Friday, October 15, 2010

Checkup At Hospital

Rabu lepas saya pergi checkup di hospital umum sarawak untuk scan baby. Bila dipanggil doktor tu suruh suami saya keluar sebentar sebab kata nak check bahagian bawah saya. Dah bermain difikiran apelah doktor ni nak tengok kat bawah tu. Tak pernah sebelum ni doktor lain tengok.

Rupa-rupanya dia nak tanya tanda biru pada mata sebelah kiri saya. Adakah saya ada masalah di rumah. Sebenarnya saya ada birth mark sebelah kiri muka warna kebiruan. Kalau orang salah anggap memang macam kena pukul.

Nasiblah saya dah buat laser kat bahagian dahi sebab ramai sangat orang bertanya dan concern. Cuma saya tak buat laser kat eyelid bahagian mata sebab doktor laser cakap tak payahlah nak buat laser kira macam eyeshadow jelah. Takut apa-apa terjadi bila laser bahagian tu yelah dekat mata. Kiranya dah 90% birthmark saya takde.

Doktor gynae taklah betul-betul nak check bahagian bawah saya saja je cakap kat suami suruh dia keluar. Doktor cakap ade juga patient dia ada masalah di rumah. Muka lebam. Diaorang akan cakap bila doktor bertanya. Kesian pada mereka tu.

Bila scan doktor kata semua ok. Ada dua pertanyaan saya pada doktor:

1) Saya nampak perut saya ni tak besar macam orang lain. Yelah dah kira masuk 7 bulan. Kecik je. Risau saya.
2) Jantina baby.

Bila saya ajukan soalan pertama tu dia cakap berat baby sekarang 950g. Kira kecik tapi masih dalam range normal bagi kategori melayu dan cina. Perkembangan bayi ni macam dalam week 27 instead of week 29. Dia check uri dan cakap normal. Kemungkinan kerana saya ada penyakit SLE sedikit sebanyak ada kacau berat bayi. Bagi yang sakit SLE boleh check info yang saya jumpa kat web ni
SLE and Pregnancy. Saya baca SLE boleh menyebabkan bayi lahir kurang berat badan. Sebenarnya ada beberapa lagi risiko. Bagi yang berminat bolehlah baca kat web tadi.

Yang penting bagi saya bayi saya lahir sihat dan normal. Doktor kemudian buat carta perkembangan bayi dan suruh jumpa lagi next week untuk pastikan semuanya ok. Air ketuban saya pula kurang. So saya assume saya perlu minum banyak air. Rupanya tak perlu...doktor cakap baby belum kencing dan air ketuban tu air kencing baby. Baru saya tahu air ketuban tu air kencing baby.

Bagi soalan kedua soalan cepu mas. Doktor cakap kemungkinan baby boy. Dia cakap kalau silap jangan salahkan dia. Masih juga tak pasti....tapi sekurangnyer dapat juga saya clue.

Punyalah banyak appointment saya dalam minggu ni. Hari isnin jumpa eye doctor, rabu appointment gynae, jumaat pergi checkup di klinik kesihatan ibu. Hari isnin depan ni pula pergi check heart di klinik kesihatan ibu di tempat lain. Bila dah masuk 7 bulan dah semakin kerap saya jumpa nurse di klinik kesihatan. Sebelum ni sebulan sekali sekarang dua minggu sekali. Habislah cuti saya sebab cuti saya dah minus kira unpaid leave. Tapi saya ada cara dengan meminta izin keluar ke klinik asalkan tak terlalu lama. Kalau pergi awal klinik dalam dua jam dah selesai so taklah kena potong gaji.

4 comments:

chokeLy said...

^_^

sy da jelajah blog ni..
sy bru je diagnose SLE..
sofar da 4 buln lps..

hrap kite le jdi frenz ye..^^
n sy hrap dpt bljar byk dr akak..
coz sy msih bru n xtau ape2..
hrp dpt beri tunjuk ajar.. ~^^

-chokely
chokely.blogspot.com

Anonymous said...

salam siti..busy benar ..nanti kandungan dah 9 bulan lagilah selalu...seminggu sekali..sampai dah nak bersalin.dan yang check bawah tu.nanti memang akan kena check.bila dah tiba masanya.harap bersabar bila doktor check kat situ.sbb masing2 ada caranya. ok nanti sambung lagi

Siti Salina said...

-hi chokely, salam perkenalan. Harap awak bersabar dan sentiasa berdoa agar kesihatan awak semakin pulih. Rajin-rajinlah search pasal SLE. Daftarlah dengan PSLEM.

-Anonymous: nampaknyer kena bersedia bila check part tu. Harap semuanya baik dan tiada masalah.

Nur said...

hai salina. saya dh peknen dah. baru 2 bulan lebih. tp doc xpasti lg jangkaan tarikh due sy sbb baby kecik sgt. tp syukur sgt2 sbb sle sy semakin baik n kebetulan @ kuasa ALLAH, sy di sahkan peknen. rupa2nya byk kali kite kena g klinik utk cek up kan bila dh ngandung nie. special betul pesakit sle yg mengandung kan...hehe. moga2 awk selamat bersalin. awk doakan saya jugak ek. saya nie tgh risau sbb bru blk dr pulau nie...aritu naik bot, ombak kuat. harap2 baby ok...insyaAllah amin...