Monday, October 31, 2011

Freezing Food For Baby Ihsan

Saya sudah ditegur oleh nurse kerana carta tumbesaran anak kurang memuaskan. Nurse cakap anak kurang zat walaupun berat badan ada sedikit meningkat. Waktu itu, anak berumur 7-8 bulan. Ihsan juga sering demam dan batuk dan tiada selera makan. Bila sembuh kena pula oral thrush. Suami tegur dan kata saya malas masak untuk anak. Mungkin benar. Saya selalu bagi anak makanan cereal dalam tin masa tu. heheh

So saya tanyalah isteri abang saya yang jaga ihsan dapat tak dia masakkan makanan untuk ihsan. Dia jawab tak pandai sedangkan dia dah ada 3 orang anak. Saya tak mempersoalkan balik sebab saya rasa dia tak nak masak untuk ihsan. Suami pula nak suruh kakak dia yang masak untuk ihsan.Takkanlah saya nak suruh kakak suami masakkan. Malu saya. Saya tak malu tanya isteri abang sebab dia juga tolong jagakan anak kakak saya sejak lahir lagi dan masak juga. Mungkin kakak ipar saya rasa letih sebab dah jaga dua orang anak saudara.

Mahu tak mahu saya kena masak. Caranya ialah dengan bekukan makanan yang dah dimasak untuk disimpan selama seminggu. Saya dapat idea ni setelah google banyak website. Bagi mom yang tiada masa untuk masak selalu bolehlah guna cara ni. Saya akan luangkan masa untuk masak makanan ihsan pada hari sabtu. Agak lama juga masak sebab buat stok untuk seminggu.

Selalunya saya masak sup ikan, ayam atau daging dicampur dengan sayur. Lepas tu di blender. Untuk satu minggu saya buat dua macam makanan. Misalnya labu dikukus dan buat sup ayam. Labu + sup ayam jadi satu dish dan lobak + sup ayam satu dish lagi. Makanan tu takde garam tau. Selain tu saya buat ikan bilis digoreng tanpa minyak kemudian di kisar. Sama juga dengan beras. Bila dimasak tak perlu diblender lagi. Kadang-kadang saya bagi buah. Paling best bagi Japanese sweet potato sebab manis. Ihsan dan saya suka makan ni.

Makanan yang diblender saya masuk dalam bekas kiub ais yang berpenutup untuk dibekukan. Bila dah beku baru dimasukkan ke dalam plastik ziplock untuk disimpan dan diberi kepada kakak ipar. Dia cuma panaskan makanan je. Kalau ada microwave lagi cepat. Bubur saya tak bekukan cuma disejukkan dalam petiais. Saya harap carta tumbesaran ihsan semakin baik walaupun sekarang 10 bulan carta masih tunjuk sedikit kekurangan zat.




Bekas Kiub Ais yang digunakan



Saya beli dari Giant




Kiub makanan yang dah dikeluarkan






Disimpan dalam plastik ziplock






Steamer rack saya guna untuk steam makanan ihsan. Saya cuma letak dalam kuali yang berpenutup. Ni saya beli dari cosway. Tempat steamer yang saya ada bulky so malas nak guna.

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum.
bagi bayi yang usia 6 bulan ke atas.kita sebagai ibu mmg kena perlu prihatin dengan pemakanan bayi.ada satu blog yang selalu juga saya baca berkenaan permakanan bayi .http://maikorner..
buat baby ihsan semoga cepat2 membesar dengan sihat.dulu saya pun ada masalah sebegini jugak.saya kadang2 campurkan cereal dalam air susu..jadi baby ihsan boleh kenyang.nanti kita kongsi lagi..

doktor tempat irene selalu rujuk bagi multivitamin..alhamdulillah..dah ada peningkatan..

Anonymous said...

siti jangan pulak malu dengan kakak ipar siti.siti umpamakan seperti isteri abg siti jugak.kita adik beradik ipar ni.perlu saling tolong menolong.melainkan kakak ipar siti tu bekerja.
tahniah jugak buat siti.kerna menyahut cabaran suami yang kata siti malas.bukan malas.tapi penat.walauapapun..siti dah ada usaha untuk baby ihsan..ok c u @ ur new n3 again.