Rasanya perlu tak confinement lady aka bidan jaga kita waktu lepas bersalin? Bagi saya yang baru pertama kali ni rasanya perlu. Sebab utamanya ialah mak kandung saya dah takde dan mak mertua saya pula bekerja. Semua orang terdekat disekeliling saya ni bekerja. So kenalah berkorban part tu. Kalau yang dah ada pengalaman tu mungkin tak payah. Cuma panggil bidan bila time berurut je. Macam saya ni masih belajar dan belum ada pengalaman memang perlu penjagaan selama 44 hari....cewah.
Semasa saya tengah sakit or kena flare sle dulu, saya selalu berurut dengan tukang urut ni. Kakak tu seorang bidan. Bila ditanya brape upah jaga 44 hari. Punyalah mahal...RM2000. Kerjanya beri mandi baby, bantu mak baby dalam segala hal ubatan dan masak untuk mak baby serta berurut. Bidan ni datang sendiri ke rumah tak payah diambil. Saya rasa tak mampu nak bayar sebanyak tu. So saya pun bertanya pada sedara lain dan kawan kalau ada bidan lain yang lebih murah. Minta tolong jiran depan rumah ni dia nak kalau saya beranak bulan depan. Sebab sekarang ni dia free. Oleh kerana saya dijangka bersalin akhir december ni jiran ni tak pasti dapat sebab dia jenis orang bergerai.
Akhirnya ada dua pilihan. First tu bukan bidan. Adik kepada isteri pak sedara sebelah suami. Dia pernah jaga orang lepas bersalin dan kenal bidan lain untuk berurut. Upah nyer RM1200. Kerjanya beri mandi baby, tolong mak baby segala macam hal, cuci dan jemur baju. Kalau suruh masak boleh kenalah tambah sikit. Sedara ni rasanya tak payah diambil dari rumah. Suaminya akan hantarkan. Ok ke tak?
Satu lagi ni memang bidan dapat dari seorang kawan. Bidan muda. Upahnyer seribu keatas tak tanya amount sebenarnya. Tugasnyer sama macam bidan first yang mahal tadi. Bidan first yang mahal tu saya dah selesa dan kenal. Waktu pregnant ni pun saya masih berurut dengan dia. Saya cakap kat dia yang saya akan dijaga oleh sedara saya nanti. Minta dia urut saya waktu pantang je nanti. Malang nyer dia kena book oleh orang lain yang jarak waktunyer dekat dengan saya. La kena cari tukang urut lain. Bidan ni cakap kalau cari tukang urut lain pastikan orang tu pandai 'pulang' or 'mulang' dalam bahasa saya. Ape ke benda 'pulang' ni tak tahu. Nasiblah mak sedara dan adik nyer tahu tukang urut lain. Tukang urut lain tu bekas bidan sebenarnyer tapi dah tak larat nak jaga orang lepas bersalin. Dah tua kot. So berurut je dapat.
So keputusannyer saya pilih adik mak sedara ni......:)



8 comment:
Bestnya kalau dapat confinement lady yang tau urut2!!!
Lama jugak ya, confinement 44 days.
salam siti..wah dah mula cari confinement lady ye..keperluan paling utama tu..sebab bagi siti yang baru pertama kali berpantang..byk benda nak kena bantuan. bidan ni jaga dari jam brp hgga jam brp..sbb waktu malam ada lah waktu paling memerlukan..harap siti dimudahkan dalam mengharungi waktu berpantang..rajin2 lah bertapal..berurut..berpilis..yang paling menyeramkan buang air besar..jangan meneran ye..takut rahim jatuh..siti tak susu baby?
salam to siti an alls..buat siti moga sihat dan bersabar dlm mengharungi tempoh mengandung. dalam 2 bulan lagi siti akan bersalin..moga dipermudahkan..nanti kalau kandungan siti dah masuk 8 bln..kalau siti drive sendiri kena stop dulu..minta hubby hantarkan ke tpt kerja..lgkh berjaga2..dan jgn lupa sediakan air selusuh dan hafal doa nabi yunus ( doa taubat ).
ok c u again
untuk berkongsi maklumat..siti boleh layari ummichildcare.blogspot. ada doa yang siti boleh amalkan..
Thanks to everyone yang bagi komen dan nasihat.
Lupie: confinement for malay usually 44 days to 60 days. Rasanya tak sanggup sampai 60 days.
Boleh saya tahu sape anonymous semua yang bagi komen. Ingin tahu.
Anonymous 1: Saya kena cari awal. Takut kena tempah oleh orang lain. Lagi pun susah cari bidan dekat tempat saya. Orang jaga saya nanti datang jam 9am sampai tengahari...break sebab nak ambik anak dia sekolah...lepas tu datang semula ke rumah sampai 6pm.
Anonymous 2: Insyallah saya suruh husband yang tolong hantar/ambik ke ofis. Sebenarnya dah start rasa penat. Saya selalu jadi driver. Kakak saya satu ofis dan selalu tumpang balik dan hantar anak saudara ke sekolah. Rasanya saya perlu beritahu diaorang nanti. Thanks.
Anonymous 3: Thanks for sharing the information. Selalu gak baca blog2 mommies ni untuk tips dan nasihat.
saya airin..saja je nang berkongsi dengan siti..tapi minta maaf lah kalau mengganggu.nanti siti dalam pantang janganlah stress.nanti meroyan.sebab waktu berpantang betul2 kena banyak bersabar.takut juga bentan.siti tinggal bersama family ke?moga family sudi membantu.dan family suami juga.banyak lagi pantang larang dalam tempoh berpantang.nanti kita kongsi bersama..salam ceria..
Keep stress at a minimum level okay....
I read your "driving" duties I pun dah "stress" ...
Take care and post when you feel like it!
siti...saya nak tanya pasal confinement lady yang awak mention kat atas..nama saya nadia...email saya contact no awak..rahim.nadia@gmail.com
Thanks
Post a Comment