Saturday, May 1, 2010

Cerita merancang untuk pregnant.

Masa saya kahwin dulu, jiran depan rumah pun kahwin dan kawan husband pun kahwin. Jarak masa kahwin kami seminggu. Seminggu sebelum jiran saya, saya then kawan husband. Isteri kawan husband lepas sebulan dah mengandung. Bunting pelamin. Waktu ni kami tak menginginkan anak....masih nak enjoy dan saya masih sakit. Orang asyik tanya dah berisi ke belum. Saya cakap belum masih nak enjoy. Ada orang cakap oh kesian bila saya cakap belum. Saya cakap memang belum mahu pun. Bila saya merancang, saya jawab belum ada rezeki lagi.


Jiran saya waktu tu beria-ria nak dapat anak. Diaorang cakap usia kita semakin meningkat so diaorang nak anak cepat. Saya dengan husband dengar je. Diaorang cakap diaorang pergi berurut. Husband n wife berurut sekali untuk dapat anak. Adelah air tukang urut tu bagi kat diaorang. Tup-tup dua bulan lepas tu pregnant jiran saya. Sekarang dah beranak anak lelaki. Syukur kepada mereka. Saya pula tak mahulah pergi berurut. Saya merancang ikut body clock.


Masa mula-mula nak merancang untuk pregnant, tiap-tiap bulan saya catat tarikh permulaan period. Saya catat dalam handphone je. Segala reminder saya catat dalam hp. Bukannya hp canggih macam iphone tapi hp nokia biasa je yang takde camera pun. Masa tahun 2008 waktu sakit, cycle period saya tak menentu. Bulan lepas cycle nyer 25 hari lepas tu 31 hari then 26 hari. Kira bilangan hari cycle tu tak tentu. Bila dah saya dah sihat, bilangan cycle tu dapat dijangka. Dalam 24 days or 28 days je. Mencatat tarikh cycle ni memudahkan kalau pregnant, senang nak jawab pertanyaan doktor. Soalan pertama dia tanya bila tarikh bermulanya period yang terakhir kita alami. Dari situ doktor akan kira usia kandungan.


Tarikh ditengah cycle tu kemungkinan waktu subur. Kalau saya mungkin hari ke 12 atau 14. Maka dalam minggu ni suami isteri kenalah seksually aktif. Dalam minggu ni tak semestinya kita kena tiap-tiap hari membuat hubungan intim. Dari pembacaan saya dalam internet, sperma boleh bertahan dalam badan wanita selama 2 hari. Tetapi ovum, telur wanita hanya bertahan sehari je. Mungkin lebih baik melakukan hubungan intim sebelum waktu subur dan sehari selepas. Alhamdulillah selepas 6 bulan saya pregnant.Setakat ni saya dah 5 minggu pregnant. Kalau tak nak pregnant maka elak melakukan hubungan intim masa ni.


Tergerak hati nak beli pregnancy test sebab rasanya saya 2 hari lewat. Malangnya saya tak catat tarikh sebenar mula period bulan lepas. Terlupa. Bulan sebelum tu saya catat. So saya main agak tarikh tu. Waktu mula pregnancy saya kerap kencing waktu malam. Ganggu waktu tido. Takut pula kalau kencing manis sehingga beberapa kali lewat turun kerja. Nasib saya tak mengalami morning sickness. Cuma saya cepat berasa letih dan kena tido awal dari waktu biasa. Selain tu breast terasa bengkak sikit dan tegang. Sometimes pening kepala tapi tak teruk dan tak berlanjutan sepanjang hari. Kiranya saya tak mengalami simptom yang teruk. Nasib.

3 comments:

Anonymous said...

salam. tahniah. em nk tanya ni sy keliru skit ni. time mkn ubat bleh ke pregnant? doktor mmg kasi ke? hehe

Siti Salina said...

hi anonymous, thanks....time pregnant boleh makan ubat sle. Tengok juga jenis ubat tu. Kalau losartan tak boleh ambik. Sebab tu kalau merancang nak pregnant kena bagi tahu doktor dulu supaya dia boleh bagi nasihat. Boleh baca bahagian 'I'm pregnant and overweight'. Lain ubat yang saya tengah ambik tu selamat cuma saya tak boleh breastfeed my child nanti.

Hana said...

oo mcm tu ea.. terima kasih utk info ni yea.. sy harap baby & kak salina sihat selalu ye.. =)