Thursday, November 4, 2010

Itchiness During Pregnancy

Sejak kebelakangan ni saya asyik tergaru-garu. Hari Sabtu lepas saya cakap kat suami nak pergi klinik tapi tak pergi pada siang hari sebab busy. Tiba je malam waktu tengah malam pula tu gatal tu tak boleh nak tahan lagi. Memang tak boleh nak tido. Dah sapu losyen pun masih juga. Suami waktu tu tengah tengok astro ada perlawanan English Premier League. Terpaksa juga lah suami hantar ke klinik kotaraya 24 jam. Ada beberapa orang kat klinik masa tu. Sabar je la menanti giliran. Suami dah resah menunggu sebab nak tengok perlawanan MU. Dalam tengah menunggu tu saya tergaru sana tergaru sini memang tak sabar nak makan ubat. Suami risau takut disebabkan penyakit SLE. Bagi saya ni bukan sebab SLE. Tanda-tanda flare SLE tu tak macam ni. Akhirnya doktor bagi ubat antihistamin kotamin. Kemungkinan saya allergic dengan seafood atau apa-apa yang boleh menyebabkan allergic.

Awal tu saya ada beli losyen strechmark cocao butter jenama Palmers. Mungkin sebab losyen tu tapi sebelum ni pun saya pernah gatal badan. Entahlah. Saya risau kalau makan ubat kotamin selalu takut ada effect dengan kandungan. So saya makan bila perlu je. Tu pun sebiji sehari. Jumpa doktor Gynae follow up check di hospital semalam dia cakap tu normal tanpa menerangkan apa-apa. Saya tak pandai nak tanya lebih sebab doktor tu orang myanmar. Susah nak cakap dengan doktor tu. Dahla suara kecik dan kadang-kadang saya tak faham or tak jelas apa dia cakap. Accept ajelah. So saya stop guna losyen Palmers tapi risaukan strechmark takut semakin menjadi. Saya beli pula losyen baby johnson botol kecik. Tu pun masih gatal. Mungkin hama tapi saya dah tukar semua kain cadar dan bantal. Masih tak puas hati....

Last-last saya search kat internet. Rupanya gatal ni perkara normal bagi wanita mengandung. Terutama sekali bagi yang mengandung kembar atau pertama kali pregnant. Gatal-gatal ni selalu terjadi pada trimester ketiga. Saya sekarang dalam trimester ketiga. Lagi satu gatal tu selalu kat tapak tangan dan kaki. Patutlah saya heran juga kenapa boleh gatal kat tempat tu. Tapi tempat lain ada juga terutama sekali kat lengan, kaki dan belakang. Gatal tu lebih terasa time terbangun dari tido sebab nak ke toilet.


Ada beberapa jenis gatal. Boleh google 'itchiness during pregnancy'. Penyebab yang saya faham adalah disebabkan oleh hormon mengandung atau terlebih 'bile salt' yang dihasilkan oleh hati bagi tujuan penghadaman terkumpul dalam kulit. Gatal ni akan hilang sendiri lepas melahirkan anak. Nampaknya terpaksalah saya tanggung gatal ni selama dua bulan.
Cara untuk melegakan gatal ialah sapu losyen sebaik selepas mandi ketika badan masih lembap. Boleh guna losyen calamine untuk melegakan gatal dan losyen yang berat macam cocoa butter. Mandi guna oatmeal. Saya tak tahu ade ke tak jual oatmeal bath di tempat saya. Yang pasti guna sabun yang lembut macam sabun baby bukan sabun dettol. Mandi jangan guna air panas untuk elak kulit kering dan gatal makin menjadi.
Semalam saya sapu losyen sebaik lepas mandi malah sapu lagi losyen sebelum tido guna losyen cocoa butter palmers tu la. Alhamdulillah rasa gatal tu kurang dapatla saya tido nyenyak berbanding hari sebelum ni.


3 comments:

Anonymous said...

hi siti..lama betul siti tak update blog.sihat ke?pasal gatal tu memang normal bagi ibu mengandung.tapi kalau gatal kat perut yang dah memboyot tu.dinasihatkan jgn digaru walaupun gatal tak hengat.sbb masa ni kulit sensitif.nanti ada strechmark.susah jugak nak hilangkan nanti.
lagi sebulan lebih siti nak bersalin.bawa bersabar ye.nanti dah bersalin jgn lupa update.
semoga kesihatan siti baik.
pasal hubby siti tu..nasib baik dia sudi nak htr..kalau tak..payah gak tu..hmm biasa lah tu kerenah org mengandung.

Anonymous said...

salam siti..apa2 pun jaga kandungan dan kesihatan ye. jgn stress dan panik.
oklah tak lama lagi hari raya haji.selamat menyambutnya

Siti Salina said...

hi dan wsalam....
memang ada strechmark tapi tak boleh nak buat apa sebab sebelum ada memang dah sapu losyen cuma harap lepas bersalin strrechmark tu tak jelas. Last week nak update tapi laptop takde abang pinjam. Insyallah saya cuba selalu update. Selamat bercuti raya haji semua....