Lama benar saya tak online. Saya sangatlah busy dengan kerja di ofis. Sampai saya rasa balik pukul 5pm tak cukup untuk menyiapkan kerja. Bila balik rumah pula saya busy dengan memasak dan melayan anak. Alhamdulillah sekarang saya kurang sibuk dan dapat berblog.
Oleh kerana letih dari balik kerja, maka saya pun rasa malas nak masak. Saya tak tahulah kalau orang lain. Ada orang rajin ada tak rajin. Selalulah saya beli makanan luar seperti pizza, burger dan sebagainya. Tambahan pula anak saya kuat meragam tiap kali saya memasak. Bagi mengurangkan kos makan kat luar dan take away, saya dah lama berniat untuk membekukan lauk. Samada makanan tersebut dimasak atau tidak, kemudian dibekukan segera.
Kalau di Semenanjung, produk My Chef iaitu makanan beku banyak dijual. Manakala di Sarawak produk My Chef belum dipasarkan. So kena buat sendiri. Saya baca banyak blog orang putih yang buat frozen food. Diaorang buat lauk dalam kuantiti yang banyak untuk dibekukan bagi simpanan untuk sebulan seperti dalam gambar dibawah '50 Freezer Meals in a Day'. Sebelum turun kerja makanan tersebut dimasak dalam slow cooker. So balik kerja dinner dah ready. Itu yang tengah saya buat sekarang cuma saya tak masak dalam slow cooker. Saya reheat semula lauk tersebut hehhe. Tak tahu berjaya atau tidak. Nanti saya beritahu keputusannya.
Selalunya apa saya selalu lakukan bagi mempercepatkan kerja memasak, saya akan siang, bersih dan bahagikan bahan mentah kepada beberapa hidangan. Misalnya kalau ada 6 ekor ikan, satu hidangan mungkin hanya dua ekor ikan. Kemudian disimpan dalam plastik ziplock. Agak susah nak cari plastik ziplock yang murah. Kalau kat kuching, plastik ziplock murah boleh beli di kedai jual barangan pembungkusan makanan dekat satok. Boleh juga disimpan dalam container tapi pastikan ianya freezer safe. Tujuan saya guna plastik ziplock ialah kerana saya nak makanan tersebut mempunyai kurang udara di dalamnya bagi menjaga kualiti dan mengelakkan freezer burn.
Gambar di atas saya buat udang masak butter dua hidangan dan kari udang satu hidangan. Selain itu saya dah siap buat beberapa roti pizza dan meatball untuk dibeku. Kalau makanan berkuah yang dah dimasak lebih baik dimasukkan ke dalam container. Boleh juga masuk dalam plastik kemudian masuk pula ke dalam container. Saya sekarang tengah fikir apa lauk yang boleh saya bekukan. Pernah terfikir nasi goreng sebab nasi masih mengekalkan bentuk kalau dibekukan. Kalau berjaya, senanglah saya nanti.
5 comments:
waalaikumsalam.
lamanya tak update blo kan. kak siti sihat? Fb langsung tak aktif. skrg buat freezer meal ekk. dah cuba cari kat giat ke. produk mychef tu.
limited gak post hari ni. nape tak buat sticky post. leh auto post. ikut date.
I.L
bz gilak kah. xpa. nama dah kerja. yang penting kitak update. lmk juak nggu. drmh xda yg tolong jaga anak kah. neman nya bermain. anak buah kitak? apa2 pun share ilmu today..
harap famili kitak sihat.
rajin2 masak n post dalam fb or blog k.
hanna
wahh baguih...boleh praktik kan kt umah nie...tp yerla x sesedap kalau fresh masak kan...
-org jb-
hanna-anak buah kamek sik maok layan anak kamek. lagipun anak kamek nang berkepit jak dengan kamek. Tinggal sorang nanga tv pun kejap jak lepas ya nangis cari kamek.
Org jb- memang lagi bagus masak fresh. Ini hanya untuk orang yang letih bekerja dan takda masa.
owwh gia. xpa lah ya. mun laki kitak ada , kali senang kitak agak kerja. kesian juak kmk ngan kitak. xcuba berik main game . k melayap nya. tp ajak sekali ke dapur. biasa kmk gia. mun time jaga anak kakak mek.
dah pindah kah? hehehhe..
update gik.
HaNNa
Post a Comment