Sunday, December 19, 2010

Week 36 - Week 39

Jeng-jeng-jeng..... belum lagi bersalin. Dah lama tak update blog. Rasa malas sebenarnya. Sebenarnya ada resepi yang nak saya paparkan....iaitu karipap doraemon hehe. Lain kali je lah saya paparkan. Pada minggu-minggu ni gatal badan tetap ada. Kalau dulu saya cakap takde luka-luka tapi sekarang ermm...tanda luka ada kat bahagian kaki. Memang masih tak cukup tido. Ni minggu ke 36-37. Tapi pada minggu ke 38 tahap kemiangan gatal tu berkurangan. Saya dah tak mandi awal pagi buta untuk kurang rasa gatal, luka kat kaki pun sembuh dan dapat tido lebih lama. Alhamdulillah....asal dapat tido lama sikit pun jadilah.

Banyak losyen saya beli semata-mata nak kurang kan rasa gatal. Saya beli losyen QV khas untuk orang eczema dan masalah kulit tak sesuai pula. Cocoa Palmers pun tak jalan. Apa yang saya guna sekarang ialah losyen Nivea botol warna biru for dry-very dry skin dalam harga rm10 je. Satu lagi saya stop guna minyak wangi. Sebagai langkah untuk kurangkan sensitif kulit.

Dalam minggu ke 38 ni bila masalah gatal dah kurang, kakak saya tegur mata saya nampak kuning pula. Bila tanya husband dia cakap memang ada kuning. Sebelum ni tak juga dia perasan sebab kuning ni hanya di sekeliling mata tak kat tengah. Bila pergi klinik doktor cakap ada berkaitan dengan pengaliran darah yang banyak ke hati atau pemakanan...entahla saya pun kurang faham apa dia cakap. Tapi yang pasti doktor cakap takde ape cuma kalau warna kulit saya nampak kuning saya kena pergi check sebab takut jaundice.
Pasal ubat sle iaitu aspirin pula saya keliru mana satu nasihat doktor saya nak ikut. Doktor antenatal suruh stop aspirin week 36 untuk elak masalah pendarahan. Bila cerita kat doktor rheumato boleh continue sampai beranak. So last checkup di hospital aritu saya cakaplah masalah ni, keputusannya doktor antenatal suruh berhenti pada minggu 38.
Pada masa sekarang saya masih lagi drive ke ofis. Nasib keretaku automatik dan power steering. Husband saya belum ada lesen memandu tu yang takut nak suruh dia hantarkan. Tapi time nak beranak nanti tentu dia yang akan drive. Beg hospital dan dokumen dah sedia tapi belum masuk dalam kereta lagi. Sekarang ni saya tengah fikir nak buat kerusi toilet untuk toilet cangkung kat rumah ni. Nanti dalam entry akan datang cerita benda ni pula. Dah lewat ni....nak tido.

4 comments:

Anonymous said...

hi,siti.ingatkan dah bersalin.rupenye belum lagi ek..hmmm..sabarlah menunggu kelahiran anak tu..kalau dah ada tanda2 nak bersalin jgn takut pergi hospital.akhir2 begini sesuai benar lah kalau siti rajin berjalan kaki.dalam rumah pun ok jugak.proses untuk mempercepatkan bukaan rahim..
dokumen: salinan ic,sijil kahwin,guarenti letter,dan kad merah.
so..prepare awal2 dan jgn sampai terlupa..bakul makanan..beg pakaian..
buat kerusi toilet?..hrmmm..duduk mengiring kalau pandai lg bgs..

Anonymous said...

assalamualaikum siti..tak lama lagi siti nak bersalin.kalau belum ada tanda2 bersalin.jangan panik.doktor akan bagi hari tambahan menunggu.biasanya 10 hari.
masih drive sendiri..kakak siti yang sama ofis tu tak tolong siti drive ke.atau kakak siti jugak tak reti drive..hmm nasib baik kereta tu auto.sib baik..heee..
apa2 pun moga siti selamat bersalin nanti.jangan lupa update blog dan upload gmbr baby ye..
kerusi toilet..hmmm..usaha cari kerusi terpakai ke..murah..

lupie said...

Selamat Bersalin!
Hope everything will go super well.
{{hugs}}

Anonymous said...

salam siti..
nati update ye pasal kerusi toilet tu..tq..