Thursday, November 18, 2010

Week 29 - Week 34

Argh....bila tengok ticker pregnancy week kat sebelah kanan atas tu macam tak lama lagi nak due date. Risau saya. Pada minggu-minggu 29 hingga 34 ni masalah utama saya ialah gatal. Lain semua ok. Selalu tak cukup tido. Dah jadi macam biasa pula. Mungkin untuk saya practice tak cukup tido bila anak dah ada nanti. Heheh fikir yang positif je. Tapi nasiblah takde kesan macam parut cuma luka kecik je. Bila garu kulit jadi merah je. Tak tahu la pula bila dah bersalin nanti....waktu tu semua baru jelas nampak.

Checkup di hospital kali ni tak doktor tak scan. Saya tak tahu anak saya ni perempuan ke lelaki. Harap next week doktor scan bolehlah tanya sekali lagi. Kakak saya cakap perut saya tak membulat macam dia sebab semua anaknya perempuan. Dia suspek lelaki. Orang lain cakap perempuan. Entahle. Tak kisah yang penting sihat.

Checkup dengan doktor sle di hospital sebelum raya haji ni. Ni la last saya akan jumpa dia masa pregnant sebelum jumpa lagi lepas bersalin nanti. So ada beberapa perkara saya perlu tanya.

1) Bolehkah saya breast feed sebab masa baru pregnant dulu doktor cakap tak boleh. Yelah saya kan ambik beberapa jenis ubat sle. Nanti masuk dalam air susu. Saya ambik prednisolone 5mg, plaquenil 400mg, azathioprine 100mg dan aspirin 75mg.

2) Ada doktor masa checkup pregnancy hari tu cakap kalau boleh stop ambik aspirin sebulan sebelum dijangka bersalin. Takut bleeding. Betul ke?

3) Perancangan keluarga untuk mengelakkan kehamilan.

Soalan pertama akhirnya doktor cakap saya boleh breastfeed. Peratusan ubat masuk dalam susu terlalu sikit dan selamat. Kelam kabut saya dibuatnya sebab preparation untuk breastfeed saya tak buat cuma fikir beli breastpump je untuk buang air susu supaya payudara tak membengkak. Sekarang ni saya tengah mencari maklumat mengenai breastfeed. Alhamdulillah dapat juga saya menyusukan anak nanti.

Soalan kedua doktor sle cakap aspirin yang saya ambik tak menyebabkan bleeding tapi kalau ambik warfarin boleh bleeding. So saya tak perlu risau semua ubat saya masih continue makan walaupun lepas bersalin nanti.

Soalan ketiga doktor cakap saya lebih baik elak hamil menggunakan kondom atau secara semulajadi. Makan ubat mencegah kehamilan dan injection tak elok untuk saya sebab semua tu melibatkan hormon.

Persiapan beg untuk ke hospital belum lengkap lagi sebab kain batik tengah dijahit sisinya. Petua orang tua cakap orang mengandung tak elok menjahit. Lagi satu tak elok potong ayam termasuk suami. Bagi saya lah semua ni macam mengarut. Tapi kan saya suruh kakak saya jahitkan kain batik untuk saya. Kakak tak bagi jahit. Saya tak bawa dua beg ke hospital sebaliknyer satu je. Campur sekali barang mak dengan anak. Senang. Breast pump pula lagi belum beli. Next month baru dapat beli bila gaji dah masuk hehe.

4 comments:

Anonymous said...

siti,semoga tabah menghadapi minggu2 terakhir mengandung.memang akan sukar untuk tidur.lebih2 lagi alami kegatalan ataupun akan sakit pinggang.so,siti kena bersabar byk tau.
wah soalan2 yg bgs tu.nasib baik siti sempat tny pasal penyusuan bayi.susu ibu paling baik utk bayi.3 hari pertama mmg susu sedikit.tu siti kena ingat.jgn pts asa.sbb susu pertama perlu dikeluar habis.beli breast pump elektrik.kalau manual ada susah sikit.penat nanti mengepam..beli pump pureen -murah.pump mendela mahal tapi berbaloi. hehehe
petua jgn menjahit tu.siti anggap je nasihat org tua.tak sakit pun kalau nak ikut.
oklah siti nanti kita jumpa lagi

Siti Salina said...

thanks....saya memang ada niat nak beli mendela breast pump kat blog bidan bersalin tapi mahal lah...luar budget yelah tak masuk dlm list sebelum ni. Saya insyallah beli yang elektrik punya seperti apa awak ckp. Maklumlah first time mother.

Anonymous said...

oh.gitu.saya beli pureen brand.yg elektrik/bateri..harga dlm rm100 jugak..oklah..yg ptg breast dpt d stimulate.huhu..kasi hubby stimulate lg cepat.(maaf ckp gitu,tp as experience)
mendela breast pump tu bgs jugak.tp tu lah harga mhl.huhu
siti nanti jgn lupa ye kena cuci puting breast.tpjgn guna sabun..guna kapas yg dah dibubuh minyak zaitun/baby..
ok nanti kita smbg lg

Siti Salina said...

saya rasa nak beli jenama mendela manual la pulak tak jadi pureen.....alhamdulillah rezeki ada. Bila saya survey pasal pureen elektrik tu tak tahan lama so why dont invest lebih kalau tahan lama. Tapi kalau tak cukup budget beli je yang mana mampu.