Sunday, May 15, 2011

Sewaktu Berpantang

Salam sejahtera kepada pembaca blog ini. Wow sudah lama saya tak update blog. Maklumlah sudah ada anak masa sentiasa busy untuk si kecil. Tajuk ni kalau diikutkan sudah basi bagi saya. Tapi mungkin tidak bagi pembaca. Sebenarnya ini adalah versi kedua saya. Versi pertama hilang disebabkan waktu tu saya tak tahu blogspot tengah dalam maintenance. Maka susah payahlah saya menulis semula.

Kurang Rehat

Sebelum ni saya ada cakap saya upah orang jaga sewaktu berpantang. Memang saya memerlukan bantuan sebab saya memang tak mampu bergerak lebih. Terutama sekali bila anak saya waktu tu asyik meragam dan nangis sentiasa. Dengan tak cukup tidurnya dan sakit di bahagian tempat bedah saya jadi kurang rehat. Tiap malam anak saya tido pukul 1 pagi bila siang pula selalu nangis. Belum lagi kena bangun bancuh susu. Tidur satu jam penuh then kena bangun dan proses yang sama berulang. Nasib mak mertua dan kakak ipar saya bergilir tidur di rumah pada sebelah malam tolong apa yang patut. Terutama sekali bergilir memujuk anak saya. So siang tu saya mengambil kesempatan tidur sekejap sementara pembantu saya jaga anak. Nasib saya upah pembantu....


Kisah Pembantu

Pembantu saya kerjanya beri mandi, jaga baby, masak, cuci baju dan kemas apa yang patut. Dia juga sepatutnya tolong saya dari segi persiapan diri. Dia berumur dalam lingkungan 40an dan ada 4 orang anak. Masalah saya dengan pembantu saya ni ialah dia datang ke rumah saya pukul 8.30-9.00 pagi suami dia yang hantarkan. Lepas tu berborak dulu tak kira dengan siapa. Sampailah masa nak masak dan cuci baju. Anak saya lambat dimandikan. Mungkin macam tu style dia kat rumah sendiri. Saya nak buat semua benda tak larat sebab badan saya belum kuat dan masih sakit di tempat bedah. Takut kalau bergerak lebih meroyan pula. Dahlah bilik saya di tingkat atas.

Satu lagi pada hari pertama pembantu saya tak hantarkan makanan ke bilik instead saya terpaksa turun ke bawah untuk makan. So saya suruh dia bawa makanan ke bilik pada esok hari. Dan juga dia tak sediakan makanan malam saya. Sekali tu saya suruh dia sediakan makanan malam. Tapi selepas tu dia tak sediakan sebab takut sejuk katanya. Yelah dia balik pukul 5pm. Lagipun saya masih kenyang tapi sekurangnya dia sediakan juga. So husband saya panaskan dan sediakan makanan untuk saya sebelah malam.

Lagi satu masakan yang dimasak selalu masin dan kurang sedap. Husband saya pun cakap macam tu. Kakak saya pula beritahu dari rupa saja dia dah tahu masakan tu tak sedap. Sedap lagi masakan mak mertua dan kakak ipar saya. Saya ada tegur dia kurangkan garam. Tapi tak lama lepas tu masin balik. Dah pula tiap hari dia akan tanya saya nak makan apa. Sampai boring saya nak memikirkan menunya. Rasanya dia memang tak pandai masak masakan orang lepas bersalin dan mungkin juga takda pengalaman.

Bila tiba masa untuk berurut, bidan yang selalu urutkan saya sebelum ni datang ke rumah saya. Bidan tu datang awal dalam pukul 9.30 pagi. Dia pun hairan kenapa anak saya tak dimandikan dan saya tak diuruskan. Akhirnya bidan tu pula volunteer mandikan baby dan tolong mandi dan sapukan minyak ubat ke badan saya. Rupanya macam tu kalau bidan yang sebenar jaga. Bidan tu ada juga perli pembantu saya kerana lambat masak. Pembantu saya sepatutnya datang lebih awal dan masak untuk tengahari kemudian beri mandi baby dan bantu persiapan diri saya. Menyesal juga tak ambik bidan.

Apa yang baik tentang pembantu saya ni ialah dia tak balik waktu tengahari so saya boleh sentiasa minta tolong. Lagipun dia suka sangat mengemas. Sampaikan barang dalam bilik saya dikemas dengan rapi. Dan dapur saya sentiasa kemas berbanding sebelum....hehe.

Jaundice dan Meroyan

Kalau diikutkan baby selalu kena kuning selepas dilahirkan tapi sebaliknya saya yang kena kuning. Sebenarnya dari bulan ketujuh masa pregnant saya start kuning. So waktu berpantang ni doktor tak suruh makan ubatan kampung. Buat perhiasan je ubat nona roguy yang saya beli. Mungkin sebab tu saya selalu gatal waktu pregnant. Atas rasa prihatin mak mertua saya belikan supplemen elken 'Fitorac' untuk sakit kuning.


Fitorac ni mengandungi buah dan sayur organik terdiri dari 7 kumpulan warna dan semulajadi detox hati. Kalau pregnant boleh makan fitorac. Alhamdulillah kuning saya beransur hilang. Sekiranya saya pregnant lagi dan kuning menyerang semula, saya akan beli fitorac.

Oleh sebab saya tak makan ubatan kampung, saya cuma ambik pati ikan haruan saja. Supaya luka bedah sembuh cepat. Ubatan secara luaran pula saya cuma sapu minyak meroyan dan minyak berubat nona roguy ke seluruh badan. Cuma kadang-kadang saya tak sapu minyak di kepala. Maka akibatnya saya kena meroyan di kepala. Penyumbangnya juga saya selalu keluar rumah sebab pergi ke klinik kesihatan check tekanan darah sebab waktu nak beranak tekanan darah saya tinggi. Sambil tu nurse check keadaan baby. Dahlah sakit di tempat bedah terpaksa juga saya tahan sambil berjalan.

Meroyan di kepala rasanya seperti sesuatu menyucuk tajam di kepala. Sampaikan saya menangis tak tertahan dengan rasa sakit. Makan panadol tak jalan. Jumpa doktor cakap ini bukan migrain tapi angin. Makan painkiller pun tak jalan. Doktor cakap selepas kita bersalin liang roma di badan terbuka maka angin senang masuk. Sebab tu seluruh badan kena tutup. Kalau kita breastfeed liang roma tadi akan cepat tutup dan rahim cepat pulih. Saya dahlah tak breastfeed dan tak makan ubat kampung lambatlah nak sembuh. Maka senang kena meroyan.

Saya minta pertolongan bidan yang mengurut saya. Esoknya dia datang dan saya disuruh berpilis. Meletup kulit kepala saya dibuatnya sebab bahan dalam pilis tersebut hangat dan pedas. Alhamdulillah selepas dua hari sakit meroyan hilang. Walaupun dah hilang saya tetap berpilis untuk elak datang semula. Mulai hari tu saya elak kipas angin menumpu ke arah saya.


Anak Meragam

Anak saya selama sebulan meragam sebab kempung perut rasanya. Sengsara jugalah melayan anak meragam sebab pada masa ni kasih saya pada anak belum kuat. Disebabkan juga saya berasa sakit di tempat bedah dan asyik memikirkan diri saya sendiri untuk pulih. Saya bertuah juga sebab mak mertua dan kakak ipar sudi membantu bila suami memohon pertolongan. Mengharapkan suami saya dia tiada pengalaman.

Mak mertua saya mempunyai satu cara mengeluarkan angin dalam badan menggunakan telur dan cincin silver. Mula-mula tu saya sangsi yelah macam mana telur boleh keluarkan angin dalam badan. Dia dapat petua ni dari seorang bidan dari mukah. Telur tersebut direbus dengan api kecil supaya kulit telur tak pecah. Pastikan telur betul-betul masak. Lepas tu dibuang kulit dan dibelah dua. Letakkan cincin silver yang warnanya bersih tak hitam di tengah dalam telur dan tutup semula. Balut telur tersebut dengan kain yang nipis dan pastikan telur masih suam dan sapukan ke seluruh badan terutama sekali di bahagian perut. Bila selesai buka telur tersebut dan lihat warna cincin silver. Kalau hitam bermakna banyak angin dan proses yang sama perlu dilakukan selalu menggunakan telur yang baru sehingga cincin berwarna kekuningan. Terpulang kepada seseorang percaya atau tak. Tapi saya dah cuba. Cara ni lambat.

Oleh kerana mak mertua saya risau melihat keadaan anak saya, dia suggest suami saya pergi farmasi beli ubat untuk baby kembung perut. Sebelum ni saya ada beli gripe water tak menjadi. Atas cadangan orang farmasi, suami saya beli ubat Disflatyl. Harganya dalam rm20 ke atas. Alhamdulillah selepas mengamalkan ubat tersebut selepas sebulan anak saya kurang meragam. Saya seorang dapat menjaganya berbanding sebelum ni.


Bila dikenang kembali semasa berpantang dan sekiranya saya pregnant lagi saya akan lebih bersedia. Saya akan buat list baru persiapan untuk berpantang pada masa hadapan.



15 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum siti..wah lama betul tak update blog..airin tertunggu2 jugak kabar dari siti..syukurlah anak tak meragam lagi.tapi kena jugak bersabar selagi anak masih bawah sethn..banyak jugak yang siti alami dalam tempoh berpantang ye..
1)anak meragam
2)sendiri jaundis dan meroyan
3)pembantu tak berpengalaman
harap siti bersabar lah dalam menempuhi semuanya. AIRIN

Anonymous said...

Siti bernasib baik ada pembantu yang diupah.macam airin.airin yang kena buat sendiri.yelah nak harap kan siapa lagi.harapkan mak ,hanya untuk jaga anak dan yang ringan2 je.yang lain..airin buat sendiri.sakit bersalin tak terkira sakitnya..
beruntung siti ada mak mertua dan kakak ipar yang membantu.syukurlah.
nanti kalau pregnant lagi mmg kena buat list baru..tiap2 anak tak sama..
ok lah siti..nanti update lagi tau..baby sekarang dah 5 bulan kan..mesti dah pandai senyum atau apa2 lah kan.

Anonymous said...

Lupa nak bagitau..kalau ada masa tu ..sudi2lah uploadkan gambar anak ye..:-)

Siti Salina said...

wsalam...
terima kasihlah kerana selalu baca blog saya. Airin saya terpaksa ambik pembantu sebab mak dah takde, pengalaman pertama bersalin dan mak mertua saya bekerja. Saya taknak susahkan sesiapa. Insyallah saya akan uploadkan gambar terkini anak :)

mommyAmberena said...

waktu berpantang bg sy adalah saat yg paling genting. dgn takde pengalaman, anak firstkn. jd sume kne urus sendiri.mak sy bekerja. cuma blh tgokkan pg n lps blk kje je. bayangkanlah... dgn nk brestfeed anak, nak mkn, nak mandi, dgn sakit lagi, penat, kurang rehat sume tu buat sy menangis berkali2 dlm shari.bertanggas, bertungku lgsung x sempat, Tp, Tuhan jdikan kita kuat.. sy gagahilah jugak smpai 44hari.

Siti Salina said...

hi mommy,
awak memang cekal.Kalau saya pun akan menangis juga. Apa yang tak bestnyer anak saya meragam dan nangis siang malam terpaksa sentiasa kena layan walaupun saya tak breastfeed. Kalau takde orang tolong bergilir pujuk memang penat. Dengan pengalaman ni kalau kali kedua saya berpantang tahulah saya nak handle.

Anonymous said...

sy pun tgh pntg ank ke2 skang ni...bersalin czer juga..mmg seksala berpantang czer ni tanpa bantuan sesiapa...mak jaga hanya semggu..sbb ayah x sihat kat kg...sampai menangis sy bila ank 1st umur 2tahun meragam tiap2 mlm..baby yg meragam juga...tak cukup tido,letih,,,mkn pun tak menentu...breakfast mmg skip...lunch pun kul3,4 pm baru makn...sedih n serik bila kenangkan berpantang sorang diri ni...ngan sakit kat tpt luka ni mmg x boleh nak bergerak sgt..tapi kerana terpaksa kena buat juga semua kerja...

Siti Salina said...

salam
awak terpaksa kuat semangat. memang sakit selepas czer. Saya dulu ok selepas 3 minggu. Bagi saya dalam situasi awak saya akan upah orang dipercayai jaga anak pertama sebelah siang. Sebelah malam pula suami jaga. Suami bila time berpantang kena berkorban sebab dah takde orang lain minta tolong. Kalau lewat makan, makan biskut dulu supaya tak gastrik. Saya kalau makan lewat mudah gastrik. Kalau suami takde nampaknya awak kena upah orang tolong awak. Paling bagus bidan atau org yang arif bab berpantang dan jaga budak.

Anonymous said...

salam, nak tanyak berapa upah sebulan utk org yg tlg ktk masa pantang. tgh crk juak.

Anonymous said...

tpt saya ada..

Siti Salina said...

Upah kmk waktu ya dalm rm1300 mun sik salah kmk. Dah lupa. Bgs ambik bidan benar. Kmk ada sorang bidan yg kmk kenal tp nya mahal.

Anonymous said...

assalamualaikum nana..kitak c-zer masa pantang kali pertama. kinek tok mesti dah ok kan..bila lagi tu? menabah zuriat. nana, setiap anak lain2 olahnya. pengalaman jak yang bantu kita kelak..harap baby ke2 nana kelak xberolah kan..

Anonymous said...

ketika berpantang;

elakkan berangin. contoh jangan pasang kipas angin terus menuju kita. aircond kalau boleh elakkan

pakai skaf atau tudung. senang.selalu sapu minyak hangat kat kepala. minyak meroyan lagik2 lah.mun dapat sapu seluruh tubuh.

pakai stokin.

mandi air suam.jgn mandi air sejuk.

minum air panas.

jangan makan makanan yang bersifat tajam dan sejuk..

mun anak mergam. pakey minyak jerslin. mun sik campur minyak dgn sedikit habbatussauda..


haNNA Jannah

Anonymous said...

salam siti,

lamak benar sik update. lupak maok komen. mun anak laki. mun nya meragam ada cgek hal juak. kemaluan anak lelaki kita ya maok selalu diuurut. biasa cdak akan nangis bila angin ngasak kat kemaluannya..mun org srwk madah makey minyak bigik.

haNNA Jannah

Anonymous said...

nice blog. cuma nak tanya. kakak tak tolong ke.?


vv