Saturday, November 28, 2009

Menu Plan Week 3 November 2009

This whole week i didn't cook. I had my period pain plus gastric pain on tuesday. Luckily my period pain gone the next day. But my gastric still there and i was on mc for three days and on friday i couldn't stand it anymore and ask for my Ranitidine injection to relieve my gastric pain. Few hours after that i began farting the whole time. Frequently i wakeup middle of the night and feel burning at my upper abdoman. To soothe it i ate crackers and drink warm water. Trigger to my gastric would probably durian and i only ate one piece. Now is durian season.

Furthermore, long term taking prednisolone (one of sle medication) will thinning the stomach wall and i'm a gastric sufferer too before i have sle. Meaning my stomach become more sensitive. Durian maybe magnify the impact.

However, on sunday, when the pain nearly gone, i manage to make pumpkin soup from half of a small pumpkin which i bought at Pasar Tani a few days before. The soup is better serve with french baguette. But i ate all of my baguette before i could think of making this soup :(.

Pumpkin Soup

Ingredient:
  • Pumpkin cut into medium/small size










  • Big onion (in my case i ran out of onion so i use shallot)
  • Vegetable soup granule (better use chicken or prawn stock )









  • Cream to get rich creamy taste (optional)










Method:

  1. Fry the onion with a spoon of oil. I use olive oil.
  2. Then fry the pumpkin for a while and put in enough water to cover the pumpkin. Cook the pumpkin till soft and let it cool down before putting into a blender. If you have hand blender is much easier as you do not need to transfer anything.
  3. Whisk the cream first from the can to make it lighter and put some into the soup just before you eat. It is a healthy supper or snack and if you are more consent on the fat in the cream, avoid it.

Tuesday, November 24, 2009

Menu Week 2 November 2009

Monday Dinner aku tak masak sebab ada jemputan makan arwah atau makan hol dalam bahasa sarawak. Hanya masakan pada hari rabu je aku dapat snap. Entah berapa kali aku masak. Tapi yang pasti aku ada makan kat luar. Tak elok makan kat luar selalu sebab makanan kat luar banyak menggunakan msg dan tak tahu kebersihan penyediaan makanan. Paling penting kena upkeep dengan budget. Nampaknya aku kena buat food journal sendiri.
Lebih baik kalau aku tahu macam mana nak mengira kalori. Bercerita pasal kalori, kalau boleh aku nak kurang berat badan sekurang-kurangnya 5kg. Have to watch my food intake.
Wednesday, Dinner
(Sayur kobis goreng, Ikan bilis goreng, Bergedil tauhu & Sup ayam)


Sunday, November 22, 2009

Bergedil Tauhu

Masa makan nasi campur kat kedai depan ofis beberapa bulan lepas aku tengok lauk macam bergedil tapi tak, macam cucur pun ada. Sebenarnya tauhu dilecek buat macam bergedil. Sedap juga siap beli lebih untuk makan kat rumah balik nanti. Tapi tak sampai pun, bila balik aku dengan kakak aku habiskan dalam kereta. Bila diamati aku dah agak macam mana nak buatnya. Bila aku check kat dalam website 'myresepi' adela pula resepinya. Samala pula resepinya dengan aku cuma boleh diubah suai intinya mengikut citarasa sendiri. Ada yang letak udang or minced meat. Inilah resepi bergedil tauhu versi aku.

Bergedil Tauhu

Intinya:

  • Tauhu dilenyek
  • bawang merah dan daun sup dihiris kecil
  • Lobak merah diparut
  • Telur dipukul
  • Garam / ajinomoto
Campur kesemua bahan kecuali telur seperti dibawah:

Kemudian buat bulat-bulat macam buat bergedil. Bila habis, celup dalam telur dan goreng dalam minyak panas. Simple tu je.

Saturday, November 21, 2009

Menu Week 1 November 2009

Monday, Dinner

(Sayur taugeh, udang, telur dadar & dabai)

Ha..ni lah dinner kami dua minggu lepas. Baru nak paparkan. Malam tu kitaorang makan udang sambal, sayur taugeh, telur dadar dan dabai. Semuanya cepat masak. Kenalah cepat sebab semua dah lapar time tu. Nasibla udang aku dah buang kulit awal-awal masak guna sambal yang sedia buat dalam peti ais. Sayur taugeh pula tak lama masak. Hujung minggu tu aku dah siap kupas segala bawang untuk digunakan sepanjang hari bekerja next weeknya. Kenalah buat macam tu kalau tak lambatla aku nak masak. Dahla masak + mengemas tu ambik masa one hour.

Tuesday, Dinner
Fried mee with hotdog

Teringin nak makan mee dan hari tu baru beli hotdog. Mee tu jenama Lee Fah Mee direbus kemudian digoreng bersama bawang putih, lobak merah, parsley kering, kicap dan cili. Dirumah waktu tu cuma ada lobak merah kalau ada mix vege lagi bagus. Parsley tu letak sajeje tapi kalau ada daun bawang lebih sesuai.

Hari lain yang takde menu tu maknanya aku tak masak hehe. Nampaknye aku makan kat luar. Dua hari je masak.

Tuesday, November 10, 2009

Buah Dabai

Buah Dabai

Sesiapa yang berasal dari semenanjung malaysia tentu tak tahu pasal buah ni. Ini kerana buah ini hanya terdapat di Sibu, Sarawak dan dikatakan buah zaitun sibu. Nama saintifiknya ialah Canarium Odontophyllum. Bijinya macam bola ragbi bersegi tiga. Rupa buahnya berwarna putih sebelum masak dan menjadi biru kehitaman bila masak. Isinya berwarna kuning dan mengandungi protein, lemak dan karbohidrat. Rasanya lemak-lemak ala avocado.
Kalau datang ke Sarawak dan kebetulan musim buah dabai, beli dan cubalah rasa sendiri. Buah dabai yang dijual di pasar ada bermacam. Ada mahal dan murah bergantung kepada kelemakan atau kualiti buah tersebut. Buah ni tidak boleh dimakan begitu saja. Cara makannya ialah rendam buah ni dalam air suam panas selama beberapa minit sehingga isinya lembut bila ditekan. Buang air rendaman dan bolehlah digaul dengan garam atau dicecah dengan kicap. Sedap tau! Makan dengan nasi panas.
Buah ni boleh dijeruk dan akan berwarna keunguan. Jeruk pun sedap dan jika pergi ke kedai makan di Sarawak ada juga yang menjual nasi goreng dabai yang menggunakan dabai jeruk. Cerita pasal dabai ni teringin pula nak makan.

Monday, November 2, 2009

Perginya Seorang Ibu

Saya tiba-tiba teringat kembali kepada arwah ibu (Jamilah Lias) yang telah pergi pada mei 2005. Mungkin ini mengingatkan saya agar mendoakan kesejahteraan dirinya sebagai seorang anak yang taat kepada kedua ibu bapa. Ibu seorang yang garang dan tegas. Tetapi di dalam ketegasannya itu ada kelembutan seorang ibu kepada anak. Dia sangat menjaga kebajikan anaknya. Pernah pada ketika itu saya membeli nasi dagang. Secara tidak senjaga beberapa bungkusan nasi telah habis di makan family tanpa saya merasa. Mungkin kerana dirinya rasa bersalah atau kesian dan melihat saya kempunan, esok harinya saya terkejut dirinya memasak nasi tersebut. Tanpa diketahui mak tahu membuat nasi tersebut.

Kematian mak merupakan suatu impak yang besar dalam hidup kami sekeluarga. Sedikit demi sedikit ia mengajar kami erti kematangan. Kalau sebelum ini, mak yang memasak di rumah kerana dia seorang surirumah, tapi sekarang saya yang memasak. Dulu Abang-abang yang telah berkahwin masih selalu datang menjenguk untuk makan tapi sekarang tidak. Kalau dulu, semua hal barang keperluan rumah dan stok makanan mak yang uruskan. Sekarang saya kena mengambil tahu urusan rumah. Pertukaran ini merupakan drastik kerana mak pergi dalam sekelip mata pada petang jumaat tanpa tanda-tanda sakit yang serius. Lebih menyedihkan apabila mak pergi di rumah tanpa sesiapa disisi. Ketiadaan seorang ibu pada usia muda begini merupakan suatu yang mencabar.

Tuhan lebih menyayanginya. Ini semua kuasa tuhan. Kematian memang tidak dapat diduga. Kematian menyedarkan saya erti keinsafan dan betapa besarnya kuasa tuhan. Tanda-tanda kematian sudah ada. Tetapi tidak terfikir. Mak pernah koma dua tahun sebelumnya kerana masalah asma dan jantung. Oleh kerana kesihatan mak semakin baik maka tidak terfikir akan ada kejutan.

Saya pula rasa kesian melihat mak tapi tidak terluah. Tidak pula saya membantunya ketika itu. Maka saya mencadangkan agar mengambil pembantu rumah untuk menolong mak kerana bimbang akan kesihatannya. Sekurang-kurang dia ada teman di rumah. Tetapi dibantah oleh mak.

Tiga malam sebelum pergi ahli keluarga di sibu mencium bau wangi di luar rumah. Oleh kerana pelik, makcik saya cuba mencari sumber bau tersebut dan mencium setiap bunga di luar rumah. Tidak juga berjumpa. Kakak saya di rumahnya mencium bau seakan-akan minyak atar lalu memarahi anaknya kerana bermain minyak sedangkan tidak. Saya pula memerhati ibu pada malam jumaat masih dengan perasaan kesian. Malam itu dia hanya tunduk dan diam walaupun saya bising menyanyi. Apabila saya naik tangga hendak ke bilik saya tercium bau wangi seakan bunga. Bau bunga yang tidak pernah saya cium. Saya terhenti seketika dan memerhati sekeliling sudahlah lampu rosak hanya mengharapkan lampu kuning kecik. Dalam hati, saya mengharap tidak ada apa-apa pelik. Kakak ipar saya pula lagi best. Mimpi malam sebelum mak meninggal. Terlihat khemah dipasang dan ramai orang datang ke rumah. Dalam kebanyakan orang, hanya mak seorang jelas kelihatan. Mak memakai pakaian serba putih dan senyum melihat orang datang. Abang saya pula resah mendengar mimpi itu. Lalu waktu petang pergi menjenguk mak tetapi sudah tiada.

Semua orang tidak menyangka akan kematian mak. Jiran datang menolong pada masa kesedihan melanda. Mereka membantu mengemas mana yang mampu. Kami sudah buntu. Hanya bacaan yasin terkumat kamit dari awal malam ke subuh saya tidak tidur. Esok pagi kami adik-beradik perempuan tolong memandikan arwah mak dan mak selamat dikebumikan.

Sesiapa yang masih mempunyai ibu maka hormatilah, sayangi dan doakan ibu bapa dalam keadaan sejahtera. Kasih sayang mereka tidak ternilai.

Sunday, November 1, 2009

Menu Plan Dibawah

Dah lama aku tak update blog sebab macam-macam berlaku pada waktu tersebut. Lagipun kalau nak berblog ni kena ada sesuatu yang nak diperkatakan. Sebelum ni aku guna bahasa inggeris tapi sekarang nak cakap melayu pulak. Menu plan bawah tu sebenarnya menu lama beberapa bulan lepas belum di publish. Alhamdulilah sekarang ni aku dah ok dari sakit teruk. So boleh la aku start beritahu menu plan aku.

Menu Plan

I have been thinking to put my weekly cooking menu plan. As a wife, thinking of a menu for the day is tiring. Since i start my blogging, i searched for other blogger for a new idea. I start cooking mostly at 6pm after i came from work. It is tiring because not only cook, i have to do the washing and cleaning. For a person who suffer SLE, i cook for two days and the next day i eat outside means i'm resting. I tried to cook everyday but i can't. Below is the picture of my first experiment beef noodle with roasted tomato. The reason i roast the tomato is because i like roasted, sweet and sour taste. Roasted onion also taste sweet. Actually i wanted to try the way they make mee kolok. Mee kolok is a famous mee in sarawak. I'm not really good at cooking but i tried.



Friday, Dinner
Beef Noodle with Roasted Tomato




Ingredient:


  • Dry noodle (cooked and drain)

  • Garlic (chopped)

  • Chillies (chopped)

  • Soya sauce

  • Vegetable Oil

  • Sesame Oil

  • Salt and Pepper

  • Cooked Beef cube

  • Tomato and bombay onion (roasted in the oven)

  • Boiled egg
  1. Fry the garlic with some oil. Save the garlic oil. If you have ready made garlic oil no need to fry the garlic.

  2. Mix garlic oil with the noodle. Just put a little oil at first. Then sesame oil, soya sauce, salt and pepper.

  3. Taste and lastly, put beef, egg, tomato, onion and chillies.