masak kat dapur ni. Apa tak nye, peti ais masih di rumah parent. Lagipun power point untuk hud dan oven belum ada. So kedua tu belum dapat dipasang isk isk :(. Tiap kali saya singgah rumah, saya mesti akan terus ke dapur tengok kat dalam kabinet. Padahal barang takde. Dah jadi tabiat. Sekarang ni saya dan suami baru jumpa orang yang buat wiring. So sekali dia akan pasangkan kipas dan lampu. Bila wiring dah siap kira dah boleh pindah. So layan gambar kabinet dapur saya.
Tuesday, March 19, 2013
Friday, March 15, 2013
Prednisolone Tiada Lagi Dalam Diari
Akhirnya, apa yang saya inginkan tercapai juga. Bulan Februari lepas semasa regular checkup di hospital, doktor Tay akhirnya cakap yang saya tidak lagi perlukan ubat prednisolone dan supplement kalsium. Tapi ubat azathrioprine dan plaquenil masih perlu diambil. Ini kerana kedua ubat tersebut tidak boleh putus makan bagi memastikan penyakit lupus berada dalam keadaan terkawal. Dia tanya samada saya teringin nak mengandung lagi. Saya jawab belum bersedia lagi.
Empat bulan sebelum tu, saya asyik lupa makan ubat sehingga saya tak makan langsung. Harap doktor saya tak baca blog ni..heheh. Sebenarnya saya dah bosan nak telan ubat. Alhamdulillah tiada sebarang gejala teruk berlaku cuma ada sikit joint pain yang kemudiannya hilang. Tapi saya nasihatkan janganlah skip makan ubat dikhuatiri penyakit datang lagi dan memberi simptom yang berlainan sebelum ini. Bila fikirkan prekara tu saya tak berani lagi skip makan ubat.
Oleh kerana saya skip makan ubat maka ubat sebelum ni ada banyak extra. Last checkup saya terlupa ambik ubat sampai dua minggu. Kat general hospital kalau tak mahu tunggu ubat boleh pesan kat farmasi masa diaorang bagi nombor giliran yang kita akan ambik ubat kemudian. Semasa saya nak ambik ubat, orang farmasi tanya kenapa lama tak ambik ubat dan samada saya ada skip makan ubat. Maka saya coverline lah yang ubat diaorang bagi sebelum ni ada banyak extra. Aim saya lepas ni ialah berharap saya tak makan ubat azathrioprine.
Monday, March 11, 2013
Homemade Freezer Meals
Assalamualaikum.........
Lama benar saya tak online. Saya sangatlah busy dengan kerja di ofis. Sampai saya rasa balik pukul 5pm tak cukup untuk menyiapkan kerja. Bila balik rumah pula saya busy dengan memasak dan melayan anak. Alhamdulillah sekarang saya kurang sibuk dan dapat berblog.
Oleh kerana letih dari balik kerja, maka saya pun rasa malas nak masak. Saya tak tahulah kalau orang lain. Ada orang rajin ada tak rajin. Selalulah saya beli makanan luar seperti pizza, burger dan sebagainya. Tambahan pula anak saya kuat meragam tiap kali saya memasak. Bagi mengurangkan kos makan kat luar dan take away, saya dah lama berniat untuk membekukan lauk. Samada makanan tersebut dimasak atau tidak, kemudian dibekukan segera.
Kalau di Semenanjung, produk My Chef iaitu makanan beku banyak dijual. Manakala di Sarawak produk My Chef belum dipasarkan. So kena buat sendiri. Saya baca banyak blog orang putih yang buat frozen food. Diaorang buat lauk dalam kuantiti yang banyak untuk dibekukan bagi simpanan untuk sebulan seperti dalam gambar dibawah '50 Freezer Meals in a Day'. Sebelum turun kerja makanan tersebut dimasak dalam slow cooker. So balik kerja dinner dah ready. Itu yang tengah saya buat sekarang cuma saya tak masak dalam slow cooker. Saya reheat semula lauk tersebut hehhe. Tak tahu berjaya atau tidak. Nanti saya beritahu keputusannya.
Selalunya apa saya selalu lakukan bagi mempercepatkan kerja memasak, saya akan siang, bersih dan bahagikan bahan mentah kepada beberapa hidangan. Misalnya kalau ada 6 ekor ikan, satu hidangan mungkin hanya dua ekor ikan. Kemudian disimpan dalam plastik ziplock. Agak susah nak cari plastik ziplock yang murah. Kalau kat kuching, plastik ziplock murah boleh beli di kedai jual barangan pembungkusan makanan dekat satok. Boleh juga disimpan dalam container tapi pastikan ianya freezer safe. Tujuan saya guna plastik ziplock ialah kerana saya nak makanan tersebut mempunyai kurang udara di dalamnya bagi menjaga kualiti dan mengelakkan freezer burn.

Gambar di atas saya buat udang masak butter dua hidangan dan kari udang satu hidangan. Selain itu saya dah siap buat beberapa roti pizza dan meatball untuk dibeku. Kalau makanan berkuah yang dah dimasak lebih baik dimasukkan ke dalam container. Boleh juga masuk dalam plastik kemudian masuk pula ke dalam container. Saya sekarang tengah fikir apa lauk yang boleh saya bekukan. Pernah terfikir nasi goreng sebab nasi masih mengekalkan bentuk kalau dibekukan. Kalau berjaya, senanglah saya nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)