Thursday, September 2, 2010

Pregnancy Week 12 - Week 22

Dah lama saya tak update blog. Malas sebenarnya. Hari ni baru ada mood nak update.

Week 12 - 16

Saya berpeluang jumpa pakar bidan di hospital umum sarawak. Kalau sebelum ni saya jumpa juga doktor di klinik kesihatan tapi diaorang bukan pakar. Canggih betul scanner doktor pakar tu (tak tahu ape nama benda machine tu) berbanding yang ada kat klinik kesihatan. Saya dapat lihat dengan jelas dan ada satu part tu dia tayang dalam bentuk 3D. Alhamdulillah baby sihat.

Bila dah masuk 4 bulan, ramai yang tanya dah rasa baby bergerak ke belum. Manalah saya tahu sebab masa ni saya tak pasti samada perut saya yang bergerak atau baby tu. Sebab pergerakan tu sikit je tak ketara. Saya jawab entahla.

Week 17-22

Masa ni rasa mual dah mula kurang. Nasib tak berpanjangan. Alhamdulillah setakat ni cuma sekali je saya muntah. Itu pun sebab minum air spicey tea. Tapi lepas muntah tu badan masih rasa ok. Bulan puasa ni saya cuba berpuasa tapi badan rasa lemah sangat. Daripada puasa tiap hari saya cuba puasa selang hari. Memang ok tapi last-last saya tak puasa langsung. Rasanya cuma seminggu je saya puasa. Hehehe.

Masuk bulan ke-5 akhirnya saya dapat rasa baby bergerak. First time rasa tu memang pelik dan tak selesa. Bila selalu dah jadi biasa pula. Scan kali kedua di hospital tak best sebab doktor pakar busy dan saya jumpa doktor lain. Scanner nyer lama dan kecik. Kali ni suami ikut sekali. Tak jelas gambar kat scanner tu. Cuma dapat tafsir dan tengok degupan jantung serta kepala baby je. Yang lain tu saya iye je apa doktor cakap. Doktor tak dapat tengok jantina baby sebab baby waktu tu kakinya bersilang. Satu lagi doktor cakap kakinya panjang. Kecewa juga bila tak dapat tahu jantina. Tapi takpe next month jumpa doktor hospital lagi.....

No comments: